2008/02/20

KE ARAH MEMAHAMI DASAR-DASAR AQIDAH YANG BENAROleh:Brother Nawawihttp://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
http://groups.yahoo.com/group/pmh-uitm1 - MAKNA AQIDAH DAN PERANANNYA SEBAGAI LANDASAN (DASAR) DALAM BERAGAMAAqidah berasal dari kata ‘aqd yang membawa maksud pengikatan (iqtikad). Maksudnya saya mengikat hati terhadap hal tersebut. Aqidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang. Jika dikatakan, “Dia mempunyai aqidah yang benar,” bererti aqidahnya adalah bebas daripada keraguan.Aqidah merupakan perbuatan hati, iaitu kepercayaan hati dan pembenarannya kepada sesuatu.Definisi Aqidah Secara Syara’Iaitu iman kepada allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, dan kepada Hari akhirat serta Qadar yang baik mahupun yang buruk. Hal ini disebut juga sebagai rukun iman.Syari’at terbahagi kepada dua bahagian:1 - Iqtiqadiyah2 – amaliyahIqtiqadiyah adalah hal-hal yang tidak berhubungan dengan tatacara amal. Seperti iqtiqad (kepercayaan) terhadap Rubbubiyyah Allah dan kewajiban beribadah kepada-Nya, juga beriqtiqad terhadap rukun-rukun iman yang lain. Hal ini disebut ashliyah (pokok agama).Maka aqidah yang benar adalah asas bagi bangunan agama serta merupakan syarat sahnya amalan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. berikut:
(قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (110
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi: 110)
(وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ (65
“Dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu Yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.” (az-Zumar: 65)
إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (2)أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ (زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (3
“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya. Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).” (az-Zumar: 2-3)Ayat-ayat di atas dan yang seumpamanya, yang jumlahnya amat banyak, menunjukkan bahawa segala amal tidak akan diterima jika tidak bersih dari syirik. Kerana itulah perhatian Nabi s.a.w. yang pertama kali di-dakwahkan (disampaikan dan diterapkan) adalah hal-hal perlurusan dan pemurnian aqidah. Dan merupakan hal yang paling utama dan pertama yang di-dakwahkan oleh para rasul kepada setiap umatnya adalah menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan segala yang dituhankan selain Dia (menghapuskan syirik). Sebagaimana firman Allah berikut:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُرُوا (كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ (36
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan rasul-rasulNya.” (an-Nahl: 36)
(لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ (59
“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya Aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari Yang besar (hari kiamat)" (al-A’raaf: 59)
(وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ أَفَلا تَتَّقُونَ (65
“Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadanya? " (al-A’raaf: 65, rujuk juga 73 dan 85)Pernyataan tersebut diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Saleh, Syu’aib, dan seluruh rasul a.s. Dan selama 13 tahun baginda Nabi s.a.w. di Makkah sesudah kerasulannya, baginda mengajak manusia kepada tauhid dan pemurnian aqidah, kerana hal itu merupakan landasan (asas) bangunan (binaan) Islam. Para da’i dan para pemurni agama dalam setiap masa telah mengikuti jejak para rasul dalam manhaj dakwah mereka ini. Iaitu mereka memulakan dakwah mereka bermula dari asas ketauhidan dan penerapan aqidah yang tulen, dan kemudiannya barulah mereka mengajak kepada seluruh perintah Islami yang lain.2 - SUMBER-SUMBER AQIDAH YANG BENAR DAN MANHAJ SALAF DALAM MENGAMBIL AQIDAHAqidah adalah tauqifiyah. Yang mana ertinya, tidak boleh ditetapkan kecuali dengan dalil syar’i, tidak ada medan ijtihad dan pendapat di dalam-nya. Kerana itulah sumber-sumbernya terbatas kepada apa yang ada di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Sebab tidak seorang pun yang lebih mengetahui tentang Allah, tentang sebarang apa yang wajib bagi-Nya dan apa yang harus disucikan dari-Nya melainkan Allah sendirilah yang sedia mengetahui. Dan tidak seorang pun sesudah Allah yang lebih mengetahui tentang Allah selain Rasulullah s.a.w. Oleh yang demikian, manhaj salafus soleh (golongan beriman yang terdahulu) dan para pengikutnya dalam mengambil aqidah terbatas kepada al-Qur’an dan as-Sunnah.Maka segala apa yang ditunjukkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah tentang hak Allah mereka mengimaninya, meyakininya dan mengamalkannya. Sedangkan apa yang tidak ditunjukkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah mereka menolak dan menafikannya dari Allah. Kerana itu tidak ada pertentangan di antara mereka di dalam iqtiqad. Bahkan aqidah mereka adalah satu dan jama’ah mereka juga satu. Kerana Allah sudah menjamin orang yang berpegang teguh dengan al-Qur’an dan sunnah rasul-Nya dengan kesatuan kata, kebenaran aqidah dan kesatuan manhaj (dasar prinsip). Allah s.w.t. berfirman:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ (مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (103
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;” (Ali Imran: 103)
(قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلا يَضِلُّ وَلا يَشْقَى (123

“Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.” (Thaha: 123)
إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (51)وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ (وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ (52
“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.” (an-Nuur: 51-52)Dan mereka inilah golongan yang selamat (firqatun-najiyah). Di dalam sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya):“Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahlu kitab telah berpecah belah menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, 72 golongan tempatnya di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu al-Jama’ah.” (Hadis Riwayat Abu Duad, Ahmad, ad-Darimi, al-Ajury, al-Lalikaiy. Disahihkan oleh al-Hakim, dan disepakati oleh Imam Az-Zhahabi)Dalam riwayat yang lain disebutkan; “Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka kecuali satu (iaitu) yang aku dan para sahabatku meniti di atasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, dinilai Hasan oleh al-Albani)Ketika Rasulullah memberitahukan bahawa umat ini akan terpecah menjadi 73 golongan yang kesemuanya di neraka, kecuali satu golongan. Baginda Rasulullah ditanya tentang perihal siapa yang satu itu..., lalu baginda Rasulullah s.a.w. menjawab;“Mereka adalah orang yang berada di atas ajaran yang sama dengan ajaranku pada hari ini, dan para sahabatku.” (Hadis Riwayat Ahmad)Kebenaran sabda baginda Rasulullah s.a.w. tersebut telah terbukti ketika sebahagian manusia membangunkan aqidah dan manhaj mereka di atas selain kitab Allah dan sunnah yang sahih, iaitu dengan mengambil landasan ilmu kalam (mantiq dan aqal) yang diwarisi daripada falsafah Yunani dan Romawi. Maka atas sebab itulah, terjadinya pelbagai penyimpangan dan perpecahan dalam hal aqidah yang mana seterusnya mengakibatkan pecahnya umat dan retaknya masyarakat Islam kepada pelbagai jenis firqah (kelompok perpecahan) dan manhaj beragama yang berbeza-beza.3 - BEBERAPA FAKTOR UTAMA TERJADINYA PENYIMPANGAN AQIDAH1 – Kebodohan terhadap aqidah yang sahih. Ini berlaku adalah atas sebab tidak mahu mempelajari serta mendalami ilmu aqidah itu sendiri. Kurangnya inisitif untuk menyebarkan aqidah yang benar ke dalam diri setiap masyarakat yang ada. Ramai yang sengaja menjauhkan diri (berlepas diri) daripada mempelajari aqidah yang tulen ini. Sehingga tumbuhlah generasi yang tidak mengenal aqidah yang sahih dan juga tidak mengetahui yang haq atau batil. Akibatnya mereka meyakini yang haq sebagai sesuatu yang batil dan yang batil dianggap sebagai yang haq. Sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Saidina Umar r.a.:“Sesungguhnya ikatan simpul Islam akan pudar satu demi satu, manakala di dalam Islam terdapat orang yang tumbuh tanpa mengenal kejahilan.”2 – Faktor yang kedua adalah kerana Taksub (fanatik) kepada sesuatu yang diwarisi dari puak-puak mereka atau orang-orang tua mereka, sekalipun hal itu jelas kebatilannya, dan mencampakkan apa yang menyalahinya, sekalipun hal itu benar. Sebagaimana yang difirmankan allah s.w.t.:
(وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلا يَهْتَدُونَ (170
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Turutlah akan apa Yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab: "(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa Yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (Apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)? (al-Baqarah: 170)3 – Taqilid buta, dengan mengambil pendapat manusia dalam masalah aqidah tanpa mengetahui dalilnya dan tanpa menyelidiki seberapa jauh kebenarannya. Sebagaimana yang terjadi pada golongan-golongan seperti Muktazilah, Jahmiyah, dan lain-lainnya. Mereka bertaqlid kepada orang-orang sebelum mereka dari para imam yangs esat, sehingga mereka juga mengikut kesesatan imam ikutan mereka itu dan menyimpang jauh dari aqidah yang sahih.
(وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا (36
“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.” (al-Israa’: 36)4 – Ghuluw (berlebih-lebihan) dalam mencintai para wali, para imam, dan orang-orang soleh, serta mengangkat mereka di atas darjat yang melebihi kewajaran, sehingga meyakini pada diri mereka sesuatu yang tidak mampu dilakukan kecuali oleh allah, baik berupa mendatangkan kemanfaatan mahupun menolak kemudharatan. Juga menjadikan para wali itu sebagai perantara Allah dan makhluk-Nya, sehingga sampai pada tingkat penyembahan para wali tersebut dan bukan menyembah Allah. Mereka bertaqarrub kepada kuburan para wali itu dengan haiwan kurban, nadzar, doa-doa, istighatsah, dan meminta pertolongan. Sebagaimana yang terjadi kepada kaum Nabi Nuh a.s.:
(وَقَالُوا لا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلا سُوَاعًا وَلا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا (23
"Dan (Ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.” (Nuh: 23)Dan demikianlah yang terjadi pada pengagung-pengagung kuburan di pelbagai negeri sekarang ini.5 – Ghaflah (lalai) daripada menghayati ayat-ayat Allah yang terhampar di jagat raya ini (ayat-ayat kauniyah) dan ayat-ayat Allah tertuang dalam Kitab-Nya (ayat-ayat Qur’aniyah). Di samping itu, juga terbuai dengan hasil-hasil teknologi dan kebudayaan, sehingga mengira bahawa itu semua adalah hasil ciptaan manusia semata-mata, sehingga mereka mengagung-agungkan manusia serta menisbatkan seluruh kemajuan ini kepada jerih payah dan penemuan manusia semata-mata. Sebagaimana kesombongan Qarun yang mengatakan:
قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِنْدِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِنْ قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلا يُسْأَلُ عَنْ ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ (78)
“Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, Bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).” (al-Qashash: 78)Dan sebagaimana perkataan orang lain yang juga sombong:
وَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ رَحْمَةً مِنَّا مِنْ بَعْدِ ضَرَّاءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ هَذَا لِي وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً وَلَئِنْ رُجِعْتُ إِلَى رَبِّي إِنَّ لِي عِنْدَهُ لَلْحُسْنَى فَلَنُنَبِّئَنَّ الَّذِينَ (كَفَرُوا بِمَا عَمِلُوا وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنْ عَذَابٍ غَلِيظٍ (50
“Dan Demi sesungguhnya! jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" maka Demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang aang kufur ingkar itu akan keburukan apa aang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya. (Fushilat: 50)
(فَإِذَا مَسَّ الإنْسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لا يَعْلَمُونَ (49
“Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).” (az-Zumar: 49)Mereka tidak berfikir dan tidak pula melihat keagungan Tuhan yang telah menciptakan alam ini dan yang telah memperlihatkan berbagai macam keistimewaan di dalam-nya. Juga yang telah menciptakan manusia lengkap dengan bekal ilmu dan kemampuan yang berguna untuk menemukan keistimewaan-keistimewaan alam serta mengaplikasikannya demi kepentingan manusia.
(وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ (96
"Padahal Allah Yang mencipta kamu dan benda-benda Yang kamu buat itu!" (as-Shaffat: 96)
(أَوَلَمْ يَنْظُرُوا فِي مَلَكُوتِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ وَأَنْ عَسَى أَنْ يَكُونَ قَدِ اقْتَرَبَ أَجَلُهُمْ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ (185
“Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?” (al-A’raaf: 185)6 – Pada umumnya rumah tangga dan institusi kekeluargaan sekarang ini kosong dari pengisian dan pendidikan yang benar menurut Islam. Padahal baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabada:“Setiap bayi itu dilahirkan atas dasar fitrah (Islam). Maka kedua orang tuanyalah yang (kemudian) menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (Hadis Riwayat Bukhari)Jadi, di sini jelas bahawa orang tua atau ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam hal-hal pendidikan anak-anak mereka kepada akidah yang benar.7 – Enggannya media melaksanakan tugasnya. Sistem pendidikan di sektor pendidikan juga tidak menerapkan perihal pendidikan yang sewajarnya berkaitan aqidah yang sebenar. Malahan, media maklumat samaada media cetak atau elektronik berubah menjadi sarana penghancur dan perosak, atau paling tidak hanya memfokuskan pada hal-hal yang bersifat materialistik dan hiburan semata-mata. Tidak memperhatikan hal-hal yang dapat meluruskan moral dan menanamkan aqidah serta menangkis aliran-aliran sesat. Dari sini, muncullah generasi yang telanjang tanpa asas pertahanan (iman), dan tidak berdaya berhadapan dengan pasukan kekufuran yang lengkap persenjataannya.4 - BEBERAPA LANGKAH MENGATASI PENYIMPANGAN AQIDAH1 – Kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. untuk mengambil aqidah yang sebenar. Dan mengambilnya sebagaimana para salafus soleh mengambilnya. Mempelajari aqidah yang benar dan berupaya membezakan fahaman yang menyimpang.2 – Memberi perhatian pada pengajaran aqidah sahih, aqidah yang dipegang oleh para salaf (golongan terdahulu), di pelbagai lapangan pendidikan. Memberi ruang pengajian yang baik serta mengadakan pengawalan yang ketat dalam menyediakan sumber-sumber ini.3 – Harus ditetapkan kitab-kitab salaf yang bersih sebagai wadah (bahan) pengajian. Sedangkan kitab-kitab kelompok yang menyeleweng haruslah dijauhkan.4 – Menyebarkan para da’i yang meluruskan aqidah umat Islam dengan mengajarkan aqidah salaf serta menjawab dan menolak seluruh aqidah yang batil.Sumber: Kitab Tauhid - jilid 1, Sheikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan, (edisi terjemahan), Darul Haq, Cetakan ke-3 (2000).
Tauhid Rububiyah Dan Pengakuan Orang-Orang Musyrik TerhadapnyaBlog Rasmi: http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.comKesempurnaan Tauhid adalah merangkumi mengakui keesaan Allah dalam rububiyah, ikhlas beribadah hanya kepada-Nya (menurut ketetapan kaedahnya), serta menetapkan bagi-Nya nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Dengan demikian, tauhid dibahagiakan kepada tiga bahagian yang dapat difahami. Iaitulah; Tauhid rububiyah, Tauhid uluhiyah serta Tauhid asma’ wa sifat. Setiap bahagian dari ketiga-tiga bahagian tauhid itu memiliki makna yang harus dijelaskan agar menjadi terang perbezaan antara ketiga-tiga bahagiannya setiap satu.Pertama: Tauhid RububiyahIaitu mengesakan Allah s.w.t. dalam segala perbuatan-Nya, dengan meyakini bahawa Dia sendiri yang menciptakan segenap makhluk. Firman-Nya:اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ (٦٢)Allah Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang mentadbirkan serta Menguasai segala sesuatu. (az-Zumar (39): 62)Bahawasanya Dia adalah Pemberi Rezeki bagi setiap manusia, binatang dan makhluk lainnya. Allah s.w.t. berfirman:وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأرْضِ إِلا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ (٦)Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang nyata (kepada malaikat-malaikat Yang berkenaan). (Hud (11): 6)Dan bahawasanya Dia adalah Penguasa alam dan Pengatur alam semesta, Dia yang mengangkat dan menurunkan, Dia yang memuliakan dan menghinakan, Mahakuasa atas segala sesuatu. Pengatur pusingan siang dan malam, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Allah s.w.t. befirman:قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٢٦)تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (٢٧)Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (Wahai Tuhan) Yang memasukkan waktu malam ke Dalam waktu siang, dan Engkaulah Yang memasukkan waktu siang ke Dalam waktu malam. Engkaulah juga Yang mengeluarkan sesuatu Yang hidup dari benda Yang mati, dan Engkaulah Yang mengeluarkan benda Yang mati dari sesuatu Yang hidup. Engkau jualah Yang memberi rezeki kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, Dengan tiada hitungan hisabnya". (Ali Imran (3): 26-27)Allah telah menafikan sekutu atau pembantu dalam kekuasaan-Nya. Sebagaimana Dia menafikan adanya sekutu dalam penciptaan dan pemberi rezeki. Allah s.w.t. berfirman:هَذَا خَلْقُ اللَّهِ فَأَرُونِي مَاذَا خَلَقَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ بَلِ الظَّالِمُونَ فِي ضَلالٍ مُبِينٍ (١١)Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah Yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk Yang lain daripadanya (yang kamu sembah itu)? (tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang Yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada Dalam kesesatan Yang jelas nyata. (Luqman (31): 11)أَمْ مَنْ هَذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ بَلْ لَجُّوا فِي عُتُوٍّ وَنُفُورٍ (٢١)Atau siapa Dia Yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus Dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (al-Mulk(67): 21)Allah menyatakan pula tentang ke-Esa-an-Nya dalam rububiyah-Nya atas segala alam semesta. Firman Allah s.w.t.:الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢)Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (al-Fatihah (1): 2)إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلا لَهُ الْخَلْقُ وَالأمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (٥٤)Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (al-A’raaf (7): 54)Allah menciptakan semua makhluk-Nya di atas fitrah pengakuan terhadap rububiyah-Nya. Bahkan orang-orang musyrik yang menyekutukan Allah dalam ibadah juga mengakui (konsep / bahagian) ke-Esaan rububiyah-Nya.قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (٨٦)سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلا تَتَّقُونَ (٨٧)قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلا يُجَارُ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (٨٨)سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ (٨٩)Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan Yang memiliki dan mentadbirkan langit Yang tujuh, dan Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang besar?" mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?" Tanyakanlah lagi: siapakah Yang memegang Kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun Yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!" mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". katakanlah: "Jika demikian, Bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara Yang tidak benar?" (al-Mukminun (23): 86-89)Jadi, tauhid rububiyah ini sememangnya diakui sekalian manusia (secara fitrah). Tidak ada umat mana pun yang menyangkalnya. Bahkan hati manusia sudah difitrahkan untuk mengakui-Nya, melebihi fitrah pengakuan terhadap yang lainnya. Sebagaimana perkataan para rasul yang difirmankan Allah:قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللَّهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ يَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرَكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى قَالُوا إِنْ أَنْتُمْ إِلا بَشَرٌ مِثْلُنَا تُرِيدُونَ أَنْ تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ (١٠)Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, Yang menciptakan langit dan bumi? ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa Yang tertentu. mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. kamu bertujuan hendak menyekat Kami daripada menyembah apa Yang telah disembah oleh datuk nenek kami. oleh itu, bawalah kepada Kami satu Bukti Yang jelas nyata". (Ibrahim (14): 10)Adapun orang yang paling dikenal pengingkarannya adalah Fir’aun. Namun demikian di hatinya masih tetap meyakini-Nya. Sebagaimana perkataan Musa a.s. kepadanya:قَالَ لَقَدْ عَلِمْتَ مَا أَنْزَلَ هَؤُلاءِ إِلا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ بَصَائِرَ وَإِنِّي لأظُنُّكَ يَا فِرْعَوْنُ مَثْبُورًا (١٠٢)Nabi Musa menjawab: "Sebenarnya Engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: tiadalah Yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti Yang menerangkan kebenaran; dan sebenarnya Aku fikir, Engkau hai Firaun, akan binasa". (al-Isra’ (17): 102)Ia juga menceritakan tentang Fir’aun dan kaumnya:وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ (١٤)Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. oleh itu, lihatlah Bagaimana kesudahan orang-orang Yang melakukan kerosakan. (an-Naml (27): 14)Begitu pula orang-orang yang mengingkarinya di zaman ini, seperti komunis dan atheis. Mereka hanya menampakkan keingkaran kerana kesombongannya. Akan tetapi pada hakikatnya, secara diam-diam, batin mereka meyakini bahawa tidak ada satu makhluk pun yang ada tanpa Pencipta, dan tidak ada satu benda pun kecuali ada yang membuatnya, dan tidak ada pengaruh apa pun kecuali pasti ada yang mempengaruhinya. Firman Allah s.w.t.:أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ (٣٥)أَمْ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ بَل لا يُوقِنُونَ (٣٦)(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta Dengan tiada Yang menciptanya, atau Adakah mereka Yang mencipta diri mereka sendiri? Adakah mereka Yang mencipta langit dan bumi itu? (sudah tentu tidak!) bahkan mereka adalah orang-orang Yang tidak meyakini (kebenaran apa Yang mereka pernah mengakuinya). (at-Thur (52): 35-36)Perhatikan alam semesta ini, baik yang di atas mahupun yang di bawah dengan segala bahagian-bahagiannya, anda pasti mendapati semua itu menunjukkan kepada pembuat, Pencipta dan Pemikirannya. Maka, mengingkari dalam akal dan hati terhadap pencipta semua itu, sama halnya mengingkari ilmu itu sendiri dan mencampakkannya, keduanya tidak berbeza.Adapun pengingkaran adanya Tuhan oleh orang-orang komunis saat ini hanyalah kerana kesombongan dan penolakan terhadap hasil renungan dan pemikiran akal yang sihat. Siapa yang seperti ini sifatnya maka dia telah membuang akalnya dan mengajak orang lain untuk mentertawakan dirinya.Pengertian Rabb Dalam al-Qur’an Dan as-Sunnah, Serta Pandangan Umat-umat Yang SesatRabb adalah bentuk mashdar, berasal dari “رب يرب” yang bererti mengembangkan sesuatu dari satu keadaan pada keadaan yang lain, sampai pada keadaan yang sempurna. Dan boleh juga diungkapkan dengan ربه ورباه ورببه.Jadi, Rabb adalah kata mashdar yang dipinjam untuk fa’il (pelaku). Kata-kata ar-Rabb tidak disebut sendirian, kecuali untuk Allah yang menjamin kemaslahatan seluruh makhluk. Adapun jika diidhafah-kan (ditambahkan kepada yang lain), maka hal itu boleh dimaksudkan Allah dan boleh juga yang lain.Firman Allah s.w.t.:الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢)Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (al-Fatihah (1): 2)Juga firman-Nya:قَالَ رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الأوَّلِينَ (٢٦)Nabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan Yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu Yang telah lalu." (as-Syu’ara (26):26)Dikatakan “رب الدار” tuan rumah, pemilik rumah “رب الفرس” (pemilik kuda), dan di antaranya lagi adalah perkataan Nabi Yusuf a.s. yang difirmankan oleh Allah s.w.t.:وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِنْهُمَا اذْكُرْنِي عِنْدَ رَبِّكَ فَأَنْسَاهُ الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِّهِ فَلَبِثَ فِي السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ (٤٢)Dan berkatalah Yusuf kepada orang Yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh Syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu Tinggalah Yusuf Dalam penjara beberapa tahun. (Yusuf (12): 42)Dan firman Allah s.w.t.:ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ (٥٠)...kembalilah kepada tuanmu... (Yusuf (12): 50)أَمَّا أَحَدُكُمَا فَيَسْقِي رَبَّهُ خَمْرًاAdapun salah seorang dari kamu, maka ia akan memberi minum arak kepada tuannya... (Yusuf (12): 41)حتى يجدها ربها...Sampai sang pemilik menemukannya...Maka jelaslah bahawa kata Rabb diperuntukkan untuk Allah jika ma’rifat dan mudhaf, sehingga kita mengatakan misalnya: الرب (Tuhan - Allah), رب العالمين (Penguasa semesta alam) atau رب الناس (Tuhan manusia).Dan tidak diperuntukkan kepada selain Allah kecuali jika di-idhafah-kan, misalnya: رب الدار (tuan rumah), atau “رب الاءبل” (pemilik unta) dan lainnya.Makna “رب العالمين” adalah Allah Pencipta alam semesta, Pemilik, Pengurus dan Pembimbing mereka dengan segala nikmat-Nya, serta dengan mengutus para Rasul-Nya, menurunkan kitab-kitab-Nya dan Pemberi balasan atas segala perbuatan makhluk-Nya.Imam Ibnul Qayyim berkata bahawa konsekuensi rububiyah adalah adanya perintah dan larangan kepada hamba, membalas yang berbuat baik dengan kebaikan, serta menghukum yang jahat atas kejahatannya. (Madarijus Salikin, I, hal. 68)Pengertian Rabb Menurut Pandangan Umat-Umat Yang SesatAllah s.w.t. menciptakan manusia dengan fitrah mengakui tauhid serta mengetahui Rabb Sang Pencipta. Firman Allah:فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ (٣٠)(setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (ar-Ruum (30): 30)وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ (١٧٢)Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (al-A’raaf (7): 172)Jadi, mengakui rububiyah Allah dan menerimanya adalah sesuatu yang fitri. Sedangkan syirik adalah unsur yang datang kemudian. Baginda Rasul s.a.w. bersabda:كل مولود يولد على الفظرة فابواه يهودانه او ينصرانه او يمجسانه“Setiap bayi dilahirkan atas dasar fitrah, maka kedua orang tua-nyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Seandainya seorang manusia diasingkan dan dibiarkan fitrahnya, pasti ia akan mengarah kepada tauhid yang dibawa oleh para rasul, yang disebutkan oleh kitab-kitab suci dan ditujukan oleh alam. Akan tetapi bimbingan yang menyimpang dan lingkungan yang atheis itulah faktor penyebab yang mengubah pandangan si bayi. Dari sanalah seorang anak manusia mengikuti bapa-nya dalam kesesatan dan penyimpangan.Allah berfirman dalam hadis Qudsi:خلقت عبادي حنفاء قاجتالتهم الشياطين“Aku ciptakan hamba-hamba-Ku dalam keadaan lurus bersih, maka syaitan-lah yang memalingkan mereka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)Maksudnya, memalingkan mereka kepada berhala-berhala dan menjadikan mereka itu sebagai tuhan selain Allah. Maka mereka jatuh dalam kesesatan, keterasingan, perpecahan, dan perbezaan; kerana masing-masing kelompok memiliki tuhan sendiri-sendiri. Sebab, ketika mereka berpaling dari Tuhan yang hak, maka mereka akan jatuh ke dalam tuhan-tuhan palsu. Sebagaimana firman Allah:فَذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلا الضَّلالُ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ (٣٢)Maka Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu Yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu Yang betul dan benar, maka tidakkah Yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? oleh itu, Bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran? (Yunus (10): 32)Kesesatan itu tidak memiliki batas dan tepi. Dan itu pasti terjadi pada diri orang-orang yang berpaling dari Allah s.w.t.. Firman-Nya:يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ أَأَرْبَابٌ مُتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ (٣٩)مَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِهِ إِلا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلا لِلَّهِ أَمَرَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ (٤٠)"Wahai sahabatku berdua Yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang Tuhan Yang bercerai-berai itukah Yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa? apa Yang kamu sembah, Yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama Yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang Bukti Yang membenarkannya. sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia. Yang demikian itulah ugama Yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf (12): 40)Dan syirik dalam tauhid rububiyah, yakni dengan adanya dua pencipta yang serupa dalam sifat dan perbuatannya, adalah mustahil. Akan tetapi sebahagian kekuasaan dalam alam semesta ini. Syaitan telah mempermainkan mereka dalam menyembah tuhan-tuhan tersebut, dan syaitan mempermainkan setiap kelompok manusia berdasarkan kemampuan akal mereka.Ada sekelompok orang yang diajak untuk menyembah orang-orang yang sudah mati dengan jalan membuat patung-patung mereka sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Nabi Nuh a.s.Ada pula sekelompok lain yang membuat berhala-berhala dalam bentuk planet-planet. Mereka menganggap planet-planet itu mempunyai pengaruh terhadap alam semesta dan isinya. Maka mereka membuatkan rumah-rumah untuknya serta memasang juru kuncinya. Mereka pun berselisih pandang tentang penyembahannya; ada yang menyembah matahari, ada yang menyembah bulan dan ada pula yang menyembah planet-planet lain, sampai mereka membuat piramid-piramid, dan masing-masing planet ada piramidnya sendiri.Ada pula golongan yang menyembah api, iaitu kaum Majusi. Juga ada kaum yang menyembah sapi (lembu), seperti yang ada di India; kelompok yang menyembah malaikat, kelompok yang menyembah pohon-pohon dan batu besar. Juga ada yang menyembah makam atau kuburan yang dianggap keramat.Semua ini adalah disebabkan kerana mereka menyangkakan dan menggambarkan benda-benda tersebut mempunyai sebahagian dari sifat rububiyah atau ketuhanan.Ada pula yang menganggap berhala-berhala itu mewakili hal-hal yang ghaib. Imam Ibnul Qayyim berpendapat:“Pembuat berhala pada mulanya adalah pengembaraan terhadap tuhan yang ghaib, lalu mereka membuat patung berdasarkan bentuk dan rupanya agar boleh menjadi wakilnya serta mengganti kedudukannya. Kalau tidak begitu, maka sesungguhnya setiap orang yang berakal tidak mungkin akan memahat patung dengan tangannya sendiri kemudian meyakini dan mengatakan bahawa patung pahatannya sendiri itu adalah tuhan sembahannya. (Ighatsatul Lahfan, II, hal. 220)Begitu pula para penyembah kuburan, baik dahulu maupun sekarang, mereka mengira orang-orang mati itu dapat membantu mereka, juga dapat menjadi perantara antara mereka dengan Allah dalam pemenuhan hajat-hajat mereka. Mereka mengatakan:أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (٣)"Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", (az-Zumar (39): 3)وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لا يَضُرُّهُمْ وَلا يَنْفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَؤُلاءِ شُفَعَاؤُنَا عِنْدَ اللَّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لا يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الأرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ (١٨)Dan mereka menyembah Yang lain dari Allah, sesuatu Yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka (yang Kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada Kami di sisi Allah". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa Yang ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha suci Allah dan tertinggi keadaannya dari apa Yang mereka sekutukan." (Yunus (10): 18)Sebagaimana halnya sebahagian kaum musyrikin arab dan Nasrani mengira tuhan-tuhan mereka adalah anak-anak Allah. Kaum musyrikin arab menganggap malaikat adalah anak-anak perempuan Allah. Orang Nasrani menyembah Isa a.s. atas dasar anggapan ia sebagai anak lelaki Allah.Sanggahan Terhadap Pandangan Yang Batil Terhadap RububiyahAllah s.w.t. telah menyanggah pandangan-pandangan tersebut:أَفَرَأَيْتُمُ اللاتَ وَالْعُزَّى (١٩)وَمَنَاةَ الثَّالِثَةَ الأخْرَى (٢٠)(setelah kamu - Wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan Yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka Adakah kamu nampak Bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" - serta "Manaat" Yang ketiga, Yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)? (an-Najm (53): 19-20)Tafsir ayat tersebut menurut imam al-Qurthubi, “Sudahkah engkau perhatikan baik-baik tuhan-tuhan ini. Apakah mereka boleh mendatangkan manfaat atau mudharat, sehingga mereka itu dijadikan sebagai sekutu-sekutu Allah?”Allah berfirman:وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ إِبْرَاهِيمَ (٦٩)إِذْ قَالَ لأبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا تَعْبُدُونَ (٧٠)قَالُوا نَعْبُدُ أَصْنَامًا فَنَظَلُّ لَهَا عَاكِفِينَ (٧١)قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ (٧٢)أَوْ يَنْفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ (٧٣)قَالُوا بَلْ وَجَدْنَا آبَاءَنَا كَذَلِكَ يَفْعَلُونَ (٧٤)Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim. ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa Yang kamu sembah?" mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) Kami berkekalan menyembahnya". Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya? "Atau mereka dapat memberikan sesuatu Yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?" mereka menjawab: "(Tidak satupun!) bahkan Kami dapati datuk nenek Kami berbuat demikian". (asy-Syu’ara (26): 69-74)Mereka sepakat, berhala-berhala itu tidak berupaya untuk mendengar permohonan, tidak boleh mendatangkan manfaat serta mudharat. Akan tetapi mereka menyembahnya kerana taklid buta kepada nenek moyang mereka. Sedangkan taklid adalah hujjah yang batil.Sanggahan Terhadap Penyembah Matahari, Bulan, Dan Bintang.Allah s.w.t. berfirman:إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلا لَهُ الْخَلْقُ وَالأمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (٥٤)Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (al-A’raaf (7): 54)وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ (٣٧)Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah Yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah. (Fushilat (41): 37)Sanggahan Terhadap Penyembah Malaikat Dan Nabi Isa atas Dasar anggapan Sebagai Anak Allahمَا اتَّخَذَ اللَّهُ مِنْ وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَهٍ إِذًا لَذَهَبَ كُلُّ إِلَهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلا بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ (٩١)Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan Menguasai dan menguruskan Segala Yang diciptakannya Dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya Yang lain. Maha suci Allah dari apa Yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu. (al-Mu’minuun (23): 91)بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ أَنَّى يَكُونُ لَهُ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُنْ لَهُ صَاحِبَةٌ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (١٠١)(Dia lah) Yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah ia mempunyai anak sedang ia tidak mempunyai isteri? ia pula Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha mengetahui akan segala-galanya. (al-An’am (6): 101)قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١)اللَّهُ الصَّمَدُ (٢)لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣)وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (٤)Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya". (al-Ikhlas (112): 1-4)Alam Semesta Dan Fitrahnya Dalam Tunduk Dan Patuh Kepada AllahSesungguhnya alam semesta ini seluruhnya tunduk kepada Allah dan patuh kepada kauniyah-Nya. Allah s.w.t. berfirman:أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ (٨٣)Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi, sama ada Dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan. (Ali Imran (3): 83)وَقَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا سُبْحَانَهُ بَلْ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ كُلٌّ لَهُ قَانِتُونَ (١١٦)Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha suci Allah (dari apa Yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang memiliki Segala Yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya. (al-Baqarah (2): 116)وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مِنْ دَابَّةٍ وَالْمَلائِكَةُ وَهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ (٤٩)Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk Yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka (Malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadanya). (an-Nahl: 49)أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الأرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ وَمَنْ يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُكْرِمٍ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ (١٨)Tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Segala Yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? dan banyak pula (di antara manusia) Yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa Yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa Yang dirancangkanNya. (al-Hajj (22): 18)وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلالُهُمْ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ (١٥)Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada Dengan sukarela atau Dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang. (ar-Ra’d (13): 15)Jadi seluruh alam semesta ini tunduk kepada Allah, patuh kepada kekuasaan-Nya, berjalan menurut kehendak dan perintah-Nya. Tidak satu pun makhluk yang meningkari-Nya. Semua menjalankan tugas dan peranannya masing-masing serta berjalan menurut aturan yang sangat sempurna. Penciptanya sama sekali tidak memiliki sifat kurang, lemah, dan cacat.Allah s.w.t. berfirman:تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا (٤٤)Langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun. (al-Isra (17): 44)Jadi, seluruh makhluk, baik yang berbicara mahupun yang tidak, yang hidup mahupun yang mati, semuanya tunduk kepada perintah kauniyah Allah. Semuanya menyucikan Allah dari segala kekurangan dan kelemahan, baik secara keadaan mahupun ucapan.Orang berakal pasti semakin merenungkan makhluk-makhluk ini, semakin yakin itu semua diciptakan dengan haq dan untuk yang haq. Bahawasanya ia diatur dan tidak ada pengaturan yang keluar dari aturan Penciptanya. Semua meyakini Sang Pencipta dengan fitrahnya.Imam Ibnu Taimiyah berkata, “Mereka tunduk menyerah, pasrah dan terpaksa dari berbagai segi, di antaranya:1 – Keyakinan bahawa mereka sangat memerlukan-Nya.2 – Kepatuhan mereka kepada qadha’, qadar, dan kehendak Allah yang ditulis atas mereka.3 – Permohonan mereka kepada-Nya ketika dalam keadaan darurat atau tersepit.Seorang mukmin tunduk kepada perintah Allah secara ridha dan ikhlas. Begitulah juga ketika mendapat ujian, ia sabar menerima-nya. Jadi ia tunduk dan patuh dengan penuh redha dan ikhlas.” (Majmu’ Fatawa, I, hal. 45)Sedangkan orang kafir, maka ia tunduk kepada perintah Allah yang bersifat kauni (sunnatullah).Adapun maksud dari sujudnya alam dan benda-benda adalah ketundukan mereka kepada Allah. Dan masing-masing benda bersujud menurut kesuaiannya, iaitu suatu sujud yang sesuai dengan keadaannya serta mengandungi makna tunduk kepada al-Rabb. Dan bertasbihnya masing-masing benda adalah hakikat, bukan majaz, dan itu sesuai dengan keadaannya masing-masing.Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menafsirkan firman allah s.w.t.:أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ (٨٣)Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi, sama ada Dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan. (Ali Imran (3): 83)Dengan mengatakan, “Allah s.w.t. menyebutkan ketundukan benda-benda secara sukarela dan terpaksa, kerana seluruh makhluk wajib beribadah kepada-Nya dengan penghambaan yang umum, tidak peduli apakah ia mengakui-Nya atau mengingkari-Nya. Mereka semua tunduk dan diatur. Mereka patuh dan pasrah kepada-Nya secara rela mahupun terpaksa. (Majmu’ Fatawa, X, hal. 200)Tidak satu pun dari makhluk ini yang keluar dari kehendak, takdir, dan qadha’-Nya. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah. Dia adalah Pencipta dan Penguasa alam. Semua milik-Nya. Dia bebas berbuat terhadap ciptaan-Nya sesuai dengan kehendak-Nya. Semua dikendalikan-Nya. Dialah Yang Maha Suci, Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pencipta, Pembuat dan Pembentuk.MANHAJ AL-QUR’AN DALAM MENETAPKAN WUJUD DAN KEESAAN AL-KHALIQManhaj al-Qur’an dalam menetapkan wujud al-Khaliq serta keesaan-Nya adalah satu-satunya manhaj yang sejalan dengan fitrah yang lurus dan akal yang sihat. Iaitu dengan mengemukakan bukti-bukti yang benar, yang membuat akal mahu menerima dan musuh pun menyerah. Di antara dalil-dalil itu adalah:1 – Sudah menjadi kepastian, setiap yang baru tentu ada yang mengadakan. Ini adalah sesuatu yang dimaklumi setiap orang melalui fitrah, bahkan hingga oleh anak-anak. Jika seseorang anak dipukul oleh seseorang ketika sedang lalai dan tidak melihatnya, ia pasti akan berkata (atau mencari), “siapakah yang telah memukulku?” Kalau dikatakan kepadanya, “Tidak ada sesiapa yang memukulmu”, maka akalnya pasti tidak akan dapat meenrima-nya. Bagaimana mungkin ada pukulan tanpa ada yang melakukannya. Kalau dikatakan kepadanya, “si Fulan yang memukulmu”, maka kemungkinan ia akan menangis sampai mungkin akan membalas pukulan ke atasnya tadi. Kerana itu, Allah s.w.t. berfirman:أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ (٣٥)(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta Dengan tiada Yang menciptanya, atau Adakah mereka Yang mencipta diri mereka sendiri? (at-Thur (52): 35)Ini adalah pembahagian yang membatasi, yang disebutkan Allah dengan shighat istifham inkari (bentuk pertanyaan menyangkal), bagi tujuan menjelaskan bahawa mukaddimah ini sudah merupakan aksioma (kebenaran yang nyata), yang tidak mungkin lagi diingkari. Dia berfikir tanpa tanpa pencipta yang menciptakan mereka, ataukah mereka menciptakan diri mereka sendiri? Tentu tidak. Kedua hal itu sama-sama batil. Maka tidak ada kemungkinan lain kecuali mereka mempunyai pencipta yang menciptakan mereka iaitu Allah s.w.t., dan tidak ada lagi pencipta lain-Nya. Allah s.w.t. berfirman:هَذَا خَلْقُ اللَّهِ فَأَرُونِي مَاذَا خَلَقَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ بَلِ الظَّالِمُونَ فِي ضَلالٍ مُبِينٍ (١١)Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah Yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk Yang lain daripadanya (yang kamu sembah itu)? (tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang Yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada Dalam kesesatan Yang jelas nyata. (Luqman (31): 11)قُلْ أَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَرُونِي مَاذَا خَلَقُوا مِنَ الأرْضِ أَمْ لَهُمْ شِرْكٌ فِي السَّمَاوَاتِ اِئْتُونِي بِكِتَابٍ مِنْ قَبْلِ هَذَا أَوْ أَثَارَةٍ مِنْ عِلْمٍ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٤)Katakanlah (Wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik Yang menentangmu): "Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk - makhluk Yang kamu seru dan sembah Yang lain dari Allah? tunjukkanlah kepadaKu apakah Yang mereka ciptakan dari bahagian bumi ini? atau Adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) Dalam mencipta dan menguruskan langit? bawalah kamu kepadaKu sebuah Kitab (dari Allah) Yang lain dari Al-Quran ini, atau sebarang keterangan Yang berdasarkan ilmu (peninggalan orang-orang Yang telah lalu) kalau betul kamu orang-orang Yang benar (tentang dakwaan kamu itu)!" (al-ahqaaf (46): 4)قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ قُلِ اللَّهُ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُمْ مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لا يَمْلِكُونَ لأنْفُسِهِمْ نَفْعًا وَلا ضَرًّا قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الأعْمَى وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ (١٦)Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, Patutkah kamu menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, Yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang Yang buta Dengan orang Yang celik? atau Adakah sama, gelap-gelita Dengan terang? atau Adakah makhluk-makhluk Yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" katakanlah: "Allah jualah Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa". (ar-Ra’d (13): 16)يَا أَيُّهَا النَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا لَهُ إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَنْ يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ وَإِنْ يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئًا لا يَسْتَنْقِذُوهُ مِنْهُ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ (٧٣)Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya Dengan bersungguh-sungguh. sebenarnya mereka Yang kamu seru dan sembah, Yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat Walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah Yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah Yang diminta (daripada menunaikannya). (al-Hajj (22): 73)وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لا يَخْلُقُونَ شَيْئًا وَهُمْ يُخْلَقُونَ (٢٠)Dan makhluk-makhluk Yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menciptakan sesuatupun, bahkah merekalah Yang diciptakan. (an-Nahl (16): 20)أَفَمَنْ يَخْلُقُ كَمَنْ لا يَخْلُقُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ (١٧)Kalau sudah demikian, Adakah Allah Yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk Yang tidak menciptakan sesuatu? maka Patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya? (an-Nahl (16): 17)Telah jelas cabaran pun telah diajukan melalui dalil yang berulang-ulang, namun tidak seorang pun yang mampu mengaku bahawa dia telah menciptakan sesuatu. Pengakuan atau dakwaan sahaja pun tidak ada, apalagi menetapkan dengan bukti. Jadi, ternyata amat benarlah hanya Allah Pencipta sekalian alam, dan tidak ada sekutu bagi-Nya.2 – Teraturnya semua urusan alam, juga kerapiannya adalah bukti paling kuat yang menunjukkan bahawa pengatur alam ini hanyalah Tuhan yang satu, yang tidak bersekutu atau pun berseteru. Allah s.w.t. berfirman:مَا اتَّخَذَ اللَّهُ مِنْ وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَهٍ إِذًا لَذَهَبَ كُلُّ إِلَهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلا بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ (٩١)Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan Menguasai dan menguruskan Segala Yang diciptakannya Dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya Yang lain. Maha suci Allah dari apa Yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu. (al-Mukminuun (23): 91)Tuhan yang hak harus menjadi pencipta sejati. Jika ada tuhan lain di dalam kerajaannya, tentu tuhan itu juga berupaya mencipta akan sesuatu. Ketika itu, pasti ia tidak akan rela adanya tuhan lain bersamanya. Bahkan, seandainya ia mampu mengalahkan temannya dan menguasai sendiri kerajaan serta ketuhanan, tentu telah ia lakukan. Apabila ia tidak mampu mengalahkannya, pasti ia akan hanya mengurus kerajaan miliknya. Sebagaimana raja-raja di dunia mengurus kerajaannya sendiri-sendiri. Maka terjadilah perpecahan, sehingga perlunya terjadi salah satu daripada tiga perkara berikut:- Salah satunya mampu mengalahkan yang lain dan menguasai alam sendirian.- Masing-masing berdiri sendiri dalam kerajaan dan penciptaan, sehingga terjadi pembahagian (kekuasaan).- Kedua-duanya berada dalam kekuasaan seorang raja yang bebas dan berhak berbuat apa saja terhadap keduanya. Dengan demikian maka dialah yang menjadi tuhan yang hak, sedangkan yang lain adalah hambanya.Dan kenyataannya, dalam alam ini tidak terjadi pembahagian (kekuasaan) dan ketidakberesan. Hal ini menunjukkan pengaturnya adalah Satu dan tidak seorang pun menentang-Nya. Dan bahawa Rajanya adalah Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.3 – Tunduknya makhluk-makhluk untuk melaksanakan tugasnya sendiri-sendiri serta mematuhi peranan dan fungsi yang diberikan-Nya. Tidak ada satu pun makhluk yang membangkang dari melaksanakan tugas dan fungsinya di alam semesta ini. Inilah yang dijadikan hujjah oleh Nabi Musa a.s. ketika ditanya Fir’aun:قَالَ فَمَنْ رَبُّكُمَا يَا مُوسَى (٤٩)قَالَ رَبُّنَا الَّذِي أَعْطَى كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَى (٥٠)(setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata: "Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?" Nabi Musa menjawab: "Tuhan Kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: bentuk kejadiannya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya". (Thaha (20): 49-50)Jawaban Musa sungguh tepat dan kukuh “Tuhan Kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: bentuk kejadiannya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk.” Maksudnya, Tuhan kami yang telah menciptakan semua makhluk dan memberi masing-masing makhluk suatu ciptaan yang tepat untuknya; mulai dari ukuran, besar atau kecilnya atau sederhana serta seluruh sifatnya yang ada padanya. Kemudian menunjukkan kepada setiap makhluk tugas dan fungsinya. Petunjuk ini adalah hidayah yang sempurna, yang dapat disaksikan pada setiap makhluk. Setiap makhluk kamu dapati melaksanakan apa yang menjadi tugasnya. Apakah itu dalam mencari manfaat atau menolak bahaya. Sehingga haiwan ternak pun diberi-Nya sebahagian dari akal yang membuatnya mampu melakukan perkara yang bermanfaat baginya dan mengusir bahaya yang mengancamnya, dan juga mampu melakukan tugasnya dalam kehidupan. Ini seperti firman Allah s.w.t.:الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ (٧)Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya... (as-Sajdah (32): 7)Jadi yang telah menciptakan semua makhluk dan memberinya sifat penciptaan yang baik, yang mana manusia tidak mampu mengadakannya, juga menunjukkan kepada kemaslahatannya masing-masing adalah Tuhan yang sebenarnya. Mengingkari-Nya adalah mengingkari wujud yang paling agung. Dan hal itu merupakan kedangkalan atau kebohongan yang terang-terangan.Allah memberi semua makhluk segala keperluannya di dunia, kemudian menunjukkan cara-cara pemanfaatannya. Dan tidak syak lagi jika Dia telah memberi setiap jenis makhluk suatu bentuk dan rupa yang sesuai dengannya. Dia telah memberi setiap lelaki dan perempuan bentuk yang sesuai dengan jenisnya, baik dalam pernikahan, perasaan, mahupun unsur sosial. Juga telah memberi setiap anggota tubuh bentuk yang sesuai untuk suatu manfaat yang telah ditentukan-Nya. Semua ini adalah bukti-bukti nyata bahawasanya Allah s.w.t. adalah Tuhan bagi segala sesuatu, dan Dia berhak disembah, dan bukannya yang lain.“Pada setiap benda terdapat bukti bagi-Nya, yang menunjukkan Bahawa Dia adalah Esa.”Kemudian, tidak diragukan lagi, maksud penetapan rububiyyah Allah atas makhluk-Nya dan keesaannya dalam rububiyah adalah untuk menunjukkan wajibnya menyembah Allah semata, tanpa sekutu bagi-Nya, iaitu Tauhid Uluhiyyah.Seandainya seseorang mengakui Tauhid rububiyah tetapi tidak mengimani tauhid uluhiyah, atau tidak mahu melaksanakannya, maka ia tidak menjadi muslim dan bukan ahli tauhid, bahkan ia adalah kafir jahid (yang menentang). Dan tema inilah yang akan kita bahas pada tajuk berikutnya, InsyaALLAH.TAUHID RUBUBIYAH MENGHARUSKAN ADANYA TAUHID ULUHIYAHHal ini bererti siapa yang mengakui tauhid rububiyah untuk Allah, dengan mengimani bahawa tidak ada pencipta, pemberi rezeki dan pengatur alam kecuali Allah, maka ia juga harus (wajib) mengakui bahawa tidak ada yang berhak menerima ibadah (disembah) dengan segala macamnya (menurut kaedahnya) kecuali Allah s.w.t sahaja. Dan itulah merupakan asas kepada konsep tauhid uluhiyah.Tauhid uluhiyah, iaitu tauhid ibadah, kerana ilah maknanya adalah ma’bud (yang disembah). Maka tidak ada yang diseru dalam doa kecuali Allah, tidak ada yang dimintai pertolongan kecuali Dia, tidak ada yang boleh dijadikan tempat bergantung kecuali Dia, tidak boleh menyembelih kurban atau bernadzar kecuali untuk-Nya (atau kerana-Nya), dan tidak boleh mengarahkan seluruh ibadah kecuali untuk-Nya dan kerana-Nya semata-mata.Jadi, tauhid rububiyah adalah bukti wajibnya tauhid uluhiyah. Kerana itu seringkali Allah membantah orang yang mengingkari tauhid uluhiyah dengan tauhid rububiyah yang mereka akui dan yakini.Seperti firman Allah s.w.t.:يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (٢١)الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ (٢٢)Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (al-Baqarah (2): 21-22)Allah memerintahkan mereka bertauhid uluhiyah, iaitu menyembah-Nya dan beribadah kepada-Nya. Dia menunjukkan dalil kepada mereka dengan tauhid rububiyah, iaitu penciptaan-Nya terhadap manusia dari yang pertama hingga yang terakhir, penciptaan langit dan bumi serta seisinya, penurunan hujan, penumbuhan tumbuh-tumbuhan, pengeluaran buah-buahan yang menjadi rezeki bagi para hamba. Maka sangat tidak wajar bagi mereka jika menyekutukan Allah dengan yang lain-Nya; dari benda-benda atau pun orang-orang yang mereka sendiri mengetahui bahawa ia tidak berupaya berbuat apa-apa sesuatu pun dari hal-hal tersebut di atas dan lainnya.Maka jalan fitrah untuk menetapakan uluhiyah adalah berdasarkan tauhid rububiyah. Kerana manusia pertama kalinya sangat bergantung kepada asal kejadiannya, sumber kemanfaatan dan kemudharatannya. Setelah itu berpindah kepada cara-cara bertaqarrub kepada-Nya, cara-cara yang boleh membuat redha-Nya dan menguatkan hubungan antara dirinya dengan Tuhannya. Maka tauhid rububiyah adalah pintu masuknya kepada tauhid uluhiyah. Kerana itu Allah s.w.t. berhujah atas orang-orang yang musyrik dengan cara ini. Dia juga memerintahkan Rasul-Nya untuk berhujah atas mereka seperti itu. Allah s.w.t. berfirmn;قُلْ لِمَنِ الأرْضُ وَمَنْ فِيهَا إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (٨٤)سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلا تَذَكَّرُونَ (٨٥)قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (٨٦)سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلا تَتَّقُونَ (٨٧)قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلا يُجَارُ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (٨٨)سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ (٨٩)Tanyakanlah (Wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan Segala Yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?" mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?" Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan Yang memiliki dan mentadbirkan langit Yang tujuh, dan Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang besar?" mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?" Tanyakanlah lagi: siapakah Yang memegang Kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun Yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!" mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". katakanlah: "Jika demikian, Bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara Yang tidak benar?" (al-Mukminuun (23): 84-89)ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لا إِلَهَ إِلا هُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ (١٠٢)Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka Beribadatlah kamu kepadaNya. dan (ingatlah) Dia lah Yang mentadbirkan segala-galanya. (al-An’am (6): 102)Dia berdalil dengan tauhid rububiyah-Nya atas hak-Nya untuk disembah. Tauhid uluhiyah inilah yang menjadi tujuan dari penciptaan manusia. Allah s.w.t. berfirman:وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (adz-Dzariyat (51): 56)Erti “يعبدون” adalah mentauhidkan-Ku dalam ibadah. Seorang hamba tidaklah menjadi muwahhid hanya dengan mengakui tauhid rububiyah semata-mata, tetapi ia harus mengakui tauhid uluhiyah serta mengamalkannya. Kalau tidak, maka sesungguhnya orang musyrik pun mengakui tauhid rububiyah, tetapi hal ini tidak membuat mereka masuk dalam Islam, bahkan Rasulullah s.a.w. memerangi mereka. Padahal mereka mengakui bahawa Allah-lah Sang Pencipta, Pemberi Rezeki, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Firman Allah s.w.t.:وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (٨٧)Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah Yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (az-Zukhruf (43): 87)قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ أَمْ مَنْ يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَمَنْ يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَنْ يُدَبِّرُ الأمْرَ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ فَقُلْ أَفَلا تَتَّقُونَ (٣١)Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? atau siapakah Yang Menguasai pendengaran dan penglihatan? dan siapakah Yang mengeluarkan makhluk Yang hidup dari benda Yang mati, dan mengeluarkan benda Yang mati dari makhluk Yang hidup? dan siapakah pula Yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) Dengan berkata: "Allah jualah Yang Menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui Yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? (Yunus (10): 31)Hal semacam ini banyak sekali dikemukakan di dalam al-Qur’an. Maka barangsiapa mengira bahawa tauhid itu hanya meyakini wujud Allah, atau meyakini bahawa Allah adalah al-Khaliq yang mengatur alam, maka sesungguhnya orang tersebut belumlah mengetahui hakikat tauhid yang dibawa oleh para Rasul. Kerana sesungguhnya ia hanya mengakui sesuatu yang diharuskan, dan meninggalkan sesuatu yang mengharuskan; atau berhenti hanya sampai pada dalil tetapi ia meninggalkan isi dan dari dalil tersebut.Di antara kekhususan ilahiyah adalah kesempurnaan-Nya yang mutlak dalam segala segi, tidak ada cela atau kekurangan sedikit pun. Ini mengharuskan semua ibadah mesti tertuju kepada-Nya; pengagungan, penghormatan, kecintaan, rasa takut, doa, pengharapan, taubat, tawakkal, minta pertolongan, penghambaan dengan rasa cinta yang paling dalam, semua itu adalah wajib secara akal, syara’ dan fitrah agar ditujukan khusus kepada Allah s.w.t. semata-mata. Juga secara akal, syara’ dan fitrah, tidak mungkin hal itu boleh ditujukan kepada selain-Nya.Tajuk selanjutnya akan menyusul: Tauhid UluhiyahKitab asal: التوحيد للصف الاول العالي (at-Tauhid Lish-Shafil Awwal al-'Ally) oleh Sheikh Dr. Soleh Fauzan Bin Fauzan Bin Abdullah al-Fauzan.

Pengajian Aqidah 004: MENYELAMI TAUHID ULUHIYAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN DASAR DAKWAH PARA RASUL
Pengajian Aqidah 004: MENYELAMI TAUHID ULUHIYAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN DASAR DAKWAH PARA RASULBlog Rasmi (Aqidah):http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.comWeb-Groups:http://groups.yahoo.com/group/pmh-uitmPASAL 1 - MAKNA TAUHID ULUHIYAH DAN PEMBUKTIAN BAHAWA IA MERUPAKAN DASAR DAKWAH PARA RASULUluhiyah adalah ibadah. Tauhid Uluhiyah adalah mengesakan Allah dengan perbuatan para hamba berdasarkan niat taqarrub yang disyari’atkan seperti doa, nadzar, korban, raja’ (pengharapan), takut, tawakkal, raghbah (senang), rahbah (takut), dan inabah (kembali / taubat). Dan konsep ketauhidan ini adalah merupakan intipati dakwah para rasul, bermula dari rasul yang pertama sehinggalah yang terakhir. Allah s.w.t. berfirman:وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ (٣٦)Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya. (an-Nahl (16): 36)وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدُونِ (٢٥)Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku". (al-Anbiya’ (21): 25)Setiap Rasul melalui dan membawa dakwahnya dengan perintah seruan ke arah konsep tauhid uluhiyah. Sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Shalih, Syu’aib, dan lain-lain:يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ"Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain Nya" (al-A’raaf (7): 59, 65, 73, 85)وَإِبْرَاهِيمَ إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (١٦)Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadanya; Yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan Yang baik dari Yang buruk). (al-Ankabut (29): 16)Dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.:قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (١١)Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadanya; (az-Zumar (39): 11)Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda:أمرت أن أقاتل الناس حتىيشهدوا أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahawa tiada ilah (sembahan) yang haq kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)Kewajiban awal bagi setiap mukallaf adalah bersaksi laa ilaaha illallah (tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan allah), serta mengamalkannya. Allah s.w.t. berfirman:فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ (١٩)Oleh itu, maka Tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad) Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadanya bagi salah silap Yang Engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang Yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di Akhirat). (Muhammad (47): 19)Dan merupakan kewajiban yang pertama bagi orang-orang yang ingin menganut Islam adalah mengikrarkan dua kalimah syahadat.Jadi, jelaslah bahawa Tauhid uluhiyah adalah maksud atau intipati utama dari dakwah para rasul yang diutuskan. Dikatakan sedemikian adalah kerana uluhiyah adalah sifat Allah yang ditunjukkan oleh nama-Nya, “Allah”, yang ertinya dzul uluhiyah (yang memiliki uluhiyah).Juga disebut “tauhid ibadah”, kerana ubudiyah adalah sifat ‘abd (hamba) yang wajib menyembah Allah secara ikhlas, kerana ktergantungan mereka kepadanya.Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan, “Ketahuilah, keperluan seorang hamba untuk menyembah Allah tanpa menyekutukan-Nya denga sesuatu apa pun, tidak memiliki bandingan yang dapat dikiankan, tetapi dari sebahagian sudut mirip dengan keperluan jasad kepada makanan dan minuman. Akan tetapi di antara keduanya ini terdapat perbezaan mendasar. Kerana hakikat seorang hamba adalah hati dan ruhnya, ia tidak boleh bergantung melainkan kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan-Nya. Ia tidak mampu beroleh ketenangan di dunia ini kecuali dengan mengingati-Nya. Seandainya hamba memperoleh kenikmatan dan kesenangan tanpa Allah, maka hal itu tidak akan berlangsung atau berkekalan lama, tetapi pasti akan berpindah-pindah dari suatu subjek kepada subjek yang lainnya. Adapun Tuhannya maka Dia diperlukan setiap saat dan setiap waktu, di mana pun ia berada maka dia selalu bersamanya.” (Majmu’ Fatawa, 1/24)Tauhid ini adalah inti dari dakwah para rasul, kerana ia adalah asas dan dasar perlaksanaan segala amalan. Tanpa merealisasikannya, semua amal ibadah tidak akan diterima. Kerana andainya ia tidak wujud, maka akan bangkitlah lawannya, iaitu kesyirikan. Sedangkan Allah s.w.t. berfirman:إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا (٤٨)Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar. (an-Nisa’ (4): 48)إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا (١١٦)Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu (Apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh. (an-Nisa’ (4): 116)وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ (٦٥)Dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi. (az-Zumar (39): 65)Dan skop tauhid ini adalah kewajiban pertama seluruh hamba. Allah s.w.t. berfirman:وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا (٢٣)Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa sebaik-baiknya... (al-Isra’ (17): 23)قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَلا تَقْتُلُوا أَوْلادَكُمْ مِنْ إِمْلاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ وَلا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ (١٥١)Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatu apa pun; dan hendaklah (kamu) berbuat baik kepada ibu bapa... (al-An’am (6): 151)PASAL 2 - MAKNA SYAHADATAIN, RUKUN, SYARAT, KONSEKUENSI DAN YANG MEMBATALKANNYAMakna Syahadat (لاإله إلا الله) – Laa ilaaha illallahIaitu iktiqad dan berikrar mengakui bahawasanya tidak ada yang berhak disembah dan menerima ibadah kecuali Allah s.w.t., mentaati hal tersebut dan mengamalkannya. La ilaaha (لاإله) menafikan hak penyembahan terhadap yang lain dari Allah, siapa pun subjeknya. Illallah (إلا الله) adalah penetapan hak ke atas Allah semata-mata untuk disembah.Jadi, makna kalimat ini secara ijmal (global dan universal) adalah, “Tidak ada sembahan yang hak selain Allah”. Khabar “لا” harus (wajib) ditaqdirkan “بحق” (dengan hak), dan tidak boleh ditaqdirkan dengan “موخود” (ada). Kerana ini menyalahi kenyataan yang ada, sebab tuhan yang disembah (objek yang dianggap sebagai tuhan) selain Allah banyak sekali. Hal itu akan membawa erti menyembah tuhan-tuhan tersebut adalah ibadah pula untuk Allah. Ini pastinya mewujudkan kebatilan yang nyata.Kalimat “لاإله إلا الله” telah ditafsirkan dengan beberapa penafsiran yang batil, di antaranya adalah:1 – “لاإله إلا الله” diertikan dengan:“Tidak ada sembahan kecuali Allah”. Ini adalah batil, kerana akan membawa kepada makna: Sesungguhnya setiap yang disembah, samaada yang hak mahupun batil, itu adalah Allah.2 – “لاإله إلا الله” diertikan dengan:“Tidak ada pencipta selain Allah”. Ini adalah sebahagian dari erti kalimat tersebut. Akan tetapi bukan ini yang dimaksudkan, kerana erti ini hanya mengakui tauhid rububiyah sahaja, dan itu sama sekali belum (tidak) mencukupi.3 – “لاإله إلا الله” diertikan dengan:“Tidak ada hakim (penentu hukum) selain Allah”. Ini juga sebahagian dari makna kalimat “لاإله إلا الله”. Tetapi bukan itu yang dimaksudkan, kerana ia juga tidak mencukupi dan tidak membawa maksud yang sempurna.Semua tafsiran di atas adalah batil atau kurang. Kami memperingatkan di sini kerana tafsir-tafsir itu ada terkandung di dalam kitab-kitab yang banyak tersebar. Sednagkan tafsir yang benar menurut salaf dan para muhaqqiq (ulama peneliti) “لا معبود بحق إلاالله” tidak ada sembahan yang hak selain Allah, seperti tersebut di atas.Makna syahadat (أن محمدا رسول الله) – anna muhammadar rasulullahIaitu mengakui secara lahir batin bahawa beliau (Muhammad) adalah hamba Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada manusia secara keseluruhan, serta mengamalkan konsekuensinya (apa yang dibawakannya): mentaati perintahnya, membenarkan ucapannya, menjauhi larangannya, dan tidak menyembah Allah kecuali dengan apa yang disyari’atkan (melakukan ibadat menurut kaedah).Rukun SyahadatainRukun “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah1 – an-Nafyu atau peniadaan: “لاإله” membatalkan syirik dengan segala bentuknya dan mewajibkan kekafiran terhadap segala apa yang disembah selain Allah.2 – al-Itsbat (penetapan): “إلاالله” menetapkan bahawa tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah dan mewajibkan pengamalan (ibadah) sesuai dengan konsekuensinya (apa yang ditetapkan/disyari’atkan).Makna dua rukun ini banyak disebut di dalam al-Qur’an seperti mana firman-Nya:لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦)Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Baqarah (2): 256)Firman Allah, “sesiapa yang ingkar kepada thagut” itu adalah makna dari “لاإله” iaitu rukun yang pertama tadi. Sedangkan firman Allah “dan berimanl kepada Allah” adalah makna dari rukun yang kedua “إلاالله”. Begitu juga firman Allah s.w.t. kepada Nabi Ibrahim a.s.:وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لأبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِي بَرَاءٌ مِمَّا تَعْبُدُونَ (٢٦)إِلا الَّذِي فَطَرَنِي فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ (٢٧)Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah - "Yang lain dari Tuhan Yang menciptakan daku, kerana Sesungguhnya ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku". (az-Zukhruf (43): 26-27)Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya aku berlepas diri” iniadalah makna nafyu (peniadaan) dalam seperti mana maksud di rukun yang pertama. Sedangkan perkataan, “yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku”, adalah makna itsbat (penetapan) pada rukun kedua.Rukun Syahadat (أن محمدا رسول الله) –Muhammad RasulullahSyahadat ini mempunyai dua rukun, iaitu kalimat “علبده ورسوله” hamba dan utusan-Nya. Dua rukun ini menafikan ifrath (berlebih-lebihan) dan tafrith (meremehkan) pada hak Rasulullah s.a.w.. Beliau adalah hamba dan Rasul-Nya. Beliau adalah makhluk yang paling sempurna dalam dua sifat yang mulia ini.“العبد” di sini ertinya hamba yang menyembah. Maksudnya, beliau adalah manusia yang diciptakan dari bahan yang sama dengan bahan ciptaan manusia yang lainnya. Juga berlaku atasnya apa yang berlaku atas orang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (١١٠)Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi (18): 110)Beliau hanya memberikan hak ubudiyah kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan kerananya Allah s.w.t. memujinya:أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِنْ دُونِهِ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ (٣٦)Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hamba-hamba-Nya... (az-zumar (39): 36)الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجَا (١)Segala puji terentu bagi Allah Yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu Yang bengkok (terpesong). (al-Kahfi (18): 1)سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (١)Maha suci Allah Yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa... (al-Isra’ (17): 1)Sedangkan kalimat “rasul” membawa erti, orang yang diutus kepada seluruh manusia dengan misi dakwah kepada allah sebagai basyir (pemberi khabar gembira) dan nadzir (pemberi peringatan).Persaksian untuk Rasulullah s.a.w. dengan dua sifat ini meniadakan ifrath dan tafrith pada hak Rasulullah s.a.w.. Kerana banyak orang yang mengaku umatnya lalu melebihkan haknya atau mengagungkannya hingga mengangkatnya di atas martabat melebihi darjat seorang manusia sehingga mengibadahinya (menjadikan sembahan) selain dari Allahs.w.t.. Mereka beristighatsah (memohon pertolongan) kepada beliau dalam bentuk doa membelakangkan (mensyirikkan Allah). Juga meminta kepada beliau apa yang tidak sanggup melakukannya selain Allah, seperti memenuhi hajat dan menghilangkan kesulitan. Tetapi di pihak yang lain, terdapat sebahagian kelompok mengingkari kerasulannya atau mengurangi haknya, sehingga ia bergantung kepada pendapat-pendapat yang menyalahi ajarannya, serta memaksakan diri dalam men-takwil-kan hadis-hadis dan hukum-hukumnya.Syarat-Syarat SyahadatainSyarat-Syarat “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallahBersaksi dengan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah harus (wajib) dengan tujuh syarat. Tanpa syarat-syarat itu, syahadat tidak akan bermanfaat bagi yang mengucapkannya. Secara global, tujuh syarat itu adalah:1 – Ilmu, yang menafikan jahil (kebodohan).2 – Yaqin, yang menafikan syak (keraguan).3 – Qabul (menerima), yang menafikan radd (penolakan).4 – Inqiyad (patuh), yang menafikan tark (meninggalkan).5 – Ikhlas, yang menafikan syirik.6 – Shidq (jujur), yang menafikan kadzib (dusta).7 – Mahabbah (kecintaan), yang menafikan baghdha’ (kebencian).Dan, perinciannya adalah seperti berikut;Syarat Pertama: Ilmu (Mengetahui)Ertinya memahami makna dan maksudnya. Mengetahui apa yang ditiadakan dan apa yang ditetapkan, yang menafikan ketidaktahuannya dengan hal tersebut.Allah berfirman:وَلا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الشَّفَاعَةَ إِلا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (٨٦)...tidak mempunyai sebarang Kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa Yang memberi penerangan mengakui kebenaran Dengan mentauhidkan Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya yang mereka mengetahui-Nya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; (az-Zukhruf (43): 86)Maksudnya orang yang bersaksi dengan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah, dan memahami dengan hatinya apa yang diikrarkan oleh lisannya. Seandainya ia mengucapkannya, tetapi tidak mengerti apa akan maksudnya atau maknanya (pengertiannya), maka persaksian itu tidak sah dan tidak berguna.Syarat Kedua: YaqinMereka yang mengikrarkannya harus (wajib) meyakini kandungan syahadat itu. Manakala jika ia meragukannya maka sia-sia belaka persaksian itu.Allah s.w.t. berfirman:إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ (١٥)Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (al-Hujuraat (49): 15)Andainya ia ragu, maka ia menjadi munafiq. Nabi s.a.w. bersabda:من لقيت وراءهذ الحائط يشهد أن لاإله إلاالله مستيقنا بها قلبه فبشره با لجنه“Siapa yang engkau temui di balik tembok (kebun) ini, yang menyaksikan bahawa tiada ilah selain Allah dengan hati yang meyakininya, maka berilah khabar gembira dengan (balasan) syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)Maka siapa yang hatinya meyakini, ia berhak masuk syurga.Syarat Ketiga: Qabul (menerima)Menerima kandungan dan konsekuensi dari syahadat; menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan ibadah kepada selain-Nya.Siapa yang mengucapkan, tetapi tidak menerima dan menta’ati, maka ia termasuk orang-orang yang difirmankan Allah s.w.t.:إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ (٣٥)وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُو آلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَجْنُونٍ (٣٦)Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya berhak disembah melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, - serta mereka berkata: " Patutkah Kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?" (ash-Shaffat (37): 35-36)Ini seperti halnya penyembah kuburan dewasa ini. Mereka mengikrarkan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah, tetapi tidak mahu meninggalkan penyembahan terhadap kuburan. Dengan demikian bererti mereka belum menerima makna “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah.Syarat Keempat: Inqiyaad (Tunduk dan Patuh Dengan Kandungan Makna syahadat)وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الأمُورِ (٢٢)Dan sesiapa Yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan Segala urusan. (Luqman (31): 22)الْعُرْوَةِ الْوُثْقَى (al-“Urwatul-wutsqa) adalah laa ilaaha illallah. Dan makna يُسْلِمْ وَجْهَهُ (yuslim wajhahu) adalah yanqadu (patuh, tunduk).Syarat Kelima: Shidq (jujur)Iaitu mengucapkan kalimat ini dan hatinya juga membenarkannya. Manakala lisannya mengucapkan, tetapi hatinya mendustakan, maka ia adalah munafik dan pendusta.Allah s.w.t. berfirman:لِيُحِقَّ الْحَقَّ وَيُبْطِلَ الْبَاطِلَ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ (٨)إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلائِكَةِ مُرْدِفِينَ (٩)وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلا بُشْرَى وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (١٠)Supaya Allah menegakkan Yang benar itu dan menghapuskan Yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) Yang berdosa itu tidak menyukainya. (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut. dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah (2): 8-10)Syarat Keenam: IkhlasIaitu membersihkan amal dari segala debu-debu syirik, dengan jalan tidak mengucapkannya kerana mengingkari isi dunia, riya’ atau sum’ah. Dalam hadis ‘Itban, Rasulullah s.a.w. bersabda:قإن الله حرم على النار من قا ل لاإله إلله يبتغى بذ لك وجه الله“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas neraka orang yang mengucapkan laa ilaaha illallah kerana menginginkan redha Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)Syarat Ketujuh: Mahabbah (Kecintaan)Maksudnya mencintai kalimat ini serta isinya, juga mencintai orang-orang yang mengamalkan konsekuensinya.وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ (١٦٥)(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (al-Baqarah (2): 165)Makanya, ahli tauhiditu adalah mencintai Allah dengan cinta yang tulus bersih. Sedangkan ahli syirik mencintai Allah dan mencintai yang lainnya. Hal ini sangat bertentangan dengan isi kandungan laa ilaaha illallah - “لاإله إلا الله”.Syarat-Syarat “محمد رسول الله” Muhammadar Rasulullah1 – Mengakui kerasulan dan meyakininya di dalam hati.2 – Mengucapkan dan mengikrarkan dengan lisan.3 – Mengikutinya dengan mengamalkan ajaran keebnaran yang telah dibawanya serta meninggalkan kebatilan (larangan) yang ditegahnya.4 – Membenarkan segala apa yang dikhabarkan dari hal-hal yang ghaib, baik yang sudah lewat mahupun yang akan datang.5 – Mencintainya melebihi cintanya kepada dirinya sendiri, harta, anak, orang tua, serta seluruh umat manusia.6 – Mendahulukan sabdanya atas segala pendapat dan ucapan orang lain serta mengamalkan sunnahnya.Objektif / Kesan SyahadatainObjektif / Kesan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallahIaitu meninggalkan ibdah kepada selain Allah dari segala macam yang dipertuhankan sebagai keharusan (kewajiban) dari peniadaan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah. Dan beribadah kepada Allah semata-mata tanpa syirik sedikit pun, sebagai keharusan dari penetapan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah.Banyak orang mengikrarkan tetapi melanggar tetap melanggar objektif yang sepatutnya dimiliki. Sehingga mereka menetapkan ketuhanan yang sudah dinafikan, baik berupa para makhluk, kuburan, pepohonan, bebatuan, serta para thaghut lainnya.Mereka berkeyakinan bahawa tauhid adalah bid’ah. Mereka menolak para da’i yang mengajak kepada tauhid dan mencela orang yang beribadah hanya kepada Allah semata-mata.Objektif / Kesan “محمد رسول الله” Muhammadar RasulullahIaitu mentaatinya, membenarkannya, meninggalkan apa yang dilarangnya, mencukupkan diri dengan mengamalkan sunnahnya, dan meninggalkan yang lain dari hal-hal bid’ah dan muhdatsat (baru), serta mendahulukan sabda baginda di atas segala pendapat orang lain.Perkara-Perkara Yang Membatalkan SyahadatainIaitu hal-hal yang membatalkan Islam, kerana dua kalimat syahadat itulah yang membuat seseorang masuk dalam Islam. Mengucapkan keduanya adalah pengakuan terhadap kandungannya dan konsisten mengamalkan konsekuensinya berupa segala macam syi’ar-syi’ar Islam. Jika ia menyalahi ketentuan ini, bererti ia telah membatalkan perjanjian yang telah diikrarkannya ketika mengucapkan dua kalimat syahadat tersebut.Yang membatalkan Islam itu banyak sekali. Para fuqaha’ dalam kitab-kitab fiqh mereka telah menulis bab khusus yang diberi judul “Bab Riddah” (Bab Kemurtadan). Dan yang terpenting adalah sepuluh hal, iaitu:1 – Syirik dalam beribadah kepada Allah. Allah s.w.t. berfirman:إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا (٤٨)Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar. (an-Nisa’ (4): 48)لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ (٧٢)Demi sesungguhnya! telah kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang Penolong pun bagi orang-orang Yang berlaku zalim". (al-Ma’idah (5): 72)Termasuk di dalamnya iaitu menyembelih kerana selain Allah, sebagai contoh, adalah kerana untuk memohon hajat kepada kuburan yang dianggap keramat atau untuk jin dan lain-lainnya.2 – Orang yang menjadikan antara dia dan Allah perantara-perantara. Ia berdoa kepada mereka, meminta syafa’at kepada mereka dan bertawakkal kepada mereka. Orang seperti ini kafir secara ijma’.أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (٣)Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (az-Zumar (39): 3)3 – Orang-orang yang tidak mahu mengkafirkan orang-orang musyrik dan orang yang masih ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan madzhab mereka, dia itu kafir.4 – Orang yang meyakini bahawa selain petunjuk Nabi s.a.w. lebih sempurna dari petunjuk baginda, atau hukum yang lain lebih baik dari hukum beliau. Seperti orang yang mengutamakan hukum para thaghut di atas hukum Rasulullah s.a.w., mengutamakan hukum atau perundangan manusia di atas hukum Islam, maka dia kafir.5 – Sesiapa yang membenci sesuatu dari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. sekalipun ia juga mengamalkannya, maka dia kafir.6 – Sesiapa yang menghina sesuatu dari agama Rasul s.a.w. atau pahala mahupun siksa-Nya, maka dia kafir. Hal ini ditunjukkan melalui firman Allah s.w.t.:وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (٦٥)لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ (٦٦)Dan jika Engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya Kami hanyalah berbual dan bermain-main". katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan Yang dusta), kerana Sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak Yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. (at-Taubah (9): 65-66)7 – Sihir, di antaranya sharf dan ‘athf (barangkali yang dimaksudkan adalah amalan yang dilaksanakan dengan tujuan membuat suami benci kepada isterinya atau membuat wanita cinta kepadanya atau sebaliknya). Barangsiapa melakukan atau meredhainya, maka ia kafir. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t.:وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (١٠٢)Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. (al-Baqarah (2): 102)8 – Mendukung kaum musyrikin dan menolong mereka dalam memusuhi umat Islam. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t.:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (٥١)Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (al-Ma’idah (5): 51)9 – Sesiapa yang meyakini bahawa sebahagian manusia ada yang boleh keluar dari syari’at Nabi Muhammad s.a.w., seperti halnya Nabi Hidhir boleh keluar dri syari’at Nabi Musa a.s., maka ia kafir. Sebagaimana yang diyakini oleh ghulat sufiyah (sufi yang berlebihan atau yang melampaui batas) bahawa mereka dapat mencapai suatu darjat atau maqam yang akan menjadikan mereka tidak perlu lagi untuk mengikuti syari’at Rasulullah s.a.w.10 – Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajarinya dan tidak pula mengamalkannya. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t.:وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ (٢٢)Dan tidaklah ada Yang lebih zalim daripada orang Yang diberi ingat Dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); Sesungguhnya Kami tetap membalas. (as-Sajdah (32): 22Syeikh Muhammad at-Tamimy berkata: “Tidak ada bezanya dalam hal yang membatalkan syahadat ini antara orang yang bercanda (bergurau), yang serius (bersungguh-sungguh) mahupun yang takut, kecuali orang yang dipaksa. Dan semuanya adalah bahaya yang paling besar serta yang paling sering terjadi. Maka setiap muslim wajib berhati-hati dan mengkhawatirkan dirinya serta mohon perlindungan kepada Allah s.w.t. dari hal-hal yang boleh mendatangkan murka Allah dan siksa-Nya yang pedih (Majmu’ah at-Tauhid an-Najdiyah, hal. 37-39).PASAL 3 – TASYRI’Tasyri’ adalah hak Allah s.w.t.. Yang dimaksudkan dengan tasyri’ adalah apa yang diturunkan Allah s.w.t. untuk hamba-Nya berupa manhaj (jalan/kaedah/prinsip) yang harus (wajib) mereka lalui dalam bab aqidah aqidah, muamalat, dan sebagainya. Termasuk di dalamnya masalah penghalalan dan pengharaman. Tidak seorang pun berwenang menghalakan kecuali apa yang sudah dihalalkan Allah, juga tidak boleh mengharamkan kecuali apa yang sudah diharamkan Allah.وَلا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لا يُفْلِحُونَ (١١٦)Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (an-Nahl (16): 116)قُلْ أَرَأَيْتُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ رِزْقٍ فَجَعَلْتُمْ مِنْهُ حَرَامًا وَحَلالا قُلْ آللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ أَمْ عَلَى اللَّهِ تَفْتَرُونَ (٥٩)Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?" Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?". (Yunus (10): 59)Allah telah melarang penghalalan dan pengharaman tanpa dalil dari al-Kitab dan as-Sunnah, dan Dia menyatakan bahawa hal itu adalah dusta atas nama Allah. Sebagaimana Dia telah memberitahukan bahawa sesiapa yang mewajibkan atau mengharamkan sesuatu tanpa dalil maka ia telah menjadikan dirinya sebagai sekutu Allah dalam hal tasyri’.Allah s.w.t. berfirman:أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٢١)Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu (sesembahan selain Allah) yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (asy-Syura (42): 21)وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ (١٢١)... Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan Yang haram itu), Sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik. (al-An’am (6): 121)Maksudnya adalah orang-orang yang menghalalkan bangkai-bangkai yang sudah diharamkan Allah. Maka sesiapa yang mentaati mereka, dia adalah musyrik. Sebagaiaman Allah memberitahukan bahawa siapa yang mentaati para ulama dan rahib-rahib dalam hal menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh allah, maka ia telah menjadikan mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah.Dia s.w.t. berfirman:اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لا إِلَهَ إِلا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ (٣١)Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. (at-Taubah (9): 31)Ketika Adiy bin Hatim r.a. mendengar ayat ini, ia berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya kami tidak menyembah mereka.” Maka Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya:أليسوا يحلون ما حرم الله فتحلونه ويحرمون ماأحل الله فتحرمونه؟ قال: بلى ، قال: فتلك عبا دتهم“Bukankah mereka menghalalkan apa yang Allah haramkan, kemudian kalian menghalalkannya. Dan mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan, kemudian kalian mengharamkannya?!” Ia menjawab, “Ya benar.” Maka beliau bersabda lagi, “Itulah bentuk ibadah kepada mereka.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)Syeihk Abdurrahman bin Hasan rahimahullah berkata, “Di dalam hadis tersebut terdapat dalil bahawa mentaati ulama dan pendeta dalam hal maksiat kepada Allah bererti beribadah kepada mereka dari selain Allah, dan termasuk syirik akhbar yang tidak diampuni oleh Allah s.w.t.. Kerana akhir ayat tersebut berbunyi:وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لا إِلَهَ إِلا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ (٣١)... padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. (at-Taubah (9): 31)Senada dengan itu adalah firman Allah s.w.t.:وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ (١٢١)Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) Yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana Sesungguhnya Yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan Yang haram itu), Sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik. (al-An’am (6): 121)Hal ini banyak menimpa orang-orang yang bertaklid kepada ulama mereka. Kerana mereka tidak melihat dalil lagi, meskipun ulama yang diikutinya itu telah menyalahi dalil. Dan ia termasuk jenis syirik ini.Maka mentaati dan konsisten terhadap syari’at Allah serta meninggalkan syari’at-syari’at lainnya adalah salah satu keharusan dan konsekuensi dari laa ilaaha illallah. Dan hanya Allah-lah tempat kita memohon pertolongan.PASAL 4 – IBADAH: PENGERTIAN, JENIS, DAN KELUASAN SKOPNYADefini IbadahIbadah secara estimologi bererti merendahkan diri serta tunduk. Di dalam syara’, ibadah mempunyai banyak definisi, tetapi makna dan maksudnya satu. Definisi itu antara lain adalah:1 – Ibadah ialah taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya melalui lisan rasul-Nya.2 – Ibadah adalah merendahkan diri kepada Allah s.w.t. iaitu tingkatan tunduk yang paling disertai dengan rasa mahabbah (kecintaan) yang paling tinggi.3 – Ibadah ialah sebutan yang mencakupi seluruh apa yang dicintai dan diredhai Allah s.w.t., baik berupa ucapan atau perbuatan, yang zahir mahupun yang batin. Ini adalah definisi ibadah yang paling lengkap.Skop atau bentuk ibadah itu terbahagi kepada ibadah hati, lisan, dan anggota badan. Rasa khauf (takut), raja’ (mengharap), mahabbah (cinta), tawakkal (ketergantungan), raghbah (senang), dan rahbah (takut) adalah ibadah qalbiyah (yang berkaitan dengan hati). Sedangkan solat, zakat, haji, dan jihad adalah ibadah badaniyah qalbiyah (fizikal dan hati). Serta masih banyak lagi jenis-jenis ibadah yang berkaitan dengan hati, lisan, dan badan (fizikal).Ibadah inilah yang menjadi tujuan penciptaan manusia. Allah s.w.t. berfirman:وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (٥٧)إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ (٥٨)Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah Dia-lah sahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dia-lah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaan-Nya. (azd-Dzariyat (51): 56-58)Allah s.w.t. memberitahukan, hikmah penciptaan jin dan manusia adalah agar mereka melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t.. Dan Allah maha-Kaya, tidak memerlukan ibadah mereka, akan tetapi merekalah yang memerlukannya; kerana ketergantungan mereka kepada Allah, maka mereka menyembah-Nya sesuai dengan aturan syari’at-Nya. Maka, barangsiapa yang menolak beribadah kepada Allah, dia adalah sombong. Barang siapa yang menyembah-Nya tetapi dengan selain apa yang disyari’atkan-Nya maka ia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah). Dan barang siapa yang hanya menyembah-Nya dengan syari’at-Nya (kaedah yang ditetapkan-Nya), maka dia mukmin muwahhid (yang mengesakan Allah).Jenis-Jenis Ibadah Dan Keluasan RakumannyaIbadah itu banyak jenisnya. Ia mencakupi dan merangkumi semua jenis ketaatan yang nampak pada lisan, anggota badan, dan yang lahir dari hati. Seperti zikir, tasbih, tahlil, dan membaca al-Qur’an, solat, zakat, puasa, haji, jihad, amar ma’ruf nahi mungkar, berbuat baik kepada kerabat, anak yatim, orang miskin, dan ibnu sabil. Begitu pula cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, khasyyatullah (takut kepada Allah), inabah (kembali) kepada-Nya, ikhlas kepada-Nya, sabar terhadap hukum-Nya, redha dengan qadha’ dan qadar-Nya, mengharap nikmat-Nya, dan takut dari siksa-Nya.Jadi, ibadah mencakupi seluruh tingkah laku seseorang mukmin jika diniatkan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) atau apa-apa yang membantu qurbah. Bahkan adat kebiasaan (yang mubah) pun bernilai ibadah jika diniatkan sebagai bekal untuk taat kepada-Nya. Seperti tidur, makan, minum, jual-beli, bekerja mencari nafkah, nikah dan sebagainya. Pelbagai kebiasaan tersebut jika disertai dengan niat yang baik (benar menurut syari’at) maka ianya menjadi nilai berbentuk ibadah yang berhak mendapat pahala. Kerananya, tidaklah ibadah itu terbatas hanya kepada syi’ar-syi’ar yang biasa dikenal.PASAL 5 – PEMAHAMAN YANG SALAH TENTANG PEMBATASAN IBADAHIbadah adalah perkara tauqifiyah. Ertinya tidak ada suatu bentuk ibadah pun yang disyari’atkan kecuali berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Apa yang tidak disyari’atkan bererti bid’ah mardudah (bid’ah yang jelas ditolak), sebagaimana firman Allah s.w.t.:من عمل عملا ليس عليه أمر نا فهورد“Barangsiapa yang melaksanakan suatu amalan tidak atas perintah kami, maka ia tertolak.” (Hadis Riwayat Bukahri & Muslim)Maksudnya amalnya ditolak dan tidak diterima, bahkan ia berdosa kerananya, sebab amal tersebut adalah maksiat, bukan taat. Kemudian manhaj yang benar dalam perlaksanaan ibadah yang disyari’atkan adalah sikap pertengahan. Antara meremehkan dan malas dengan sikap ekstrim serta melampaui batas. Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi-Nya s.a.w.:فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (١١٢)Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada-mu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikut-mu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa yang kamu kerjakan. (Hud (11): 112)Ayat al-Qur’an ini adalah garis petunjuk bagi langkah manhaj yang benar dalam perlaksanaan ibadah. Iaitu dengan ber-istiqamah dalam melaksanakan ibadah pada jalan tengah, tidak kurang atau lebih, sesuai dengan petunjuk syari’at (sebagaimana yang diperintahkan padamu). Kemudian Dia menegaskan lagi dengan firman-Nya:وَلا تَطْغَوْاDan janganlah kamu melampaui batas.Tughyan adalah melampaui batas dengan bersikap terlalu keras dan memaksakan kehendak serta mengada-ngada. Ia lebih dikenal dengan ghuluw.Ketika Rasulullah s.a.w. mengetahui bahawa tiga orang dari sahabat-nya melakukan ghuluw dalam ibadah, di mana seorang dari mereka berkata, “Saya puasa terus dan tidak berbuka”. Dan yang kedua berkata, “Saya solat terus dan ttidak tidur”, lalu yang ketiga berkata, “Saya tidak menikahi wanita”. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:أما أنا فأصوم وأفطر. وأصلي وأرقد. وأتزوج النساء فمن رغب عن سنتي فليس مني“Adapun saya, maka saya berpuasa dan berbuka, saya solat dan tidur, dan saya menikahi perempuan. Maka barangsiapa tidak menyukai jejakku maka dia bukan dari (bahagian atau golongan)-ku.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)Ada dua golongan yang saling bertentangan dalam soal ibadah:Golongan pertama: Yang mengurangi makna ibadah serta meremehkan perlaksanaannya. Mereka meniadakan berbagai macam ibadah dan hanya melaksanakan ibadah-ibadah yang terbatas pada syi’ar-syi’ar tertentu dan sedikit hanya diadakan di masjid-masjid saja. Tidak ada ibadah di rumah, di bilik-bilik, di bidang sosial, politik, juga tidak dalam peradilan permasalahan persengketaan dan dalam perkara-perkara kehidupan lainnya.Memang masjid mempunyai keistimewaan dan harus dipergunakan dalam solat fardhu lima waktu. Akan tetapi, perlulah difahami bahawa ibadah adalah merangkumi seluruh aspek kehidupan Muslim, baik di masjid mahupun di luar masjid.Golongan kedua: Iaitu yang bersikap berlebih-lebihan dalam perlaksanaan ibadah sehingga mencapai batas ekstreme; yang sunnah, mereka angkat sehingga kepada tingkatan wajib, sebagaimana yang mubah mereka angkat sehingga haram. Mereka menghukumi dengan label sesat dan salah (mungkar) terhadap orang yang menyalahi manhaj (cara praktik) mereka, serta menyalahkan pemahaman-pemahaman lainnya.Padahal sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. dan seburuk-buruk perkara adalah yang bid’ah.PASAL 6 - RUKUN-RUKUN UBUDIYAH YANG BENARSesungguhnya ibadah itu berlandaskan pada tiga rukun utama, iaitu: hubb (cinta), khauf (takut), dan raja’ (harapan).Rasa cinta haruslah disekalikan atau disertai dengan sikap rasa rendah diri, sedangkan khauf harus disertai dengan raja’. Dalam setiap ibadah harus terkumpul unsur-unsur ini. Allah s.w.t. berfirman tentang sifat hamba-hamba-Nya yang mukmin:يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُDia mencintai mereka, dan mereka mencintai-Nya... (al-Ma’idah (5): 54)وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِSedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah... (al-Baqarah (2): 165)Dia s.w.t. berfirman menyifati para rasul dan nabi-Nya:إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ (٩٠)Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba (bersegera) dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami. (al-Anbiya’ (21): 90)Sebahagian salaf berkata: “Barang siapa yang menyembah Allah dengan rasa cinta (hubb) saja maka ia zindiq. Sesiapa yang menyembah-Nya dengan raja’ (harapan) saja, maka ia adalah murji’. Dan sesiapa yang menyembah-Nya hanya dengan khauf (takut) saja, maka ia adalah harury. Sesiapa yang menyembah-Nya dengan cinta (hubb), takut (khauf), dan harapan (raja’), maka dia adalah mukmin muwahhid.” (Penjelasan: zindiq adalah istilah untuk setiap munafiq, orang sesat dan mulhid. Murji’ adalah orang murji’ah, iaitu golongan yang mengatakan bahawa amal bukan bahagian iman. Menururt mereka, iman cukup sekadar dengan hati. Harury pula adalah orang dari golongan khawarij, yang pertama kali muncul di Harruro’, dekat Kufah, yang berkeyakinan bahawa orang mukmin yang berdosa adalah kafir.)Hal ini disebutkan oleh Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Risalah Ubudiyah. Beliau juga berkata:“Dien Allah adalah menyembah-Nya, taat, dan tunduk kepada-Nya; Asal makna ibadah adalah adz-dzull (hina). Dikatakan “” jika jalan itu dihinakan dan diinjak-injak oleh kaki manusia. Akan tetapi ibadah yang diperintahakan mengandungi dzull dan hubb. Iaitu mengandungi makna dzull yang paling dalam dengan hubb yang paling tinggi kepadanya, maka ia bukanlah menghamba (menyembah) kepadanya. Dan jika ia menyukai sesuatu tetapi tidak tunduk kepadanya, maka ia pun tidak menghamba (menyembah) kepada-Nya. Sebagaimana seorang ayah menyintai anaknya atau rakannya. Kerana itu tidak cukup salah satu dari keduanya dalam beribadah kepada Allah, tetapi hendaklah Allah lebih dicintai dari segala sesuatu dan Allah lebih diagungkan dari segala sesuatu. Tidak ada yang berhak dapat mahabbah (cinta) dan khudhu’ (ketundukan) yang sempurna selain Allah. (Majmu’ah Tauhid Najdiyah, hal. 542) Inilah rukun-rukun kehambaan yang merupakan dasar segala amal ibadah.Ibnu Qayyim berkata dalam Nuniyah-nya:“Ibadah kepada ar-Rahman adalah cinta yang dalam kepada-Nya, berserta kepatuhan penyembah-Nya. Dua hal ini adalah ibarat dua kutub. Di atas keduanyalah orbit ibadah beredar. Ia tidak beredar sehingga kedua kutub itu berdiri tegak. Sumbunya adalah perintah, perintah rasul-Nya. Bukan hawa nafsu dan syaitan.”Ibnu Qayyim menyerupakan beredarnya ibadah di atas rasa cinta dan tunduk bagi yang dicintai, iaitu Allah s.w.t. dengan beredarnya orbit di atas dua kutubnya. Beliau juga menyebutkan bahawa beredarnya orbit ibadah adalah berdasarkan perintah rasul dan syari’at-Nya, bukan berdasarkan hawa nafsu dan syaitan. Kerana hal yang demikian bukanlah ibadah. Apa yang disyari’atkan baginda Rasulullah s.a.w. itulah yang memutar orbit ibadah. Ia tidak diputar oleh bid’ah, nafsu, dan khurafat.PASAL 7 – SYARAT DITERIMANYA IBADAHAgar boleh diterima, ibadah disyaratkan harus benar-benar menurut kaedahnya. Dan ibadah itu tidak benar kecuali dengan ada syarat:1 – Ikhlas kerana Allah semata, bebas dari syirik besar dan kecil.2 – Sesuai dengan petunjuk Rasulullah s.a.w.Syarat pertama adalah kesan (dan objektif) daripada syahadat laa ilaaha illallah, kerana ia mengharuskan ikhlas beribdah hanya untuk Allah dan jauh dari syirik kepada-Nya.Sedangkan syarat kedua adalah kesan dari syahadat Muhammad Rasulullah, kerana ia menuntut wajibnya taat kepada Rasul, mengikuti syari’atnya dan meninggalkan bid’ah atau ibadah-ibadah yang diada-adakan. Allah s.w.t. berfirman:بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (١١٢)(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Baqarah (2): 112)Aslama wajhahu (menyerahkan diri) ertinya memurnikan ibadah kepada Allah. Wahuwa muhsin (berbuat kebajikan) ertinya mengikuti Rasul-Nya.Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan: “Dasar agama ada dua pokok iaitu kita tidak menyembah kecuali kepada Allah, dan kita tidak menyembah kecuali dengan yang Dia syari’atkan, tidak dengan bid’ah.” Sebagaimana Allah s.w.t. berfirman:قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (١١٠)Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi (18): 110)Yang demikian adalah manifestasi (perwujudan) dari dua kalimat syahadat Laa ilaaha illallah dan Muhammad Rasulullah.Pada yang pertama, kita tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Pada yang kedua, bahawasanya Muhammad adalah utusan-Nya yang menyampaikan ajaran-Nya. Maka kita wajib membenarkan dan mempercayai beritanya serta mentaati perintahnya. Beliau telah menjelaskan bagaimana cara kita beribadah kepada Allah, dan beliau melarang kita dari hal-hal baru atau bid’ah. Beliau mengatakan bahawa bid’ah itu sesat. (al-Ubudiyah, hal. 103; ada dalam Majmuah Tauhid, hal. 615)KESIMPULAN - SYARAT-SYARAT DITERIMANYA AMALANBerakidah Dengan Akidah Yang Sahih:-Sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman (berakidah dengan akidah yang sahih), maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan. (an-Nahl: 97)Dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman (berakidah sahih), maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. (an-Nisa’: 124)Ikhlas Lillahi Ta’ala (dan tidak syirik):Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya. Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari segala rupa syirik). (Zumar: 2)Dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi Yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika Engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu Yang lain Dengan Allah) tentulah akan terhapus amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang Yang rugi. (az-Zumar: 65)Barangsiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi: 110)Dan kalau mereka sekutukan (Allah Dengan sesuatu Yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal Yang baik). (al-An’am: 88)Menurut Petunjuk al-Qur'an Dan Sunnah Rasul-Nya (bersumberkan hadis2 yang sah) sahaja – Dengan tidak mereka-cipta ibadah berdasarkan akal:Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa Yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. (Thaha: 123)Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Hujurat: 01)Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab: 21)“Barangsiapa yang beramal dengan amalan selain dari cara kita, maka ianya tertolak.” (Hadis Riwayat Muslim, no: 1718)Sesungguhnya Allah Menjanjikan Kemenangan Kepada Mereka Yang Beramal Dengan Amalan Yang Soleh (amalan yang benar) Yang Disertakan Dengan akidah Yang Sahih:Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka berkuasa memegang pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka (fasik). (an-Nuur: 55)Rujukan:- Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql, Sheik Dr. Rabi Bin Hadi ‘Umair al-Madkhaly.- At-Tauhid Lish-shaffil Awwal al-‘Aliy, Sheikh Dr. Soleh Bin Fauzan al-Fauzan.PASAL – 8 TINGKATAN DIENDefinisiDien adalah ketaatan. Dalam bahasa arab “دان له يدين دينا” maksudnya “أطاعه” (mentaati). Dien juga disebut millah, dilihat dari segi ketaatan dan kepatuhan kepada syari’at. Allah s.w.t. berfirman:إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ (١٩)Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali Imran (3): 19)1 - IslamMenurut bahasa, Islam bererti masuk dalam kedalaman. Dikatakan “أسلم أمره إلى الله” ertinya menyerahkan perkaranya kepada Allah. Dikatakan “أسلم” ertinya masuk dalam agama Islam. Sedangkan menurut syara’ Islam bererti pasrah kepada Allah, bertauhid dan tunduk kepada-Nya, taat dan membebaskan diri dari syirik dan para pengikutnya.2 - ImanMenurut bahasa, iman bererti membenarkan disertai percaya dan amanah. Sedangkan menurut syara’, bererti pernyataan dengan lisan, keyakinan dalam hati dan perbuatan dengan anggota badan.3 – IhsanMenurut bahasa, lisan bererti berbuat kebaikan, iaitu segala sesuatu yang menyenangkan dan terpuji. Dan kata-kata ihsan mempunyai dua sisi:Pertama, memberikan kebaikan kepada orang lain. Dalam bahasa arab dikatakan “أحسن إلي فلان” ia telah berbuat baik kepada si fulan.Kedua, memperbaiki perbuatannya dengan menyempurnakan dan membaikannya. Dikatakan “أحسن عمله” jika ia telah menyempurnakannya.Sedangkan ihsan menurut syara’ adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam sabdanya:أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه قإنه يراك“Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak boleh melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “Ihsan itu mengandungi kesempurnaan ikhlas kepada Allah dan perbuatan baik yang dicintai oleh Allah. Allah s.w.t. berfirman:بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (١١٢)(Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Baqarah (2): 112)Agama Islam merangkumi ketiga-tiga istilah ini, iaitu: Islam, iman, dan ihsan. Sebagaimana yang terdapat dalam hadis jibril a.s. ketika datang kepada Nabi s.a.w. di hadapan para sahabatnya dan bertanya tentang Islam, kemudian tentang iman dan ihsan. Lalu Rasulullah s.a.w. menjelaskan setiap dari pertanyaan tersebut. Kemudian beliau bersabda: “Inilah Jibril datang kepada kalian untuk mengajarkan dien kalian.” Jadi, Rasulullah menjadikan dien itu adalah Islam, iman, dan ihsan. Maka jelaslah agama kita ini merangkumi ketiga-tiganya itu.Dengan yang demikian, Islam mempunyai tiga tingkatan: Pertama adalah Islam, kedua iman, dan ketiga adalah ihsan. (Lihat Majmu’ Fatawa, 8/10 dan 622)Keumuman Dan Kekhususan Dari Ketiga Tingkatan TersebutIslam dan iman apabila disebut salah satunya secara terpisah maka yang lainnya termasuk di dalamnya. Tidak ada perbezaan di antara keduanya ketika itu. Tetapi jika disebut keduanya secara bersamaan, maka masing-masing mempunyai pengertian sendiri-sendiri, sebagai-mana yang terdapat di dalam hadis Jibril a.s. Di mana Islam ditafsiri dengan amalan-amalan lahiriah atau amalan-amalan badan seperti solat dan zakat. Sedangkan iman ditafsiri dengan amalan-amalan hati atau amalan batin seperti membenarkan dengan lisan, percaya, dan ma’rifat kepada allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya dan seterusnya.Adapun keumuman dan kekhususan antara ketiga-tiganya ini telah dijelskan oleh Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah sebagai berikut:“Ihsan itu lebih umum dari sisi dirinya sendiri dan lebih khusus dari segi orang-orangnya daripada iman. Iman itu lebih umum dari segi dirinya sendiri dan lebih khusus dari segi orang-orangnya daripada Islam. Ihsan merangkumi iman, dan iman merangkumi Islam. Para muhsinin lebih khusus daripada mukminin, dan para mukmin lebih khusus dari para muslimin.” (Majmu’ Fatawa, 7/10)Oleh kerana itu, para ulama muhaqqiq mengatakan, “Setiap mukmin adalah muslim, kerana sesungguhnya siapa yang telah mewujudkan iman dan ia tertancap di dalam sanubarinya maka dia pasti melaksanakan amalan-amalan Islam sebagaimana yang telah disabdakan baginda Rasulullah s.a.w.:ألا وإن في الجسد مضغه إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسد الجسد كله ، ألا وهي القلب“Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat segumpal darah, jika ia baik maka menjadi baiklah jasad itu semuanya, dan jika ia rosak, maka rosaklah jasad itu semuanya. Ingatlah, ia adalah hati. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)Dan tidak setiap Muslim itu mukmin, kerana boleh jadi imannya sangat lemah, sehingga tidak boleh mewujudkan iman dengan bentuk yang sempurna, tetapi ia tetap menjalankan amalan-amalan Islam, maka menjadilah ia seorang muslim, bukan mukmin yang sempurna imannya. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:قَالَتِ الأعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَاOrang-orang Arab berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: `Kami telah Islam'... (al-Hujurat (49): 14)Mereka bukanlah orang munafik secara keseluruhan, demikian menurut yang paling benar dari dua penafsiran yang ada, iaitu perkataan Ibnu Abbas dan lainnya, tetapi iman mereka lemah. Hal ini ditunjukkan oleh firman Allah s.w.t.:وَلَمَّا يَدْخُلِ الإيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (١٤)Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (al-Hujurat (49): 14)Maksudnya tidaklah pahala mereka dikurangi berdasarkan iman yang ada pada diri mereka yang cukup sebagai syarat untuk diterimanya amalan mereka dan diberi balasan pahala. Seandainya mereka tidak memiliki iman, tentu mereka tidak akan diberi pahala apa-apa. (Syarah Arba’in, Ibnu Rajab, hal. 25-26)Maka jelaslah bahawa dien itu bertingkat, dan sebahagian tingkatan-nya lebih tinggi dari yang lain. Pertama adalah Islam, kemudian naik lagi menjadi iman, dan yang paling tinggi adalah ihsan.Tajuk selanjutnya akan menyusul: Tauhid Asma’ Wa SifatKitab asal / rujukan utama: التوحيد للصف الاول العالي (at-Tauhid Lish-Shafil Awwal al-'Ally) oleh Sheikh Dr. Soleh Fauzan Bin Fauzan Bin Abdullah al-Fauzan.

MENGENALI ALLAH DENGAN MENG-IMANI ASMA’ WA SIFAT-NYA
Daripada Blog Rasmi (Aqidah):http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.comMAKNA TAUHID ASMA’ WA SIFAT DAN MANHAJ SALAF (GOLONGAN AWAL) DI DALAMNYAIaitu beriman kepada nama-nama Allah s.w.t. dan sifat-sifat-Nya, sebagaimana yang diterangkan dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya s.a.w., menurut apa yang layak bagi Allah s.w.t., tanpa ta’wil dan ta’thil, tanpa takyif, dan tamtsil, berdasarkan firman Allah s.w.t.:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Tiada sesuatupun yang serupa dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (asy-Syura 42: 11)Ta’thil – adalah menghilangkan makna atau sifat Allah.Takyif - adalah mempersoalkan hakikat asma’ dan sifat Allah dengan bertanya “bagaimana”.Tamtsil - adalah menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya.Allah menafikan jika ada sesuatu yang menyerupai-Nya, dan Dia menetapkan bahawa Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Maka Dia diberi nama dan sifat dengan nama dan sifat yang Dia sendiri berikan untuk diri-Nya dan dengan nama dan sifat yang disampaikan oleh Rasul-Nya (melalui hadis). Al-Qur’an dan as-Sunnah dalam hal ini tidak boleh dilanggar, kerana tidak seorangpun yang lebih mengetahui Allah daripada Allah sendiri, dan tidak ada sesudah Allah orang yang lebih mengetahui Allah daripada Rasul-Nya. Maka barangsiapa yang mengingkari nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya atau menamakan Allah dan menyifati-Nya dengan nama-nama dan sifat-sifat makhluk-Nya, menta’wilkannya dari maknanya yang benar (haq), maka dia telah berbicara tentang allah tanpa ilmu dan berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya.Allah s.w.t. berfirman:
هَؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً لَوْلا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah? (al-Kahfi 18: 15)MANHAJ SALAF (PARA SAHABAT, TABI’IN DAN ULAMA PADA KURUN WAKTU YANG DIUTAMAKAN) DALAM HAL ASMA’ DAN SIFAT ALLAHIaitu mengimani dan menetapkannya sebagaimana ia datang tanpa tahrif (mengubah), ta’thil (menafikan), takyif (menanyakan bagaimana) dan tamtsil (menyerupakan), dan hal itu termasuk pengertian beriman kepada Allah.** Iman seperti ini juga dianut oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jailani (wafat tahun 561 H.), lihat kitabnya “al-Fathur Rabbani wal Faidhur Rahmaniy”, cetakan al-Haramain, hal. 34, 61, 76, dan 303).Imam Ahmad rahimahullah berkata, Allah tidak boleh disifati kecuali dengan apa yang disifati oleh-Nya untuk Diri-Nya atau apa yang sifatkan melalui Rasul-Nya, serta tidak boleh melampaui al-Qur’an dan al-Hadis. Mazhab (jalan/landasan) salaf menyifati Allah dengan apa yang Dia sifatkan untuk Diri-Nya dan dengan apa yang disifatkan melalui Rasul-Nya, tanpa tahrif dan ta’thil, takyif dan tamtsil.Kita mengetahui bahawa apa yang Allah sifatkan untuk Diri-Nya adalah haq (benar), tidak mengandungi teka-teki dan tidak untuk dibongkar. Maknanya sudah dimengerti, sebagaimana maksud orang yang berbicara juga dimengerti dari pembicaraannya. Apalagi jika yang berbicara itu adalah Rasulullah, manusia yang paling mengerti dengan apa yang dia katakan, yang paling fasih dalam menjelaskan ilmu, dan paling baik serta mengerti dalam menjelaskan atau memberi petunjuk. Dan sekali pun demikian, tidaklah ada sesuatu yang menyerupai Allah. Tidak dalam Diri (Dzat)-Nya Yang Maha Suci yang disebut dalam asma’ dan sifat-Nya, juga tidak dalam perbuatan-Nya. Sebagaimana yang kita yakini bahawa Allah s.w.t. mempunyai Dzat, juga ad’al (perbuatan), maka begitu pula Dia benar-benar mempunyai sifat-sifat, tetapi tidak ada satu pun yang menyamai-Nya, juga tidak dalam perbuatan-Nya.Setiap yang mengharuskan adanya kekurangan dan huduts* maka Allah s.w.t. benar-benar bebas dan Mahasuci dari hal tersebut. Sesungguhnya Allah adalah yang memiliki kesempurnaan yang sempurna, tidak ada batas ayas-Nya. Dan mustahil bagi Diri-Nya mengalami huduts, kerana mustahil bagi-Nya sifat ‘adam (tidak ada); sebab huduts mengharuskan adanya sifat ‘adam sebelumnya, dan kerana sesuatu yang baru pasti memerlukan muhdits (yang mengadakan), juga kerana Allah bersifat wajibul wujud binafsi (wajib ada dengan sendiri-Nya).* Huduts ertinya baru, yang dahulunya tidak ada kemudian menjadi ada. Huduts adalah lawan kata dari qidam.Madzhab salaf adalah antara ta’thil dan tamtsil. Mereka tidak menyamakan atau menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk-Nya. Sebagaimana mereka tidak menyerupakan Dzat-Nya dengan dzat pada makhluk-Nya. Mereka tidak menafikan apa yang Allah sifatkan untuk diri-Nya, atau apa yang disifatkan oleh Rasul-Nya. Seandainya mereka menafikan, bererti mereka telah menghilangkan asma’ husna dan sifat-sifat-Nya yang ‘ulya (luhur), dan bererti mengubah kalam dari tempat yang sebenarnya, dan bererti pula mengingkari asma’ allah dan ayat-ayat-Nya. (Lihat Majmu’ Fatawa, 5/26-27)ASMA’ HUSNA DAN SIFAT KESEMPURNAAN, SERTA PENDAPAT GOLONGAN SESAT DAN BANTAHANNYAPertama: ASMA’ HUSNA
وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (asma’ul husna), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (al-A’raaf 7: 180)Ayat yang agung ini menunjukkan hal-hal berikut:1 – Menetapkan nama-nama (asma’) untuk Allah s.w.t., maka siapa yang menafikannya bererti ia telah menafikan apa yang telah ditetapkan Allah dan juga bererti dia telah menentang Allah s.w.t.2 – Bahawasanya asma’ Allah s.w.t. semuanya adalah husna. Maksudnya sangat baik. Kerana ia mengandungi makna dan sifat-sifat yang sempurna, tanpa kekurangan dan cacat sedikit pun. Ia bukanlah sekadar nama-nama kosong yang tidak bermakna atau tidak mengandungi erti.3 – Sesungguhnya Allah meemrintahkan berdoa dan bertawassul kepada-Nya dengan nama-nama-Nya. Maka hal ini menunjukkan keagungan-Nya serta kecintaan Allah kepada doa yang disertai nama-nama-Nya.4 – Bahawasanya Allah s.w.t. mengancam orang-orang yang ilhad dalam asma’-Nya dan Dia akan membalas perbuatan mereka yang buruk itu.Ilhad menurut bahasa bererti “الميل” iaitu condong. Ilhad di dalam asma’ Allah bererti menyelewengkannya dari makna-makan agung yang dikandungnya kepada makna-makan batil yang tidak dikandungnya. Sebagaimana yang dilakukan orang-orang yang menta’wilkannya dari makna-makan sebenarnya kepada makna yang mereka ada-adakan.Allah s.w.t. berfirman:
قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia"... (al-Isra’ 17: 110)Diriwayatkan, bahawa salah seorang musyrik mendengar baginda Nabi s.a.w. sedang mengucapkan dalam sujudnya, “Ya Allah, ya Rahman”, maka ia berkata, “Sesungguhnya Muhammad mengaku bahawa dirinya hanya menyembah satu Tuhan, sedangkan ia memohon kepada dua tuhan.” Maka Allah menurunkan ayat ini. Demikian seperti disebutkan oleh Ibnu Katheer. Maka Allah menyuruh hamba-hamba-Nya untuk memanjatkan doa kepada-Nya dengan menyebut nama-nama-Nya sesuai dengan keinginan-nya. Jika mreka mahu, mereka memanggil, “Ya Allah”, dan jika mereka menghendaki boleh memanggil, “Ya Rahman” dan seterusnya. Hal ini menunjukkan tetapnya nama-nama Allah dan bahawasanya masing-masing dari nama-Nya boleh digunakan untuk berdoa sesuai dengan maqam (keadaan) dan situasinya, kerana semuanya adalah husna.Allah s.w.t. berfirman:
اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى
Allah! Tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah Segala nama Yang baik. (Thaha 20: 8)
هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (al-Hasyr 59: 24)Maka barangsiapa menafikan asma’ Allah bererti ia berada di atas orang-orang musyrik, sebagaimana firman Allah s.w.t.:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اسْجُدُوا لِلرَّحْمَنِ قَالُوا وَمَا الرَّحْمَنُ أَنَسْجُدُ لِمَا تَأْمُرُنَا وَزَادَهُمْ نُفُورًا
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): "Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!" mereka bertanya: "Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah Kami sujud kepada apa sahaja yang Engkau perintahkan kami?" dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar. (al-Furqan 25: 60)
كَذَلِكَ أَرْسَلْنَاكَ فِي أُمَّةٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهَا أُمَمٌ لِتَتْلُوَ عَلَيْهِمُ الَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَهُمْ يَكْفُرُونَ بِالرَّحْمَنِ قُلْ هُوَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ مَتَابِ
Demikianlah, Kami utuskan Engkau (Wahai Muhammad) kepada satu umat Yang telah lalu sebelumnya beberapa umat Yang lain, supaya Engkau membacakan kepada mereka Al-Quran Yang Kami wahyukan kepadaMu, sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman katakanlah: "Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. kepadaNyalah Aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)". (ar-Ra’d 13: 30)Maksudnya, ini yang kalian kufuri adalah Tuhanku, aku meyakini rububiyah, uluhiyah, asma’ dan sifat-Nya. Maka hal ini menunjukkan bahawa rububiyah dan uluhiyah-Nya mengharuskan adanya asma’ dan sifat Allah s.w.t.. Dan juga, bahawasanya sesuatu yang tidak memiliki asma’ dan sifat tidaklah layak menjadi Rabb (Tuhan) dan Ilah (sesembahan).Kedua: KANDUNGAN ASMA’ HUSNA ALLAHNama-nama yang mulia ini bukanlah sekadar nama kosong yang tidak mengandungi makna dan sifat, justeru ia adalah nama-nama yang menunjukkan kepada makna yang mulia dan sifat yang agung. Setiap nama menunjukkan kepada sifat, maka nama ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan kepada sifat rahmah; as-Sami’ dan al-Bashir menunjukkan sifat mendengar dan melihat; al-‘Alim menunjukkan sifat ilmu yang luas; al-Karim menunjukkan sifat karam (dermawan dan mulia); al-Khaliq menunjukkan Dia menciptakan; dan ar-Razzaq menunjukkan Dia memberi rezeki dengan jumlah yang banyak sekali. Begitulah seterusnya, setiap nama dari nama-nama-Nya menunjukkan sifat dari sifat-sifat-Nya.Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah berkata: “Setiap nama dari nama-nama-Nya menunjukkan kepada Dzat yang disebutnya dan sifat yang dikandungnya, seperti al-‘Alim menunjukkan Dzat dan ilmu, al-Qadir menunjukkan Dzat dan qudrah, ar-Rahim menunjukkan Dzat dan sifat rahmat.” (Lihat Majmu’ Fatawa, 13/333-334)Ibnul Qayyim berkata, “Nama-nama Rabb s.w.t. menunjukkan sift-sifat kesempurnaan-Nya, kerana ia diambil dari sifat-sifat-Nya. Jadi ia adalah nama sekaligus sifat dan kerana itulah ia menjadi husna. Sebab andai kata ia hanyalah lafaz-lafaz yang tidak memiliki makna maka tidaklah disebut husna, juga tidak menunjukkan kepada pujian dan kesempurnaan. Jika demikian tentu diperbolehkan meletakkan nama intiqam (balas dendam) dan ghadhab (marah) pada tempat rahmat dan ihsan, atau sebaliknya. Sehingga boleh dikatakan, “Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya Engkau adalah al-Muntaqin (maha Membalas Dendam). Ya Allah anugerahilah aku, kerana sesungguhnya engkau adalah adh-Dhar (Yang Memberi Mudharat) dan al-Mani’ (Yang Menolak)...” dan yang seumpamanya. Lagi pula kalau tidak menunjukkan erti dan sifat, tentu tidak dibolehkan memberi khabar dengan masdar-masdar-nya dan tidak boleh menyifati dengannya. Tetapi kenyataannya Allah sendiri telah mengabarkan tentang Diri-Nya dengan masdar-masdar-Nya dan menetapkannya untuk Diri-Nya dan telah ditetapkan oleh Rasul-Nya untuk-Nya, sebagaimana firman Allah s.w.t.:
إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya. (adz-Dzariyat 51: 58)Dari sini diketahui bahawa al-Qawiy adalah salah satu nama-nama-Nya yang bermakna “Dia Yang Mempunyai Kekuatan”. Begitu pula firman Allah:
فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا
kerana bagi Allah jualah Segala kemuliaan. (Fathir 35: 10)“العزيز” adalah “Yang Memiliki Izzah (kemuliaan)”. Seandainya tidak memiliki kekuatan dan izzah maka tidak boleh dinamakan “العزيز” dan “القوي”. Sampai akhirnya Ibnu Qayyim berkata: “...juga seandainya asma’-Nya tidak mengandungi makna dan sifat maka tidak boleh mengkhabari tentang Allah dengan fi’il (kata kerja) nya. Maka tidak boleh dikatakan “يسمع” (Dia mendengar), “يرى” (Dia melihat), "يعلم" (Dia mengetahui), “يقدر” (Dia berkuasa) dan “يريد” (Dia berkehendak). Kerana tetapnya hukum-hukum sifat adalah satu cabang dari ketetapan sifat-sifat itu. Jika pangkal sifat tidak ada maka mustahil adanya ketetapan hukumnya.” (Lihat Madarijus Salikin, 1/28-29)Ketiga: PEMERHATIAN TERHADAP SIFAT-SIFAT ALLAHSifat-sifat Allah terbahagi menadi dua bahagian. Bahagian pertama, adalah sifat dzatiyah, iaitu sifat yang senantiasa melekat dengan-Nya. Sifat ini tidak berpisah dari DzatNya. Seperti “العلم” (ilmu(, “القدرة” (kekuasaan), “السمع” (mendengar), “البصر” (melihat), “العزة” (kemuliaan), “الحكمة” (hikmah), “العلو” (ketinggian), “العظمة” (keagungan), “الوجة” (wajah), “اليدين” (dua tangan), “العينين” (dua mata).Bahagian kedua, adalah sifat fi’liyah. Iaitu sifat yang Dia perbuat jika berkehendak. Seperti, bersemayam di atas ‘Arsy, turun ke langit dunia ketika tinggal sepertiga akhir dari malam, dan datang pada hari kiamat.Berikut ini kami sebutkan sejumlah sifat-sifat Allah dengan dalil dan keterangannya, apakah ia termasuk dzatiy atau fi’liy...1 – al-Qudrah (Berkuasa)Allah s.w.t. berfirman:
لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا فِيهِنَّ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Ma’idah 5: 120)
إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah 2: 20)
وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الأرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِرًا
Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Kahfi 18: 45)
قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَى أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِنْ فَوْقِكُمْ أَوْ مِنْ تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ
Katakanlah: "Dia lah Yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, (al-An’am 6: 65)
إِنَّهُ عَلَى رَجْعِهِ لَقَادِرٌ
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati), (at-Thariq 86: 8)Dia telah menetapkan sifat qudrah, kuasa untuk melakukan apa saja yang dikehendakinya, sebagaimana Dia juga menafikan dari Diri-Nya sifat ‘ajz (lemah) dan lughub (letih).Allah s.w.t. berfirman:
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعْجِزَهُ مِنْ شَيْءٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الأرْضِ إِنَّهُ كَانَ عَلِيمًا قَدِيرًا
(sudah tetap) Bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; Sesungguhnya ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (Fathir 35: 44)
وَلَقَدْ خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَمَا مَسَّنَا مِنْ لُغُوبٍ
Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah. (Qaff 50: 38)Dia memiliki qudrah yang mutlak dan sempurna sehingga tidak ada sesuatu pun yang melemahkan-Nya. Tidaklah ada penciptaan makhluk dan pembangkitan mereka kembali kecuali bagaikan satu jiwa saja.
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ
Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, maka Dia hanyalah berkata: " Jadilah!". maka terjadilah ia. (Yasin 36: 82)Maka seluruh makhluk-Nya, baik yang di atas mahupun yang di bawah, menunjukkan kesempurnaan qudrah-Nya yang menyeluruh. Tidak ada satu partikel pun yang keluar dari kekuasaan-Nya. Cukuplah menjadi dalil bagi seorang hamba manakala ia melihat kepada penciptaan dirinya; bagaimanakah allah menciptakannya dalam bentuk yang paling baik, membelah baginya pendengaran dan penglihatannya, menciptakan untuknya sepasang mata, sebuah lisan dan sepasang bibir? Kemudian apabila ia melayangkan pandangannya ke seluruh jagat raya ini maka ia akan melihat berbagai keajaiban qudrah-Nya yang menunjukkan keagungan-Nya.2 – al-Iradah (Berkehendak)
إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيدُ
Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa Yang ia kehendaki. (al-Ma’idah 5: 1)
إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ
Sesungguhnya Allah melakukan apa Yang dikehendaki-Nya. (al-Hajj 22: 16)
فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ
Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendaki-Nya. (al-Buruj 85: 16)
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ
Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, maka Dia hanyalah berkata: " Jadilah!". maka terjadilah ia. (Yasin 36: 82)Ayat-ayat ini menetapkan iradah untuk Allah s.w.t. iaitu di antara sifat Allah yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan as-sunnah. Ahlus sunnah wal Jama’ah menyepakati bahawa iradah itu ada du keadaan:I – Iradah Kauniyah, sebagaimana yang terdapat di dalam ayat berikut:
فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman. (al-An’am 6: 125)Iaitu iradah yang menjadi persamaan masyi’ah (kehendak Allah), tidak ada bezanya antara masyi’ah dan iradah kauniyah.II – Iradah Syar’iyah, sebagaimana terdapat dalam ayat:
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
(dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (al-Baqarah 2: 185)Perbezaan antara keduanya ialah:- Iradah kauniyah pasti terjadi, sedangkan iradah syar’iyah tidak harus terjadi; iaitu boleh terjadi, boleh juga tidak.- Iradah kauniyah meliputi yang baik dan yang buruk, yang bermanfaat dan yang berbahaya bahkan meliputi segala sesuatu. Sedangkan iradah syar’iyah hanya terdapat pada yang baik dan yang bermanfaat saja.- Iradah kauniyah tidak mengharuskan mahabbah (cinta Allah). Terkadang Allah menghendaki terjadinya sesuatu yang tidak Dia cintai, tetapi dari hal tersebut akan lahir sesuatu yang dicintai Allah. Seperti penciptaan Iblis dan segala yang jahat lainnya untuk tujuan ujian dan cubaan. Adapun iradah syar’iyah maka di antara kesan atau akibatnya adalah mahabbah Allah, kerana Allah tidak menginginkan dengannya kecuali sesuatu yang dicintai-Nya, seperti taat dan pahala.3 – al-‘Ilmu (Ilmu)Allah s.w.t. berfirman:
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ
Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; (al-Hasyr 59: 22)
عَالِمِ الْغَيْبِ لا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الأرْضِ
Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaibdan yang nyata. Tiada tersembunyi dari pengetahuan-Nya barang seberat zarrah pun yang ada di langit atau di bumi... (Saba’: 3)
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
"Sesungguhnya Allah mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha melihat akan Segala Yang kamu kerjakan". (al-Hujuraat 49: 18)Yang dimaksudkan dengan yang ghaib adalah yang tidak diketahui manusia, tetapi Allah mengetahuinya.
إِنَّ اللَّهَ لا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadanya sesuatu pun Yang ada di bumi dan juga Yang ada di langit. (Ali Imran 3: 5)Yang dimaksudkan dengan syahadah adalah apa yang disaksikan dan dilihat oleh manusia.Allah s.w.t. berfirman:
وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki... (al-Baqarah 2: 255)
فَلا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الأمْثَالَ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu Yang sebanding Dengan Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya. (an-Nahl 16: 74)Di antara dalil yang menunjukkan atas ilmu-Nya yang luas adalah firman Allah s.w.t.:
لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا
...(berlakunya Yang demikian) supaya kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan Bahawa Sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmunya akan tiap-tiap sesuatu. (at-Thalaq 65: 12)Di antara dalilnya yang lain ialah hasil ciptaan-Nya yang sangat teliti dan sempurna. Allah s.w.t. berfirman:
أَلا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ
“Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dan rahsiakan)...? (al-Mulk 67: 14)Kerana mustahil boleh menciptakan benda-benda di alam ini dengan sangat teliti dan sempurna kalau bukan Yang Maha Mengetahui. Yang tidak mengetahui dan tidak mempunyai ilmu tidak mungkin menciptakan sesuatu, seandainya ia menciptakan tentu tidak akan teliti dan sempurna. Allah s.w.t. berfirman:
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلا يَعْلَمُهَا
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahui-Nya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya... (al-An’am 6: 59)
يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Dia mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan ia mengetahui Segala Yang kamu rahsiakan serta Yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa mengetahui Segala (isi hati) Yang terkandung di Dalam dada; (at-Taghabun 64: 4)Dan masih banyak lagi ayat-ayat berkenaan masalah ini.Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Kaum muslimin memahami, sesungguhnya Allah mengethui segala sesuatu sebelum benda-benda itu ada dengan ilmu-Nya dan qadim azaliy yang merupakan salah satu dari sifat Diri-Nya yang Mahasuci. Dan Dia tidak mengambil ilmu tentang benda itu dari benda itu sendiri.”
أَلا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ
“Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dan rahsiakan)...? (al-Mulk 67: 14)4 – al-Hayat (Hidup)Iaitu sifat dzatiyah yang tetap untuk Allah, kerana Allah bersifat dengan ‘ilmu, qudrat dan iradat, sedangkan sifat-sifat itu tidaklah ada kecuali dari yang hidup. Allah s.w.t. berfirman:
اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). (al-Baqarah 2: 255)
هُوَ الْحَيُّ لا إِلَهَ إِلا هُوَ فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dia lah Yang tetap hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; maka Sembahlah kamu akan Dia Dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadanya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (al-Mu’min 40: 65)
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ وَكَفَى بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا
Dan berserahlah Engkau kepada Allah Tuhan Yang hidup, Yang tidak mati; serta bertasbihlah Dengan memujiNya; dan cukuplah ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya; (al-Furqan 25: 58)Ayat-ayat di atas menetapkan sifat hayat bagi Allah. Dan bahawa al-Hayatul Qayyum adalah “al-Ismul A’zham” (nama yang paling agung) yang jika Allah dipanggil dengannya pasti Dia mengabulkan, jika Dia dimintai engannya pasti Dia memberi; kerananya hayat menunjukkan kepada seluruh sifat-sifat dzatiyah, dan qayyum menunjukkan kepada seluruh sifat-sifat fi’liyah. Jadi seluruh sifat kembali kepada dua nama yang agung ini. Bagi-Nya adalah kehidupan yang sempurna; tidak ada kematian, tidak ada kekurangan, tidak ada mengantuk dan tidak ada tidur. Dialah al-Qayyum, yang menegakkan yang lain dengan memberinya sebab-sebab kelangsungan dan kebaikan.5 – as-Sam’u (Mendengar) dan al-Bashar (Melihat)Keduanya adalah termasuk kepada sifat dzatiyah Allah. Allah menyifati Diri-Nya dengan kedua-duanya dalam banyak ayat, seperti firman-Nya:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Tiada sesuatupun Yang serupa Dengan Dia, dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (as-Syura 42: 11)
إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (an-Nisa’: 58)
قَالَ لا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى
Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, Sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. (Thaha 20: 46)Pendengaran Allah s.w.t. menangkap semua suara, baik yang keras mahupun perlahan, mendengar semua suara dengan semua bahasa dan dapat membezakan semua keperluan masing-masing. Satu pendengaran tidak mengganggu pendengaran yang lain. Pelbagai macam bahasa dan suara tidaklah membuat samar bagi-Nya. Allah s.w.t. berfirman:
قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ
Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan Yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara Yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (al-Mujadalah 58: 1)
أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ
Patutkah mereka menyangka Bahawa Kami tidak mendengar apa Yang mereka sembunyikan (di Dalam hati) dan apa Yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (az-Zukhruf 43: 80)Sebagaimana Allah juga melihat segala sesuatu, dan tidak ada sesuatu pun yang menutupi penglihatan-Nya. Allah s.w.t. berfirman:
أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى
Tidakkah ia mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (al-‘Alaq 96: 14)
الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ (٢١٨)وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ
Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang Yang sujud. (as-Syu’ara 26: 218-219)
وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan katakanlah (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan". (at-Taubah 9: 105)
إِنَّ اللَّهَ لا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadanya sesuatu pun Yang ada di bumi dan juga Yang ada di langit. (Ali Imran 3: 5)Yang tidak mendengar dan melihat tidak layak untuk menjadi Tuhan. Allah s.w.t. menceritakan tentang Ibrahim a.s. yang berbicara kepada bapanya sebagai protes atas penyembahan mereka terhadap berhala.
إِذْ قَالَ لأبِيهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لا يَسْمَعُ وَلا يُبْصِرُ وَلا يُغْنِي عَنْكَ شَيْئًا
Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda Yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun? (Maryam 19: 42)
قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ
Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya? (asy-Syu’ara 26: 72)6 - Al-Kalam (Berbicara)Di antara sifat Allah yang dinyatakan oleh al-Qur’an, as-sunnah, ijma; para sahabat (dan salaf) serta para imam adalah al-Kalam. Sesungguhnya allah s.w.t. berbicara sebagaimana yang Dia kehendaki; bila Dia menghendaki dan dengan apa Dia kehendaki, dengan suatu kalam (perbicaraan) yang boleh didengar. Allah s.w.t. berfirman:
وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا
...dan siapakah pula Yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (an-Nisa’ 4: 87)
وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ قِيلا
...dan siapakah Yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (an-Nisa’ 4: 122)
وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا
...dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan langsung. (an-Nisa’ 4: 164)
مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ اللَّهُ
...di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya... (al-Barah 2: 253)
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa... (Ali Imran 3: 55)
وَنَادَيْنَاهُ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ الأيْمَنِ وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيًّا
dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan Dia Dengan diberi penghormatan berkata Dengan kami. (Maryam 19: 52)
وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنِ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah Engkau mendatangi kaum Yang zalim... (asy-Syu’ara 26: 10)
وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ أَيْنَ شُرَكَائِيَ الَّذِينَ كُنْتُمْ تَزْعُمُونَ
Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya:" mana Dia sekutu-sekutuKu, Yang kamu anggap mereka (menjadi Tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?" (al-qashah 28: 62)
حَتَّى يَسْمَعَ كَلامَ اللَّهِ
...maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu)... (at-Taubah 9: 6)
وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلامَ اللَّهِ
padahal Sesungguhnya telah ada segolongan dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat)... (al-Baqarah 2: 75)Semua ayat ini menetapkan sifat hadis (ucapan), qaul (perkataan), kalam (pembicaraan), nida’ (seruan), dan munajat.semuanya adalah termasuk jenis kalam yang tetap bagi Allah sesuai dengan keagungan-Nya.Kala Allah termasuk sifat dzatiyah, kerana terus menyertai Allah dan tidak pernah berpisah dari-Nya. Juga termasuk sifat fi’liyah, kerana berkaitan dengan masyi’ah dan qudrah-Nya. Allah s.w.t. juga menyebutkan bahawa yang tidak boleh berbicara sudah pasti tidak boleh menjadi Tuhan. Allah s.w.t. berfirman:
وَاتَّخَذَ قَوْمُ مُوسَى مِنْ بَعْدِهِ مِنْ حُلِيِّهِمْ عِجْلا جَسَدًا لَهُ خُوَارٌ أَلَمْ يَرَوْا أَنَّهُ لا يُكَلِّمُهُمْ وَلا يَهْدِيهِمْ سَبِيلا اتَّخَذُوهُ وَكَانُوا ظَالِمِينَ
Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara. (Allah berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman". (al-A’raaf 7: 148)Kalam adalah sifat kesempurnaan, sedangkan bisu adalah sifat kekurangan. Dan Allah memiliki sifat kesempurnaan, suci dari sebarang kekurangan.7 – al-Istawa’ ‘Alal ‘Arsy (Bersemayam Di Atas ‘Arsy)Ia adalah termasuk sifat fi’liyah. Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa Dia bersemayam di atas ‘arsy, pada tujuh tempat di dalam kitab-Nya.Pertama; di dalam surah al-A’raaf:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; (al-A’raaf 7: 54)Kedua; di dalam surah Yunus:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. (Yunus 10: 3)Ketiga; di dalam surah ar-Ra’d:
اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; (ar-Ra’d 13: 2)Keempat; di dalam surah Thaha:
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy. (Thaha 20: 5)Kelima; di dalam surah al-Furqan:
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ
Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, Dialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); (al-Furqan 25: 59)Keenam; di dalam surah as-Sajdah 32: 4)
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Allah Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; (as-Sajdah 32: 4)Ketujuh; pada surah al-Hadid:
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; (al-Hadid 57: 4)Dalam ketujuh-tujuh ayat ini, lafaz istawa’ datang datang dalam bentuk dan lafaz yang sama. Maka hal ini menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah maknanya dengan makna yang hakiki yang tidak menerima ta’wil, iaitu ketinggian dan keluhuran-Nya di atas ‘arsy. Istawa’ mempunyai empat makna: irfa’ (tinggi), uluw (luhur), shu’ud (naik) dan istigrar (menetap dan bertahkta). Ini disebutkan oleh Ibnul Qayyim dari para salaf)‘Arsy menurut bahasa Arab adalah singgahsana untuk raja. Sedangkan yang dimaksudkan dengan ‘arsy di sini adalah singgahsana yang mempunyai beberapa kaki yang dipikul oleh malaikat, ia merupakan atap bagi semua makhluk. Sedangkan bersemayamnya Allah di atasnya (‘arsy) ialah yang sesuai dengan keagungan-Nya. Kita tidak mengetahui kaifiyah (cara-nya), sebagaimana kaifiyah sifat-sifat-Nya yang lain. Akan tetapi kita hanya menetapkannya sesuai dengan apa yang kita fahami dari maknanya dalam bahasa arab, sebagaimana sifat-sifat lainnya, kerana memang al-Qur’an diturunkan dengan bahasa Arab.
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا
Dan Dia lah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: (Hud 11: 7)
وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ
Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. (al-Haqqah 69: 7)8 – al-‘Uluw (Tinggi) dan al-Fawqiyah (Di Atas)Dua sifat Allah yang termasuk dzatiyah adalah ketinggian-Nya di atas makhluk dan Dia di atas mereka. Allah s.w.t. berfirman:
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
...dan Dia lah Yang Maha tinggi, lagi Maha besar. (al-Baqarah 2: 255)
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأعْلَى
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha tinggi. (al-A’la 87: 1)
ءأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ
Patutkah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit. (al-Mulk 67: 16)Maksudnya “Dzat yang di atas langit” apabila yang dimaksud dengan sama’ (dalam ayat tersebut) adalah langit, atau “Dzat yang di atas” jika yang dimaksud dengan sama’ adalah sesuatu yang ada di atas. Sebagaimana Dia menggambarkan tentang diangkatnya apa-apa kepada-Nya:
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ
"Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu Dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu... (Ali Imran 3: 55)
بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa’ 4: 158)
إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ
Kepada Allah lah naiknya Segala perkataan Yang baik... (Fathir 35: 10)
تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ
Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan... (al-Ma’arij 70: 4)‘Uruj dan shu’ud adalah naik. Dalil-dalil semacam ini menunjukkan kepada ‘uluw (ketinggian) Allah di atas makhluk-Nya. Begitu pula fawqiyah-Nya ditetapkan oleh bebagai dalil, di antaranya adalah firman Allah s.w.t.:
وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ
Dan Dia lah Yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta amat mendalam pengetahuanNya. (al-An’am 6: 18)
يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Mereka takut kepada Tuhan mereka Yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa Yang diperintahkan. (an-Nahl 16: 50)Perbezaan antara ‘uluw dan istawa’ adalah bahawasanya ‘uluw adalah sifat dzat, sedangkan istawa’ adalah sifat fi’il. ‘Uluw mempunyai tiga makna:- ‘Uluwudz-Dzat (Dzat-Nya di atas makhluk)- ‘Uluwudz-Qahr (Kekuatan-Nya di atas makhluk)- ‘Uluwul-Qahr (Kekuasaan-Nya di atas makhluk)Kesemuanya itu adalah sifat yang benar untuk Allah s.w.t.9 – al-Ma’iyyah (Kebesarsamaan)Ia adalah sifat yang tetap bagi Allah berdasarkan dalil yang banyak sekali. Allah s.w.t. berfirman:
لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
"Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". (at-Taubah 9: 40)
وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. (al-Hadid 57: 4)
قَالَ لا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى
Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, Sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. (Thaha 20: 46)Dalil-dalil di atas menunjukkan (menetapkan) bahawa Allah s.w.t. selalu bersama hamba-Nya, di mana pun mereka berada.Erti Ma’iyah:Ma’iyah Allah terhadap makhluk-Nya ada dua jenis:1 – Ma’iyah umum bagi semua makhluk-Nya. Maksudnya, pengetahuan Allah terhadap amal perbuatan hamba-hamba-Nya, gerakan yang zhahir dan batin, perhitungan amal dan pengawasan terhadap mereka. Tidak ada sesuatu pun dari mereka yang lepas dari pengawasan Allah di mana pun mereka berada. Allah s.w.t. berdirman:
وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. (al-Hadid 57: 4)2 – Ma’iyah khusus untuk orang-orang mukmin. Maknanya, pengawasan dan pengetahuan Allah terhadap mereka, serta pertolongan, dukungan dan penjagaan Allah untuk mereka dari tipu muslihat musuh-musuh mereka.
قَالَ لا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى
Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, Sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. (Thaha 20: 46)
لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
"Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". (at-Taubah 9: 40)Catatan Penting!Dari huraian di atas, jelaslah makna Ma’iyah allah terhadap hamba-Nya bukan bererti “Allah bercampur dengan mereka melalui Dzat-Nya”, Mahasuci Allah dari hal tersebut, kerana hal itu adalah “madzhab hululiyah”* yang sesat, batil dan kufur. Kerana Allah di atas para hamba-Nya dan Mahatinggi di atas mereka, tidak bercampur Dzat-Nya dengan mereka, bersemayam di atas ‘arsy-Nya dan Dia bersama mereka dengan ilmu-Nya, mengetahui segala hal ehwal mereka, mengawasi mereka dan tidak sedikit pun boleh menghilang atau mengelak dari pandangan Allah.* (“madzhab hululiyah” = fahaman yang mengatakan bahawa Tuhan (Allah) itu menyatu pada diri sebahagian makhluk seperti fahaman Nasrani tentang Isa a.s. atau pada setiap makhluk, fahaman ini dikenali dengan Ittihadiyah atau Wihdatul Wujud (kesatuan dalam kewujudan), yang menganggap wujud yang haq hanya satu iaitu allah, sedangkan alam dan seisinya adalah (termasuk pelbagai haiwan, tumbuhan, langit dan bumi...) adalah penjelmaan Allah atau Allah menyatu pada diri haiwan-haiwan (makhluk-makhluk) tersebut. Ini adalah madzhab sesat dan kufur, yang di-anuti oleh golongan Jahmiyah dan diikuti oleh Ibnu Arab (638H), Ibnu Sab’in, al-Hallaj, Ibnu Faridn, al-Tilmisani, al-Balyani, dan lain-lain yang seumpamanya)Ma’iyah dapat digunakan untuk kebersamaan yang mutlak, sekali tidak ada sentuhan atau percampuran. Anda mengatakan, “متا عى معى” (barang/harta saya ada bersama saya). Padahal harta tersebut ada di atas kepala anda atau di atas kenderaan anda atau di atas kuda anda. Anda mengatakan, “Kami terus saja berjalan, dan rembulan bersama kami”, padahal dia ada di langit, akan tetapi ia tetap menerangi dan tidak hilang dari pandangan anda, sedang yang sampai hanyalah cahaya dan penerangannya saja.10 – al-Hubb (Cinta) Dan ar-Ridha (Redha)Ia adalah dua sifat yang tetap bagi Allah dan termasuk sifat fi’iliyah. Allah s.w.t. berfirman:
لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ
Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang beriman... (al-Fath 48: 18)
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Allah reda akan mereka dan mereka pula redha akan dia. itulah kejayaan Yang amat besar". (al-Ma’idah 5: 119)
وَكَمْ مِنْ مَلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلا مِنْ بَعْدِ أَنْ يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَرْضَى
Dan berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa Yang dikehendaki-Nya dan diredhai-Nya. (an-Najm 53: 26)
فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ
maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah kasihkan mereka dan mereka juga mencintai-Nya... (al-Ma’idah 5: 54)
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (al-Baqarah 2: 222)
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Baqarah 2: 195)Dalam ayat-ayat ini terdapat ketetapan adanya sifat mahabbah dan redha bagi Allah. Bahawasanya dia mencintai sebahagian manusia dan meredhai mereka. Dan dia mencintai sebahagian amal dan akhlak, iaitu cinta dan redha yang hakiki yang sesuai dengan keagungan-Nya yang Maha suci. Tidak seperti cintanya makhluk untuk makhluk atau redhanya. Di antara buah cinta dan redha ini ialah terwujudnya taufiq dan pemuliaan serta pemberian nikmat kepada hamba-hamba-Nya yang Dia cintai dan Dia redhai. Dan bahawa terwujudnya cinta dan redha di antaranya adalah taqwa, ihsan, dan ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w.. Allah s.w.t. berfirman:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali Imran 3: 31)
ولا يزال عبدى يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
“Dan sesungguhnya hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan melaksanakan ibadah-ibadah “sunnah” sehingga Aku mencintainya.” (Hadis Qudsi Riwayat Bukhari)11 – as-Sukhtu (Murka) Dan al-Karahiyah (Benci)Sebagaimana allah mencintai hamba-Nya yang mukmin dan meredhainya, maka Dia juga memurkai orang-orang kafir dan munafik, membenci mereka dan membenci amal perbuatan mereka.Allah s.w.t. berfirman:
لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
Sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka... (al-Ma’idah 5: 80)
وَلَكِنْ كَرِهَ اللَّهُ انْبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ
...tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkan-Nya semangat mereka... (at-Taubah 9: 46)Murka dan benci adalah dua sifat yang tetap bagi Allah sesuai dengan keagungan-Nya. Di antara dampak dari keduanya adalah terjadinya pelbagai musibah dan siksaan terhadap orang-orang yang dimurkai-Nya dan dibenci perbuatannya.12 – al-Wajhu (Wajah), al-Yadaani (Dua Tangan) Dan al-‘Ainaani (Dua Mata)Ini adalah sifat-sifat dzatiyah Allah sesuai dengan keagungan-Nya. Allah s.w.t. berfirman:
وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ
Dan tetap kekalah Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan Kemuliaan (ar-Rahman 55: 27)
وَلا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لا إِلَهَ إِلا هُوَ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلا وَجْهَهُ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (٨٨)
Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Wajah Allah... (al-Qashah 28: 88)Dua ayat tersebut menekankan wajah untuk Allah. Kita menetapkannya untuk Allah s.w.t. sesuai dengan keagungan-Nya sebagaimana Dia sendiri menetapkan untuk-Nya. Dan Allah s.w.t. berfirman:
بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ
(Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah sentiasa terbuka Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki... (al-Ma’idah 5: 64)
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ (٧٥)
...apakah yang menghalangmu daripada sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kedua tangan-Ku... (Shaad 38: 75)Dua ayat tersebut menetapkan dua tangan Allah s.w.t. Dan Allah s.w.t. berfirman:
فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا
...maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami... (at-Thur 52: 48)Maksudnya adalah “berada dalam penglihatan dan penjagaan Kami”.
تَجْرِي بِأَعْيُنِنَا
Yang belayar laju dengan pemeliharaan kami... (al-Qamar 54: 14)Maksudnya adalah “dalam penglihatan Kami dan di bawah pemliharaan Kami”.
وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
...dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku. (Thaha 20: 39)Disebutkan lafaz ‘ain (mata) dan a’yun (beberapa mata) sesuai dengan apa yang disandarkan kepadanya, berbentuk tunggal atau jamak sesuai dengan ketentuan bahasa Arab.Dan disebutkan dalam sunnah yang suci sesuatu yang menunjukkan makna tatsiniyah (dua). Rasul s.a.w. bersabda bersabda ketika menyifati Dajjal yang mengaku sebagai tuhan,
أنه أعو، وإن ربكم ليس بأعور
“Sesungguhnya dia adalah buta sebelah, dan sesungguhnya Tuhanmu tidaklah buta sebelah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)Ini jelas, bahawa maksudnya bukanlah menetapkan satu mata, kerana mata sebelah jelas cacat (buta). Maha Suci dari hal yang demikian. Maka dalam ayat-ayat dan hadits tersebut terdapat penetapan terhadap dua mata bagi Allah, sesuai dengan apa yang layak bagi keagungan-Nya sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain.13 – al-‘Ajab (Hairan) dan TertawaIa adalah sifat yang tetap bagi Allah s.w.t. sesuai dengan apa yang disandarkan dengan keagungan-Nya, sebagaimana yang ada dalam bebrapa nas-nas sahih dan sharih (jelas). Rasulullah s.a.w. bersabda:
عجب ربنا من قنوط عباده وقرب غيره ينظرإليكم أزلين قنطين فيظل يضحك يعلم أن فرجكم قريب
“Tuhan kita merasa hairan terhadap keputusan asa-an hamba-hamba-Nya padahal telah dekat perubahan (keadaan dari kesulitan kepada kemudahan) oleh-Nya. Dia melihat kepadamu dalam keadaan sempit (susah) dan berputus asa. Dia pun tertawa, Dia mengetahui bahawa pertolongan-Nya untukmu adalah dekat.” (Hadis Riwayat Ahmad dan lain-lainnya)Dalam hadis ini terdapat sifat hairan dan tertawa, iaitu dua sifat Allah dari sifat-sifat fi’iliyah-Nya sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain. Tidaklah kehairanan-Nya sama dengan kehairanan makhluk, dan tidaklah pula tertawa-Nya sama dengan tertawanya makhluk. Tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.14 – al-Ityan dan al-Maji’ (Datang)Keduanya adalah sifat fi’iliyah Allah s.w.t. Dia berfirman:
كَلا إِذَا دُكَّتِ الأرْضُ دَكًّا دَكًّا، وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا
Jangan sekali-kali bersikap demikian! Apabila bumi digoncangkan berturut-turut, dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah). (al-Fajr 89: 21-22)
هَلْ يَنْظُرُونَ إِلا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الأمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ
Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat (pada hari kiamat) dalam naungan awan... (al-Baqarah 2: 210)
هَلْ يَنْظُرُونَ إِلا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ
Mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu... (al-An’am 6: 158)Ayat-ayat tersebut menetapkan sifat ityan dan maji’ bagi allah s.w.t. iaitu datang dengan dzat-Nya secara sebenarnya untuk memutuskan hukum anatara hamba-hamba-Nya pada hari kiamat, sesuai dengan keagungan-Nya. Sifat datang dan mendatangi itu tidak sama dengan sifat makhluk. Maha Suci Allah dengan hal itu.15 – al-Farah (Gembira)Al-Farah adalah sifat yang tetap bagi Allah. Ia merupakan salah satu sifat fi’iliyah-Nya yang sesuai dengan keagungan-Nya. Dalam hadis sahih, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawasanya Allah sangat bergembira kerana taubat seorang hamba-Nya. Beliau s.a.w. bersabda:
الله أشد فرحا بتوبلة عبده من أحد كم براحلته
“Allah amat gembira dengan taubat hambanya melebihi kegembiraan salah seorang dari kalian yang telah menemukan kenderaannya kembali.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)Kegembiraan Allah ini adalah kegembiraan berbuat baik dan sayang, bukan kegembiraan seorang yang memerlukan kepada taubat hamba-Nya yang boleh diambil manfaatnya. Kerana sesungguhnya Allah maha Kaya, tidak memerlukan ketaatan hamba-Nya. Akan tetapi Dia bergembira untuk itu kerana kebaikan-Nya, sayang-Nya dan anugerah-Nya kepada hamba-Nya yang mukmin; sebab Dia mencintai dan menginginkan kebaikan serta keselamatan hamba dari siksaan-Nya.Ke-Empat: PENDAPAT-PENDAPAT GOLONGAN SESAT TENTANG SIFAT-SIFAT INI BERSERTA BANTAHANNYAGolongan-golongan sesat seperti Jahmiyah, Muktazilah, dan Asya’irah menyalahi pegangan ahlus sunnah wal jama’ah dalam hal sifat-sifat Allah. Mereka menafikan sifat-sifat Allah atau menafikan banyak sekali dari sifat-sifat itu atau menta’wil-kan nas-nas yang menetapkannya dengan ta’wil yang batil. Syubhat (keraguan, kerancuan) mereka dalam hal ini adalah mereka mengira bahawa penetapan dalam sifat-sifat ini menimbulkan adanya tasybih (penyerupaan Allah dengan lain-Nya). Oleh kerana sifat-sifat ini juga terdapat pada makhluk maka penetapan-nya untuk Allah pun menimbulkan penyerupaan-Nya dengan makhluk. Kerana itu harus dinafikan (menurut mereka) atau harus dita’wilkan dari zahirnya, atau tafwidh (menyerahkan) makna-makna-nya kepada allah s.w.t. demikianlah madzhab mereka dalam sifat-sifat Allah, dan inilah syubhat dan sikap mereka terhadap nas-nas yang ada.BANTAHAN TERHADAP MEREKA (GOLONGAN YANG SESAT)1 – Sifat-sifat ini datang dan ditetapkan oleh nas-nas al-Qur’an dan as-Sunnah yang mutawatir. Sedangkan kita diperintahkan mengikuti al-Kitab dan as-Sunnah.Allah s.w.t. berfirman:
اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ
(Katakanlah kepada mereka Wahai Muhammad): "Turutlah apa Yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu... (al-A’raaf 7: 3)Rasulullah s.a.w. bersabda:
عليكم بسنتي وسنة الخلقاء الراسدين منبعدي
“Ikutilah sunnahku dan sunnah para khulafa’ Rasyidin sesudahku.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi, ia berkata hadis ini hasan sahih)Dan Allah s.w.t. berfirman:
وَمَا آتَكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا
...dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya). (al-Hasyr 59: 7)Maka barangsiapa yang menafikannya bererti dia telah menafikan apa yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan bererti pula dia telah menentang Allah dan Rasul-Nya.2 – sesungguhnya kaum salaf (terdahulu) yang terdiri daripada para sahabat, tabi’in, dan ulama pada masa-masa yang dimuliakan, semuanya menetapkan sifat-sifat ini dan mereka tidak berselisih sedikit pun di dalamnya.Imam Ibnul Qayyim berkata: “Manusia banyak berselisih pendapat dalam pelbagai hal hukum, tetapi mereka tidak berselisih dalam memahami ayat-ayat sifat dan juga hadis-hadisnya, sekali pun itu hanya sekali. Bahkan para sahabat dan tabi’in telah bersepakat untuk iqrar (menetapkannya) dan imrar (membiarkan seadanya) disertai dengan pemahaman makna-makan lafaz yang bahawa hal tersebut telah dijelaskan dengan tuntas, dan bahawa menjelaskannya adalah hal yang teramat penting, kerana ia termasuk penyempurnaan bagi perwujudan dua kalimah syahadah, dan penetapannya merupakan hasil kesan tauhid. Maka Allah s.w.t. dan Rasulullah s.w.t. menjelaskan dengan jelasnya lagi terang tanpa kesamaran dan keraguan yang boleh menimpa ahlul ilmi.” (Mukhtashar shawa’iq Mursalah, 1/15)Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Kewajiban kalian adalah mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa’ Rasyidin.”Sedangkan penetapan sifat adalah termasuk hal tersebut:3 – Seandainya zahir nas-nas tentang sifat itu bukan yang dimaksud, dan dia wajib dita’wilnya (penyerahan makna kepada Allah), tentu Allah dan Rasul-Nya telah berbicara kepada kita dengan khitab dan ucapan yang kita tidak faham maknanya. Dan tentu nas ini bersifat teka-teki atau kiasan yang tidak mampu kita fahami. Ini adalah mustahil bagi Allah, Allah Maha Suci dari yang demikian. Kerana kalam Allah dan Kalam Rasul-Nya adalah ucapan yang sangat jelas, terang, dan berisi petunjuk.4 – Menafikan sifat Allah, bererti menafikan wujud Allah, kerana tidak ada dzat tanpa sifat, dan setiap yang wujud pasti mempunyai sifat. Sesungguhnya yang tidak mempunyai sifat hanyalah ma’dum (sesuatu yang tidak ada). Maka barangsiapa yang menafikan sifat-sifat bagi Aallah yang telah Dia tetapkan untuk Diri-Nya, bererti ia telah mencampakkan sifat-sifat Allah, telah membangkang kepada Allah dan telah menyerupakan Allah dengan benda-benda yang tidak ada wujudnya, dan itu bererti pula dia telah mengingkari wujud Allah; sebagai keharusan (kewajiban) dan kesan hasilnya dari ucapan itu.5 – Keasamaan nama-nama allah dan sifat-sifat-Nya dengan nama-nama dan sifat-sifat makhluk-Nya dalam bahasa tidak mengharuskan kesamaan atau penyerupaan dalam hakikat atau kaifiyat. Allah memiliki sifat-sifat yang khusus dan sesuai dengan keagungan-Nya sebagaimana yang Dia sendiri telah tetapkannya. Makhluk mempunyai sifat-sifat khusus dan sesuai dengan selayaknya sebagai makhluk yang telah diberikan oleh Allah. Ini tidak mengharuskan kesamaan atau penyerupaan. Bahkan antara makhluk pun tidak harus sama.Jika dikatakan, “Sesungguhnya ‘Arsy itu adalah sesuatu yang wujud” dan “sesungguhnya nyamuk itu sesuatu yang wujud”, ini tidak mengharuskan keduanya sama dalam “sesuatu dan wujud”, juga dalam hakikat dan kaifiyat. Jika hal ini terjadi antara makhluk dengan makhluk, maka antara Allah al-Khaliq dengan makhluk-Nya adalah lebih utama untuk tidak sama.6 – Sebagaimana Allah mempunyai Dzat yang tidak diserupai oleh dzat makhluk, maka Dia juga mempunyai sifat-sifat yang tidak diserupai oleh sifat-sifat makhluk.7 – Sesungguhnya menetapkan sifat-sifat yang ada adalah kesempurnaan dan menafikannya adalah kekurangan. Sedangkan allah Maha Suci dari sifat kekurangan. Maka wajiblah penetapan sifat-sifat itu.8 – Sesungguhnya dengan nama-nama dan sifat-sifat ini, para hamba dapat mengetahui Tuhannya dan mereka memohon kepada-Nya dengan nama-nama itu. Mereka takut kepada-Nya dengan nama-nama itu. Mereka takut kepada-Nya dan mengharap dari-Nya sesuai dengan kandungan nama-nama itu. Jika dinafikan dari Allah, maka hilanglah makna-makna yang agung itu. Lalu dengan apa Dia dimintai dan dengan apa pula bertawassul kepadanya?9 – Sesungguhnya hukum asal dalam nas-nas sifat adalah zahir dan makna aslinya. Tidak boleh menyelewengkan dari zahirnya kecuali jika dipenuhi ke-empat-empat syarat berikut ini:i – Menetapkan kemungkinan lafaz mengandungi makna yang akan dita’wilkan kepadanya.ii – Menegakkan dalil yang memalingkan lafaz dari zahirnya kepada makna yang mungkin dikandungnya iaitu makna yang menyalahi zahirnya.iii – Menjawab dalil-dalil yang bertentangan dengan dalilnya tadi. Kerana orang yang mengaku benar haruslan mempunyai bukti atas dakwaannya. Dia harus mempunyai jawaban yang benar terhadap dalil-dalil yang berlawanan dngannya. Dan tidaklah disebut memiliki dalil orang yang hanya mendakwakan ta’wil.iv – Bahawasanya tidaklah mungkin Rasulullah s.a.w. berbicara dengan sesuatu pembicaraan jika beliau menginginkan erti yang bukan zahirnya, pastinya beliau menjelaskan kepada umat bahawasanya beliau menginginkan majaz (erti kiasan) bukan hakikat atau erti sebenarnya. Ternyata ini tidak pernah terjadi pada nas-nas sifat tersebut.BUAH TARBIYAH TAUHID ASMA’ WA SIFAT PADA DIRI INDIVIDU DAN MASYARAKATSesungguhnya iman dengan asma’ dan sifat Allah sangatlah berpengaruh baik bagi perilaku individu mahupun jama’ah dalam mu’amalah-nya dengan Allah dan dengan makhluk.Pengaruhnya Dalam Bermua’amalah Dengan Allah1 – Jika seseorang mengetahui asma’ dan sifat-Nya, juga mengetahui madlul (erti dan maksud)nya secara benar, maka yang demikian itu akan memperkenalkannya dengan Rabb-nya berserta keagungan-Nya. Sehingga ia tunduk dan khusyu’ kepada-Nya, takut dan mengharapkan-Nya, tunduk dan memohon kepada-Nya seta bertwassul kepada-Nya dengan nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Sebagaimana Allah s.w.t. berfirman:
وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan Allah memiliki nama-nama yang baik (asma’ul husna), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan. (al-A’raaf 7: 180)2 – Jika ia mengetahui bahawa Rabb-nya sangat dasyat ‘azab-nya. Dia boleh murkan, Maha Kuat, Maha Perkasa, dan Maha Kuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki, Dia Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala sesuatu yang tidak satu pun terlepas dari ilmu-Nya, maka hal itu akan membuatnya ber-muraqabah (merasa diawasi Allah), takut dan menjauhi maksiat terhadap-Nya.3 – Jika ia mengetahui Allah adalah Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Kaya, Maha Mulia, senang pada taubathamba-Nya, mengampuni semua dosa dan menerima taubat orang yang bertaubat, maka hal itu akan membawanya kepada taubat dan istighfar, juga membuatnya bersangka baik kepada Rabb-nya dan tidak akan berputus asa dari rahmat-Nya.4 – Jika ia mengetahui allah adalah yang memberi nikmat, yang meng-anugerahi, dan yang di tangan-Nya segala kebaikan, dan Dia Maha Kuasa atas segalanya, Dia yang memberi rezeki, membalas dengan kebaikan, dan memuliakan hamba-Nya yang mukmin, maka hal itu akan membawanya kepada sifat mahabbah kepada Allah dan taqarrub kepada-Nya serta mencari apa yang ada di sisi-Nya dan akan berbuat baik serta taat menurut apa yang diperintahkan.Pengaruhnya Dalam Bermua’malah Dengan MakhlukJika sesorang mengetahui bahawa Allah adalah Hakim yang Maha Adil, tidak menyukai kezaliman, kecurangan, dosa, dan permusuhan; dan Dia Maha Membalas dendam terhadap orang-orang yang zalim atau orang-orang yang melampaui batas atau orang-orang yang berbuat kerosakan, maka ia pasti akan menahan diri dari kezaliman, dosa, kerosakan, dan khianat. Dan dia akan berbuat adil atau optimis sekali pun terhadap dirinya sendiri, juga akan bergaul dengan teman-temannya dengan akhlak yang baik. Dan masih banyak lagi pengaruh terpuji lainnya kesan mengetahui nama-nama Allah dan beriman kepada-Nya.Demikianlah, Allah memperkenalkan Diri-Nya dengan nama-nama itu agar hamba-Nya mengenal-Nya dan memohon kepada-Nya sesuai dengan isi kandungannya dan juga agar sentiasa berbuat baik kepada sesama hamba-Nya yang lain. Allah s.w.t. berfirman:
وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik. (al-Baqarah: 195)Dan Rasulullah s.a.w. bersabda:
ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء
“Sayangilah orang yang ada di bumi, maka engkau akan disayangi oleh yang ada di langit.”Tajuk selanjutnya akan menyusul: Bab al-Wala’ wal Bara’Kitab asal: التوحيد للصف الاول العالي (at-Tauhid Lish-Shafil Awwal al-'Ally) oleh Sheikh Dr. Soleh Fauzan Bin Fauzan Bin Abdullah al-Fauzan.


Pengajian Aqidah 007 - ALLAH ITU BERSEMAYAM DI ATAS ‘ARSY (ISTAWA’ ‘ALAL ‘ARSY)
ALLAH ITU BERSEMAYAM DI ATAS ‘ARSY (ISTAWA’ ‘ALAL ‘ARSY)Blog Rasmi (‘Aqidah):http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.comJika ditanya perihal di manakah Allah? Katakanlah: “Allah itu di langit.”Ini adalah berdasarkan hadis sahih berikut...Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya yang bernama Jariyyah, beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.;Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Allah di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang sedia beriman). (Hadis Diriwayatkan oleh Jema’ah ahli Hadis, antaranya Imam Malik, Imam Muslim, Abu Daud, ad-Darimi, an-Nasai’e)Sesungguhnya Allah s.w.t. itu bersemayam di atas ‘arsy-Nya yang mana selayak-Nya sebagaimana yang dia sendiri menetapkannya sesuai dengan Kemuliaan-Nya dan berdasarkan penerangan dalil-dalil Firman Allah s.w.t. sendiri:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;” (al-a’raaf: 54)
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.” (Thohaa: 5)
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. (Yunus: 3)

الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرً
Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu (tentang Allah) kepada Yang mengetahuinya (Muhammad s.a.w.). (al-Furqaan: 59)Dan begitu banyak dalil-dalil al-Qur’an yang lain yang mana begitu jelas yang menunjukkan bahawa Allah itu bersemayam di ‘arsy di langit. Tidak harus wujud penamaan sifat yang lain dengan nama yang lain bagi menggantikan kalimah istawa’ yang mana telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sendiri kepada dirinya. Siapa kita yang mahu menukarkan kalimah istawa’ (bersemayam) kepada istawla’ (tinggi, berkuasa, memiliki)? Adakah kita orang yang layak, sedangkan kita tidak langsung mengetahui. Adakah akal kita telah benar-benar bijak sehingga mampu menukar ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sendiri ke atas diri-Nya?Terdapat tujuh ayat, di mana Allah menyatakan dan menetapkan yang Dirinya itu bersemayam di ‘arsy dengan menggunakan kalimah istawa’ ‘alal ‘arsy (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ). Dan andainya Allah mahu menamakannya dengan nisbahan yang lain, tentu Allah sudah menunjukkannya dengan jelas. Adalah kesilapan yang disengajakan yang paling besar andainya ada di antara mereka (manusia) menukar-nukar kalimah al-Qur’an yang telah sedia ditetapkan oleh Allah dengan kalimah-kalimah yang lain menurut akal, prasangka, dan hawa nafsu. Maha Suci Allah dari semua itu.
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan Dia dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (as-Syuura: 11)
هَؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً لَوْلا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
“maka tidak ada Yang lebih zalim dari orang-orang Yang berdusta terhadap Allah.” (al-Kahfi: 15)
وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran dalam menyebut nama-nama-Nya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.” (al-A’raaf: 180)Berkata Sheikh Soleh Abdullah Fauzan di dalam Kitab Tahid-nya (maksudnya) dalam menafsirkan ayat ini:Bahawa wajib - Menetapkan nama-nama (asma’) untuk Allah s.w.t. seperti mana Allah menetapkannya, dan maka siapa yang menafikannya bererti ia telah menafikan apa yang telah ditetapkan Allah dan juga bererti dia telah menentang Allah s.w.t.Bahawasanya Allah s.w.t. mengancam orang-orang yang ilhad (menyelewengkan) dalam asma’-Nya dan Dia akan membalas perbuatan mereka yang buruk itu.Berkata Sheikh Soleh Abdullah Fauzan seterusnya; dalam tujuh ayat di dalam Qur’an ini (7:54, 12:3, 13:2, 20:5, 25:59, 32:4, 57:4) lafaz istawa’ datang dalam bentuk dan lafaz yang sama. Maka hal ini menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah maknanya yang hakiki yang tidak menerima ta’wil, iaitu ketinggian dan keluhuran-Nya di atas ‘arsy.‘Arsy menurut bahasa Arab adalah singgahsana untuk raja. Sedangkan yang dimaksudkan dengan ‘Arsy di sini adalah singgahsana yang mempunyai beberapa kaki yang dipikul oleh malaikat, ia merupakan atap bagi semua makhluk (rujuk al-Mu’min ayat 7 dan al-Haqqah ayat 17). Sedangkan bersemayamnya Allah di atasnya (‘arsy) adalah yang sesuai dengan keagungan-Nya. Kita tidak mengetahui kaifiyah (cara-nya), sebagaimana kaifiyah sifat-sifat-Nya yang lain. Akan tetapi kita hanya menetapkannya sesuai dengan apa yang kita fahami dari maknanya dalam bahasa Arab, sebagaimana sifat-sifat lainnya, kerana memang al-Qur’an diturunkan dengan bahasa Arab.Manakala yang berikut pula adalah dalil-dalil yang mengukuhkan lagi kenyataan yang Allah itu di langit.Pusat Pemerintahan Allah juga di Langit (Mentadbir Dari Langit)
أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ
“Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahan-Nya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu Dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?” (al-Mulk: 16)
يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
“Allah mentadbirkan segala urusan dari langit ke bumi; Kemudian urusan itu naik kepada-Nya...” (as-Sajdah: 5)Manakala berikut, menunjukkan naik-nya amalanAmalan-amalan yang baik itu akan naik kepada Allah. Apabila istilah naik digunakan, bermakna kedudukannya mestilah menghala ke atas. Ke atas adalah dimaksudkan menuju ke tempat yang tinggi, iaitu langit.
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ
“Kepada Allah-lah naiknya Segala perkataan Yang baik (yang menegaskan iman dan Tauhid, untuk dimasukkan ke Dalam kira-kira balasan), dan amal Yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal Yang makbul - Yang memberi kemuliaan kepada Yang melakukannya).” (al-Fatheer: 10)Manakala berikut, dalil menunjukkan bahawa Jibril itu naik menghadap Tuhanya-Nya
تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabb.” (al-Ma’arij: 4)Begitu juga dalil yang berikut ini, iaitu di mana Fir’aun memperolok-olokkan kenyataan nabi Musa a.s.:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الأسْبَابَ, أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلا فِي تَبَابٍ
“Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! binalah untukku sebuah bangunan Yang tinggi, semoga Aku sampai ke jalan-jalan (yang Aku hendak menujunya) "(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya Aku dapat melihat Tuhan Musa; dan Sesungguhnya Aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya Yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan Yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke Dalam kerugian dan kebinasaan. (al-Mu’min: 36-37)Maka, barangsiapa mengatakan Allah itu tidak di langit atau memepermainkan (mendustakan) pernyataan yang menunjukkan Allah itu di langit, maka dia menyerupai Fir’aun yang mempermainkan kata-kata Musa a.s..Allah Mengangkat (Menunjukkan Naik Ke Atas) Isa Ke Sisi-Nya
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
(ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu…” (Ali Imran: 55)
بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
“Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (an-Nisa’: 158)Kedudukan Allah Yang Di Atas
يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka). (an-Nahl: 50)Perihal Penurunan al-Qur’an (Dari Langit)
وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ (١٩٢)نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الأمِينُ (١٩٣)عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ (١٩٤)بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ)
“Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. ia dibawa turun oleh malaikat Jibril Yang amanah. ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata. (as-Syu’ara: 192-195)
تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
“Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (az-Zumar: 1)Berita-Berita Langit
وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا (٨)وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا
“Dan Bahawa Sesungguhnya Kami telah berusaha mencari berita langit, lalu Kami dapati langit itu penuh Dengan pengawal-pengawal Yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api Yang menyala. Padahal Sesungguhnya Kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya – para malaikat); maka sekarang sesiapa Yang cuba Mendengar, akan mendapati api Yang menyala Yang menunggu merejamnya.” (al-Jin: 8-9)
Dan sekian banyak lagi dalil-dalil al-Qur’an yang jelas menunjukkan Allah itu di langit di ‘arsy-Nya. Begitu juga dengan perihal kisah nabi isra’ dan mikraj, di mana nabi menuju ke langit.Dalil daripada atsar (sahabat Rasulullah s.a.w.)Umar al-Khathab menyatakan bahawa:“Bahawasanya segala urusan itu (datang) dari sana (sambil mengisyarat-kan tangannya ke langit).” (al-Imam az-Zhahabi di dalam kitab-nya menyatakan bahawa riwayat ini sahih)Riwayat daripada Ibnu abbas pula (maksudnya);“Daripada Ibnu Abbas (ia berkata) bahawa Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada manusia pada hari Nahr (tanggal 10 Zulhijjah) kemudian Ibnu abbas menyebutkan khutbah Nabi s.a.w. kemudian beliau mengangkat (mendongakkan) kepalanya ke arah langit sambil mengucapkan: “Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan! Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan!” (Riwayat Imam Bukhari, juz.2 halaman 191)Hujah Para imam Ahlus Sunnah wa-al-Jama’ah (dan para Tabi’ Tabi’ien):Telah berkata Imam abu Hanifah:“Barangsiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir.”Telah berkata Imam Malik Bin Annas:“Allah berada di langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat dan tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya.”Telah berkata imam as-syafi’e:“Dan Allah di atas ‘arsy-Nya di atas langit-Nya.”Telah berkata Imam Ahmad:“Benar! Allah di atas ‘arsy-Nya dan tidak sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuan-Nya.”Telah berkata imam at-Tirmidzi:“Telah berkata ahli ilmu: Dan Ia (Allah) di atas ‘arsy sebagaimana Ia telah menetapkan diri-Nya.”(Rujukan daripada Kitab al-‘Uluw, oleh Imam az-Zhahabi)Telah berkata imam Ibnu Khuzaimah:“Barangsiapa yang tidak menetapkan sesungguhnya Allah di atas ‘arsy-Nya Ia istiwa’ di atas tujuh langit-Nya, maka ia telah kafir dengan Tuhan-Nya (setelah hujah ditegakkan)... (Sahih, dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam kitabnya Ma’rifah ‘ulumil-Hadits, halaman 84)Telah berkata Sheikhul Islam imam Abdul Kadir Jailani:“Tidak boleh mensifatkan-Nya bahawa Ia (Allah) berada di tiap-tiap tempat (Allah di mana-mana). Bahkan wajib mengatakan, “Sesungguhnya Ia di atas langit (iaitu) di atas ‘arsy-Nya sebagaimana Ia telah berfirman: “ar-Rahman di atas ‘arsy, Ia istawa’”, di dalam surah Thoha, ayat ke 5.” (Fatwa Hamawiyyah Kubra, halaman 87)Berikut pula saya membawakan kata-kata ibnu Katheer di dalam tafseernya, yang mana mentafsirkan ayat “summas tawa ‘alal ‘arsy (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ)” sebagai di bawah (petikan di bawah).Berikut kita lihat kata-kata Al-Hafidz Ibnu Katsir Rahimahullah:“Adapun firman-Nya:“Kemudian Dia bersemayam di atas ‘arsy. (al-a’raaf: 54)Orang-orang mempunyai berbagai pendapat dalam permasalahan ini dan sekarang bukanlah tempatnya untuk membahasnya secara luas, namun dalam perkara ini, kita menempuh mazhab para salafus-Soleh seperti imam Malik, al-Auza’i, ats-Tsauri, al-Laits bin Sa’ad, as-Syafi’e, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahawaih dan lain-lain dari kalangan para imam kaum muslimin, baik yang dahulu mahupun yang sekarang, iaitu membiarkan sebagaimana datangnya tanpa takyif, tasybih dan ta’thil. Apa yang terbersit (tergambar) di dalam benak fikiran orang-orang Musyabbih (yang menyamakan sifat Allah dengan makhluk-Nya) tidak terdapat pada Dzat allah s.w.t., sebab Allah sedikitpun tidak sama dengan makhluk-Nya. Allah berfirman (maksudnya):“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang maha mendengar lagi Maha melihat.” (as-Syuura: 11)Bahkan perkara ini sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang imam yang bernama Nu’aim bin Hammad al-Khuza’i, guru kepada imam al-Bukhari: “Barangsiapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka dia telah kafir. Barangsiapa yang mengingkari apa yang telah disifatkan Allah terhadap Dzat-Nya, maka ia telah kafir. Apa yang Allah sebutkan tentang sifat-sifat-Nya dan yang Rasulullah s.a.w. sebutkan tentang sifat-sifat Allah tidak merupakan tasybih (penyerupaan Allah dengan Makhluk). Barangsiapa yang menetapkan untuk allah apa yang dengan jelas telah tercantum dalam ayat dan hadith-hadith sahih yang sesuai engan kemulian Allah serta menafikan dari Dzat Allah semua sifat kekurangan, bererti ia telah menempuh jalan petunjuk.” (Tafseer al-‘Azim, Ibnu Kather)Jelaslah bahawa, hakikat-nya para imam itu sendiri seperti ibnu Katheer, as-Syafi’e, imam Ahmad bin Hanbal, imam Malik, dan lain-lain adalah bersama para salaf dalam menyatakan bahawa Allah itu bersemayam di ‘arsy selaras dengan keagungan-Nya tanpa ta’wil dan ta’til.
هَؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً لَوْلا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
“maka tidak ada Yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.” (al-Kahfi: 15)Dikumpulkan & Disusun oleh:Nawawi – http://an-nawawi.blogspot.comRujukan:1 - Kitab al-Ibaanah al-usul ad-Diyanah, Imam Abu Hasan al-Asy’ary.2 - Kitab ‘Aqidah Shahih Penyebab Selamatnya Seorang Muslim, al-Hafizd Abu Bakar al-Humaidi, Pustaka Imam as-Syafi’e, Indonesia.2 - al-‘Aqidah at-Thahawiyyah, imam Abu Jaafar at-Thahawi.3 - al-‘Uluw, al-imam az-Zhahabi.4 - Fatwa Hamawiyyah Kubra, Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah.5 – Tafseer Ibnu Katheer, e-Book Terbitan Darussalam (english version).6 – at-Tauhid Lish-Shafil Awwal al-'Ally, Sheikh Dr. Soleh Fauzan Bin Fauzan Bin Abdullah al-Fauzan.

[DOWNLOAD] – pdf - ALLAH ITU BERSEMAYAM DI ATAS ‘ARSY (ISTAWA’ ‘ALAL ‘ARSY)

[Download Part 1] [Download Part 2] - Kuliah (MP3) - Di Mana ALLAH?
Posted by Nawawi Bin Subandi at 2:04 AM
Labels: Asas at-Tawheed
5 comments:
Anonymous said...
bersemayamnya ALLAH adalah tidak sama seperti mana makhluknya....berkata Amirul Mu'minin 'Ali r.a.: "Sesungguhnya Allah ta`ala telah menciptakan arasy untuk menzahirkan qudratNya dan bukan untuk dijadikan tempat bagi zatNya". Baginda juga berkata: "Dan adalah Allah ta`ala wujud tanpa tempat dan Dia sekarang atas sebagaimana sediakalanya".
October 31, 2007 6:13 PM
Anonymous said...
Di-harap saudara yg memberi komen di atas dapat mengutarakan sekali sumber rujukan saudara.kami tidak mengambil hal yg samar2 dan yg tidak jelas sumber-nya.Nawawi
October 31, 2007 6:42 PM
Anonymous said...
Cuba rujuk juga artikel ini...http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/10/isu-037-di-antara-aqidah-imam-as-syafie.html
October 31, 2007 9:09 PM
Anonymous said...
Silakan pembaca rujuk teks kenyataan Allah Wujud Tanpa Bertempat Dan Tanpa Berarah oleh Al-Bani & Az-Zahabi :Kitab: Mukhtasor ‘Ulu Li ‘Aliyyil ‘Azhim.Pengarang: Syamsuddin Az-Zahabi.Pentahkik: Nasiruddin Al-Bani.Cetakan: Maktab Islami.Mukasurat: 71.Kenyataan teks Al-Bani bersumber kitab di atas : “ Apabila kamu telah mendalami perkara tersebut, denganizin Allah kamu akan faham ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Nabai serta kenyataan para ulama Salaf yang telah dinyatakan oleh Az-Zahabi dalam kitabnya ini Mukhtasor bahawa erti dan maksud sebalik itu semua adalah makna yang thabit bagi Allah iaitu ketinggian Allah pada makhluk-makhlukNya ( bukan ketinggian tempat), istawanya Allah atas arasyNya layak bagi keagonganNya dan Allah tidak ber arah dan Allah tidak bertempat”.


PENGAJIAN AQIDAH 009 - MENGATUR CINTA DAN TAAT (AL-WALA’) DAN BAGAIMANA MELEPAS KEBENCIAN (AL-BARA’)
MENGATUR CINTA DAN TAAT (AL-WALA’) DAN BAGAIMANA MELEPAS KEBENCIAN (AL-BARA’)Blog Rasmi (Aqidah):http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com1 - DEFINISI AL-WALA’ WAL BARA’Wala’ adalah kata masdar dari fi’il “waliya” yang ertinya dekat. Yang dimaksudkan dengan wala’ di sini adalah dekat kepada kaum muslimin dengan mencintai mereka, membantu dan menolong mereka atas musuh-musuh mereka dan bertempat tinggal bersama mereka.Sedangkan bara’ adalah masdar dari bara’ah yang bererti memutus atau memotong. “برى القلم” ertinya memotong pena. Maksudnya di sini adalah memutuskan hubungan atau ikatan hati dengan orang-orang kafir, sehingga tidak lagi mencintai mereka, membantu dan menolong mereka serta tidak tinggal bersama mereka.2 - KEDUDUKAN AL-WALA’ WAL BARA’ DALAM ISLAMDi antara hak tauhid adalah mencintai ahlinya iaitu para muwahidin, serta memutuskan hubungan dengan para musuhnya iaitu kaum musyrikin. Allah s.w.t. berfirman:
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (٥٥)وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (al-Ma’idah 5: 55-56)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin-pemimpin-mu, kerana sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain; Dan barang siapa di antara kamu yang megambil mereka menjadi pemimpinnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (al-Ma’idah 5: 51)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman-teman setia... (al-Mumtahanah 60: 1)
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ
Dan orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung (pembela) bagi sbahagian yang lain. Jika kamu (Wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan Yang besar. (al-Anfal 8: 73)
لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Kamu tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (al-Mujadilah 58: 22)Dari ayat-ayat di atas jelaslah tentang wajibnya melahirkan kecintaan kepada sesama mukmin, dan memusuhi orang-orang kafir; serta kewajiban menjelaskan bahawa kecintaan sesama umat Islam adalah kebajikan yang amat besar, dan taat kecintaan kepada orang kafir adalah bahaya besar.Kedudukan al-wala’ wal bara’ dalam Islam sangatlah tinggi, kerana ia merupakan tali iman yang paling kuat. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
أوثق عرى الإيمان الحب في الله والبغض فى الله
“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana allah dan benci kerana Allah.” (Hadis Riwayat Ibnu Jabir)Dan dengan al-wala’ wal bara’-lah kewalian Allah dapat dicapai. Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas r.a.:
من أحب فى الله وأبغض فى الله ووالى فى الله وعادى فى الله فإنما تنا ل ولاية الله بذلك ولن يجد عبد طعم الإ يمان وإن كثرت صلاته وصومه حتى يكون كذلك وقد صارت عامة مؤاخاة الناس على أمر الدنيا وذلك لا يجدي على أهله شيئا
“Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi wala’ keana Allah, dan memusuhi kerana Allah, maka sesungguhnya dapat diperolehi kewalian Allah hanya dengan itu. Dan seorang hamba itu tidak akan merasakan lazatnya iman, sekalipun banyak solat dan puasanya, sehingga ia melakukan hal tersebut. Dan telah menjadi umum persaudaraan manusia berdasarkan kepentingan duniawi, yang demikian itu tidaklah bermanfaat sedikit pun bagi para pelakunya.” (Hadis Riwayat at-Thabrani dalam al-Kabir)Maka jelaslah bahawa menjalin wala’ (kecintaan) dan ukhuwah selain kerana Allah tidak ada gunanya di sisi Allah s.w.t.3 - MUDAHANAH DAN KAITANNYA DENGAN AL-WALA’ WAL BARA’Mudahanah ertinya berpura-pura, menyerah dan meninggalkan kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar serta melalaikan hal tersebut kerana tujuan duniawi atau ambisi peribadi. Maka berbaik hati, bermurah hati atau berteman dengan ahli maksiat ketika mereka berada dalam kemaksiatannya, sementara ia tidak melakukan pengingkaran padahal ia mampu melakukannya maka itulah mudahanah.Kaitan mudahanah dengan al-wala’ wal bara’ tampak dari erti dan definisi yang kita paparkan tersebut, iaitu meninggalkan pengingkaran terhadap orang-orang yang bermaksiat padahal ia mampu melaksanakannya. Bahkan sebaliknya ia menyerah kepada mereka dan berpura-pura baik kepada mereka. Hal ini bererti meninggalkan cinta kerana Allah dan permusuhan kerana Allah. Bahkan ia semakin memberikan dorongan kepada para penderhaka dan perosak. Maka orang penjilat atau mudahin seperti ini termasuk dalam firman allah s.w.t.:
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨)كَانُوا لا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ (٧٩)تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan pelampauan batas), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan. Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buru apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka). (al-Ma’idah 5: 78-80)4 - MUDARAH SERTA PENGARUHNYA TERHADAP AL-WALA’ WAL BARA’Mudarah adalah menghindari mafsadah (kerosakan) dan kejahatan dengan ucapan yang lembut atau meninggalkan kekerasan dan sikap kasar, atau berpaling dari orang jahat jika kerana dikhuwatiri kejahatannya yang sedia dilakukan dari menjadi lebih besar dan teruk.
شركم من اتقاه الناس خشية من شره
“Sejahat-jahat kamu adalah orang-orang yang ditakuti manusia kerana mereka khuwatir akan kejahatannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Dunya)Dari Aisyah r.ha. bahawasanya seorang lelaki meminta izin masuk menemui Nabi s.a.w., seraya berkata, “Dia saudara yang jelek dalam keluarga.” Kemudian ketika orang itu masuk dan menghadap Nabi s.a.w., beliau berkata, “Engkau tadi berkata tentang dia seperti apa yang engkau katakan.” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:
إن الله يبغض الفحش والتفحش
“Sesungguhnya Allah membenci ‘fuhsy’ (ucapan keji) dan ‘tafahuhusy’ (berbuat keji).” (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnadnya)Nabi s.a.w. telah berbuat mudarah dengan orang tadi ketika dia menemui Nabi s.a.w. padahal orang itu jahat, kerana beliau menginginkan kemaslahatan agama. Maka hal itu menunjukkan bahawa mudarah tidak bertentangan dengan al-wala’ wal bara’, kalau memang mengandungi kemaslahatan lebih banyak dalam bentuk menolak kejatahan atau menundukkan hatinya atau memperkecil dan memperingankan kejahatan.Ini adalah salah satu kaedah dalam berdakwah kepada Allah. Termasuk di dalamnya adalah mudarah Nabi s.a.w. terhadap orang-orang munafik kerana khuwatir akan kejatahan mereka dan untuk menundukkan hati mereka dan orang lain.5 – BEBERAPA CONTOH TENTANG SETIA DAN MEMUSUHI KERANA ALLAH- Sikap Nabi Ibrahim a.s. dan pengikutnya terhadap kaumnya yang kafir. Allah berfirman:
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ
Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: “Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain allah, kami ingkari (kekafiran) mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah sahaja”. (al-Mumtahanah 60: 4)Imam Ibnu Katheer berkata, “Allah s.w.t. berkata kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin yang diperintahkan-Nya untuk meemrangi, memusuhi dan menjauhi orang-orang kafir, Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia”, maksudnya adalah pengikut-pengikut-nya yang mukmin.“Ketika mereka berkata kepada kaum mereka, “Sesunggugnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah,” maksudnya, kami melepaskan diri dari kalian dan dari tuhan-tuhan yang kalian sembah selain Allah.“Kami ingkari (kekafiran) mu”, maksudnya dien-mu dan jalan-mu.“Dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya”, maksudnya telah disyari’atkan permusuhan dan kebencian (mulai dari sekarang) antara kami dan kalian selama kalaian tetap kafir. Maka selamanya kami berlepas diri dari kalian serta membenci kalian.“Sampai kamu beriman kepada Allah saja”, maksudnya sampai kalian mentauhidkan Allah semata, tanpa syirik dan membuang semua tuhan yang kalian sembah bersama-Nya. (Saduran dari Tafsir Ibnu Kafir)Maka ayat tersebut menunjukkan bahawa al-Wala’ wal bara’ adalah ajaran Nabi Ibrahim, yang kita diperintahkan untuk mengikutinya. Allah menceritakan hal tersebut agar kita mencontohinya. Dia berfirman, “Telah terdapat bagimu teladan yang baik.” Dan pada penutup ayat, Allah s.w.t. berfirman:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَمَنْ يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
Demi sesungguhnya! adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. dan sesiapa Yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (al-Mumtahanah 60: 6)- Sikap Orang-Orang Ansar r.a. Terhadap Saudara-Saudara Dari Kaum Muhajirin. Allah s.w.t.:
وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (al-Hasyr 59: 9)Maksudnya, orang-orang yang tinggal di Darul Hijrah, iaitu Madinah, sebelum kaum Muhajirin, dan kebanyakan mereka beriman sebelum Muhajirin, mereka mencintai dan menyayangi orang-orang yang berhijrah kepada mereka, kerana kemuliaan dan keagungan jiwa mereka, dengan membahagikan harta benda mereka tanpa merasa iri terhadap keutamaan yang diberikan kepada Muhajirin daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka sendiri juga sangat memerlukan.Ini adalah puncak itsar (mengutamakan saudara) dan wala’ kepada Allah terhadap para penolong Rasulullah s.a.w.- Sikap Abdullah Bin Ubay Bin Salul Terhadap Kemunafikan Ayahnya Yang Berkata Dalam Salah Satu Pertempuran
يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأعَزُّ مِنْهَا الأذَلَّ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَعْلَمُونَ
Sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang Yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang Yang hina lagi lemah (pihak Islam). (al-Munafiqun 63: 8)Dia menginginkan al-a’azzu (orang yang kuat) adalah dirinya sedangkan al-adzallu (yang lemah) adalah Rasulullah s.a.w. Ia mengancam akan mengusir Rasulullah s.a.w. dari Madinah. Maka ketika hal itu didengar oleh anaknya, Abdullah, seorang mukmin yang taat dan jujur, dan dia mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. ingin membunuh ayahnya yang mengucapkan kata-kata penghinaan tersebut, juga kata-kata lainnya, maka Abdullah menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Wahai Rasulullah, saya mendengar bahawa anda ingin membunuh Abdullah bin Ubai, ayah saya. Jika anda benar-benar ingin melakukannya, maka saya bersedia membawa kepalanya kepada anda”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda, “Bahkan kita akan bergaul dan bersikap baik kepadanya selama dia tinggal bersama kita.”Maka tatkala Rasulullah s.a.w. dan para sahabat kembali pulang ke Madinah, Abdullag bin Abdullah berdiri menghadang di pintu kota madinah dengan menghunus pedangnya. Orang-orang pun berjalan melewatinya. Maka ketika ayahnya lewat (melalui), ia ia berkata kepada ayahnya, “Mundur!” Ayahnya bertanya kehairanan, “Ada apa ini, jangan kurang ajar kamu!” Maka ia menjawab, “Demi Allah, jangan melewati tempat ini sebelum Rasulullah mengizinkanmu, kerana beliau adalah al-Aziz (yang mulia) dan engkau adalah adz-Dzail (yang hina).” Maka ketika Rasulullah s.a.w. datang padahal beliau berada di pasukan bahagian belakang, abdullah bin Ubay mengadukan anaknya kepada beliau. Anaknya, Abdullah berkata, “Demi Allah wahai Rasulullah s.a.w., dia tidak boleh memasuki kota sebelum anda mengizinkannya.” Maka Rasulullah s.a.w. pun mengizinkannya, lalu abdullah berkata, “Kerana Rasulullah s.a.w. mengizinkan maka lalulah sekarang.” (Disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam tafsirnya tentang ayat di atas)6 – MENYAYANGI DAN MEMUSUHI PARA AHLI MAKSIATPenjelasan di atas adalah tentang pemberian wala’ kepada sesama mukmin sejati dan permusuhan kepada kafir sejati. Adapun golongan ketiga iaitu orang mukmin yang banyak melakukan dosa besar, pada dirinya terdapat iman dan kefasikan, atau iman dan kufur kecil yang tidak sampai pada tingkat murtad. Bagaimana hukumnya dalam hal ini?Jawabannya adalah orang itu terdapat hak muwalah (diberi wala’) dan mu’adah (dimusuhi). Dia disayangi kerana imannya, dan dimusuhi kerana kemaksiatannya dengan tetap memberikan nasihat untuknya; memerintahnya pada kebaikan, melarangnya dari kemungkaran dan mengucilkannya (meminggirkannya) bilamana pengucilan itu memang membuatnya jera (serik) dan malu.Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Apabila berkumpul pada diri seseorang itu kebaikan dan kejahatan, ketakutan dan kemaksiatan, atau sunnah dan bid’ah, maka dia berhak mendapatkan permusuhan dan siksa sesuai dengan kadar kejahatan yang ada padanya. Maka berkumpullah pada diri orang tersebut hal-hal yang mewajibkan pemuliaan dan mengharuskan pernghinaan. Maka dia berhak mendapatkan ini dan itu. Seperti pencuri miskin; dia dipotong tangannya kerana mencuri, lalu ia diberi harta dari baitul mal yang boleh mencukupinya. Inilah hukum asal yang disepakati oleh ahlus sunnah wal jama’ah, berbeza dengan Khawarij, Muktazilah, dan orang-orang yang sefahaman dengan mereka. Mereka hanya mengelompokkan manusia dalam dua golongan: orang-orang yang dapat pahala sahaja atau mendapat siksa sahaja.” (Lihat Majmu’ Fatwa, 23/209-210) Ini sangatlah jelas bagi masalah yang sangat penting ini.7 – MENYAMBUT DAN IKUT MERAYAKAN HARI RAYA ATAU PESTA ORANG-ORANG KAFIR SERTA BERLANGSUNGKAWA DALAM HARI DUKA MEREKA- Hukum Menyambut Dan Bergembira Dengan Hari Raya MerekaSesungguhnya di antara konsekuensi terpenting dari sikap membenci orang-orang kafir ialah menjauhi ibadah mereka. Sedangkan syi’ar mereka yang paling besar adalah hari raya mereka, baik yang berkaitan dengan tempat mahupun waktu. Maka orang Islam berkewajiban menjauhi dan meninggalkannya.Ada seorang lelaki yang datang kepada baginda Rasulullah s.a.w. untuk meminta fatwa kerana ia telah bernadzar memotong (menyembelih) haiwan di Buwanah (nama tempat), maka Nabi s.a.w. menyatakan kepadanya:
هل كان فيها وثن من أوثان الجا هليه يعبد قال: لا، قال: هل كان فيها عيد من أعيادهم قال: لا، قال النبي صلى الله عليه وسلم أوف بنذرك – وفإنه لاوفاء لنذر في معصية الله ولافيما لايملكه ابن ادم
“Apakah di sana ada berhala dari berhala-berhala jahiliyah yang disembah?” Dia menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya, “Apakah di sana tempat dilaksanakannya hari raya dari hari-hari raya mereka?” Dia menjawab, “Tidak”. Maka Nabi bersabda, “Tepatilah nadzarmu, kerana sesungguhnya tidak boleh melaksanakan nadzar dalam maksiat terhadap Allah dalam hal yang tidak dimiliki oleh anak adam.” (Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad yang menepati syarat Bukhari dan Muslim)Hadis di atas menunjukkan, tidak boleh menyembelih untuk Allah di tempat yang digunakan menyembelih untuk selain Allah; atau di tempat orang-orang kafir merayakan pesta atau perayaan mereka. Sebab hal itu bererti mengikuti mereka dan menolong mereka di dalam mengagungkan syi’ar-syi’ar mereka atau menjadi wasilah yang menghantarkan kepada syirik. Begitu pula ikut merayakan hari raya (hari kebesaran) mereka menunjukkan sikap wala’ kepada mereka dan mendukung mereka dalam menghidupkan syi’ar-syi’ar mereka.Di antara yang dilarang adalah menampakkan rasa gembira pada hari raya mereka, membantu perayaan mereka, memasak makanan sehubungan dengan hari perayaan mereka. Dan di antaranya lagi ialah mempergunakan kalendar Masehi, kerana hal itu menghidupkan kenangan terhadap hari Natal bagi mereka. Kerana itu para sahabat menggunakan kalendar Hijriyah sebagai gantinya.Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah berkata di dalam Iqtida’ Shiratal Mustaqim (ditahqiq oleh Prof. Dr. Nashir al-‘Aql), 1/425-426, “Ikut merayakan hari-hari besar mereka tidak diperbolehkan kerana dua alasan:Pertama: Bersifat umum, seperti yang telah dikemukakan di atas bahawa hal tersebut bererti mengikuti Ahli Kitab, yang tidak ada dalam ajaran kita dan tidak ada dalam kebiasaan salaf. Mengikutinya bererti membawa kerosakan dan meninggalkannya terdapat maslahah menyelisihi mereka. Bahkan seandainya kesamaan yang kita lakukan merupakan sesuatu ketetapan semata, bukan kerana mengambilnya dari mereka, tentu yang disyari’atkan adalah menyelisihinya telah diisyaratkan di atas. Maka barangsiapa mengikuti mereka, dia telah kehilangan maslahah ini sekali pun tidak melakukan mafsadah (kerosakan) apa pun, terlebih lagi kalau dia melakukannya.Alasan kedua: Kerana hal itu adalah bid’ah yang diada-adakan. Alasan ini jelas menunjukkan bahawa sangat dibenci hukumnya menyerupai mereka dalam hal itu.”Beliau mengatakan, “Tidak halal bagi kaum muslimin bertasyabbuh (menyerupai) mereka dalam hal-hal yang khusus bagi hari raya mereka; seperti makanan, pakaian, mandi, menyalakan lilin, meliburkan kebiasaan seperti bekerja dan beribadah atau pun yang lainnya. Tidak halal mengadakan kenduri atau memberi hadiah atau menjual barang-barang yang diperlukan untuk hari raya tersebut. Tidak halal mengizinkan anak-anak atau pun yang lainnya melakukan permainan pada hari itu, juga tidak boleh menampakkan perhiasan. Ringkasnya, tidak boleh melakukan sesuatu yang menjadi ciri-ciri khas dari syi’ar mereka pada hari itu. Hari raya mereka bagi umat Islam haruslah seperti hari-hari biasanya, tidak hal yang istimewa atau khusus yang dilakukan umat Islam. Adapun jika dilakukan hal-hal tersebut oleh umat Islam dengan sengaja maka berbagai golongan dari para salaf dan khalaf menganggapnya makruh. Sedangkan pengkhususan seperti yang tersebut di atas maka tidak ada perbezaan di antara ulama, bahkan sebahagian ulama menganggap kafir orang yang melakukan hal tersebut, kerana dia telah mengagungkan syi’ar-syi’ar kekufuran. Segolongan ulama mengatakan, “Sesiapa yang menyembelih kambing pada hari raya mereka (kerana merayakannya), maka seolah-olah dia menyembelih babi.” Abdullah bin Amr bin Ash berkata, “Sesiapa yang mengikuti negara-negara ‘ajam (non-muslim) dan melakukan perayaan Nairuz (atau Nauruz – pesta tahun baru Iran yang bertepatan dengan tanggal 21 Maret) dan Mihrajan (pesta hari bahagia bila tiba musim luruh) serta menyerupai mereka sampai ia meninggal dunia dan dia belum bertaubat, maka dia akan dikumpulkan bersama mereka pada hari kiamat. (Majmu’ Fatawa, 25/329-330)- Hukum Ikut Serta Merayakan Pesta, Walimah, Hari Bahagia atau Hari Duka Mereka Dengan Hal-Hal Yang Mubah Serta Berta’ziyah Pada Musibah MerekaTidak boleh memberi ucapan selamat (tahni’ah) atau ucapan belasungkawa (ta’ziyah) kepada mereka, kerana hal itu bererti memberikan wala’ dan mahabbah kepada mereka. Juga dikeranakan hal tersebut mengandungi erti pengagungan (penghormatan) terhadap mereka. Maka hal itu diharamkan berdasarkan larangan-lrangan ini. Sebagaimana haram mengucapkan salam terlebih dahulu atau membuka jalan bagi mereka.Ibnul Qayyim berkata, “Hendaklah behati-hati jangan sampai terjerumus sebagaimana orang-orang bodoh, ke dalam ucapan-ucapan yang menunjukkan redha mereka terhadap agamanya. Seperti ucapan mereka, “Semoga Allah membahagiakan kamu dengan agamamu”, atau “memberkatimu dalam agamamu”, atau berkata, “Semoga Allah memuliakanmu”. Kecuali jika berkata, “Semoga Allah memuliakanmu dengan Islam”, atau yang senada dengan itu. Itu semua tahni’ah dengan perkara-perkara umum. Tetapi jika tahni’ah dengan syi’ar-syi’ar kufur yang khusus milik mereka seperti hari raya dan puasa mereka, dengan mengatakan, “Selamat hari raya Natal” umpamanya atau “Berbahagialah dengan hari raya ini” atau yang senada dengan itu, maka jika yang mengucapkannya selamat dari kekufuran, dia tidak lepas dari maksiat dan keharaman. Sebab itu sama halnya dengan memberikan ucapan selamat terhadap sujud mereka kepada salib; bahkan di sisi Allah hal itu lebih dimurkai daripada memberikan selamat atas perbuatan meminum khamar, membunuh orang atau berzina atau yang seumpamanya. Banyak sekali orang yang terjerumus dalam hal ini tanpa menyedari keburukannya. Maka, barangsiapa yang memberikan ucapan selamat kepada seseorang yang melakukan bid’ah, maksiat, atau pun kekufuran maka dia telah menentang Allah dan mengundang murka Allah. Para ulama wira’i (sangat menjauhi makruh, apalagi haram), mereka sentiasa menghindari tahni’ah kepada para pemimpin zalim atau kepada orang-orang dungu yang diangkat sebagai hakim, qadhi, mufti; demi untuk menghindari murka Allah dan laknat-Nya. (Ahkam Ahli Dzimmah, tahqiq oleh Dr. Subhi Saleh, 1/205-206)Dari huraian tersebut jelaslah, memberi tahni’ah kepada orang-orang kafir hal-hal yang diperbolehkan (mubah) adalah dilarang jika mengandungi makna yang menunjukkan rela kepada agama mereka. Adapun memberikan tahni’ah atas hari-hari raya mereka atau syi’ar-syi’ar mereka adalah haram hukumnya dan sangat dikhuwatirkan pelakunya jatuh kepada kekufuran.8 – HUKUM MEMINTA BANTUAN KEPADA ORANG-ORANG KAFIRDALAM PERNIAGAAN ATAU PEKERJAANAllah s.w.t. berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
Hai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (Ali Imran 3: 118)Imam Baghawi dalam tafsirnya menjelaskan, “Janganlah engkau menjadikan orang-orang non-muslim sebagai wali, orang kepercayaan atau orang-orang pilihan, kerana mereka tidak segan-segan melakukan apa-apa yang membahayakanmu.”Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Para peneliti telah mengetahui bahawa orangorang ahli dzimmah dari Yahudi dan Nasrani mengirim berita kepada saudara-saudara seagamanya tentang rahsia-rahsia orang Islam. Di antara bait-bait yang terkenal adalah:
كل العدوات قد ترجى مودتهاإلا عداوة من عاداك فى الدين
“setiap permusuhan dapat diharapkan kasih sayangnya,Kecuali permusuhan orang yang memusuhi kerana agama.”
Kerana itulah mereka dilarang memegang jabatan yang membawahi orang-orang Islam dalam bidang pekerjaan, bahkan mempekerjakan orang Islam yang kemampuannya masih di bawah orang kafir itu lebih baik dan lebih bermanfaat bagi umat Islam dalam agama dan dunia mereka. Sedikit tapi dari yang halal diberkati Allah, sedangkan banyak tapi dari yang haram dimurkai Allah.” (Majmu’ Fatawa, 28/646)Dari keterangan tersebut dapat disimpulkan:1 – Tidak boleh mengangkat orang kafir untuk kedudukan yang membawahi orang-orang Islam, atau yang memungkinkan dia mengetahui rahsia-rahsia umat Islam; misalnya para menteri atau para penasihat, kerana Allah s.w.t. berfirman:
لا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالا
...janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. (Ali Imran 3: 118)Atau juga diangkat menjadi pegawai pemerintahan di daerah negara Islam.2 – Diperbolehkan mengupah orang-orang kafir untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan sampingan yang tidak menimbulkan suatu bahaya dalam politik negara Islam, umpamanya menjadi guide (penunjuk jalan), pemborong konstruksi bangunan, projek pembaikan jalan, dan sejenisnya dengan syarat tidak ada orang Islam yang mampu untuk itu. Kerana baginda Nabi s.a.w. dan Abu Bakar r.a. pernah mengupah seorang laki-laki musyrik dari Bani ad-Diil sebagai penunjuk jalan ketika berhijrah ke Madinah. (Hadis Riwayat Bukhari)DALAM URUSAN PERANGDalam masalah ini terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama. Dan yang benar adalah diperbolehkan, apabila diperlukan dalam keadaan darurat, juga bila orang yang dimintai pertolongan dari mereka itu dapat dipercaya dalam masalah jihad.Ibnul Qayyim berkata tentang manfaat perjanjian Hudaibiyah: “Di antaranya, bahawa meminta bantuan kepada orang musyrik yang dapat dipercayai dalam hal jihad adalah diperbolehkan ketika benar-benar diperlukan, dan pada orang musyrik itu juga terdapat maslahah iaitu dia dekat dan mudah untuk bercampur dengan musuh dan dapat mengambil khabar dan rahsia mereka. (Za’dul Ma’ad, 3/301, tahqiq Syu’aib dan Abdul Qadir al-Arnouth)Juga diperbolehkan ketika dalam keadaan darurat, Imam Zuhry meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. meminta pertolongan kepada orang-orang Yahudi dalam perang Khaibar (Tahun 7H), dan Sofwan bin Umaiyah ikut serta dalam perang Hunain padahal ia pada saat itu musyrik. Termasuk darurat misalnya jumlah orang-orang kafir lebih banyak dan sangat ditakutkan, dengan syarat dia berpandangan baik terhadap kaum muslimin. Adapun jika tidak diperlukan maka tidak diperbolehkan meminta bantuan kepada mereka, kerana orang kafir itu sangatlah dimungkinkan berkhianat dan boleh jadi merekamenjadi senjata makan tuan, oleh kerana buruknya hati mereka. Tetapi yang tampak dari ucapan Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah adalah boleh meminta pertolongan kepada mereka secara mutlak. (Lihat Majmu’ Fatawa, 28/624-643)9 – MENGUTAMAKAN TINGGAL DAN BEKERJA DI NEGARA KAFIRBekerjanya seseorang muslim untuk mengabdi atau melayani orang kafir adalah haram, kerana hal itu bererti penguasaan orang kafir atas orang muslim serta menunjukkan penghinaan. Iqamah atau bertempat tinggal terus menerus di antara orang-orang kafir juga adalah diharamkan. Kerana itu Allah mewajibkan hijrah dari negara kafir menuju negara muslim dan mengancam mereka yang tidak mahu berhijrah tanpa uzur syar’i. Juga mengharamkan seseorang muslim bepergian ke negara kafir kecuali kerana alasan syar’i dan mampu menunjukkan ke-Islamannya, kemudian jika selesai tujuannya maka ia harus segera kembali ke negara Islam.Adapun pekerjaan seseorang muslim kepada orang kafir yang tidak bersifat melayani seperti menjahit atau membangun tembok dan lain sebagainya dari setiap pekerjaan yang ada dalam tanggungannya, maka hal ini diperbolehkan, kerana tidak ada unsur penghinaan. Hal ini berdasarkan riwayat ali r.a., dia berkata:“Saya bekerja untuk seorang perempuan Yahudi dengan upah setiap timba air ditukar sebutir kurma. Kemudian saya ceritakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. dan aku bawakan beberapa butir kurma lalu beliau pun memakan sebahagian kurma tersebut bersama saya.” (Hadis Riwayat Bukhari)“Dan Khabbab bekerja untuk al-‘Ash bin Wa’il di Mekah sedang Nabi s.a.w. mengetahuinya dan beliau pun menyetujuinya.” (Hadis Riwayat Bukhari)Hal ini menunjukkan diperbolehkannya pekerjaan serupa ini, kerana ia merupakan aqad tukar-menukar seperti halnya jual beli, tidak mengandungi penghinaan terhadap muslim, tidak menjadikannya sebagai abdi dan tidak bertentangan dengan sifat bara’-nya dari mereka dan dari agama mereka.Adapun yang mengutamakan bekerja pada orang-orang kafir dan bertempat tinggal (menetap) bersama mereka daripada bekerja dan ber-iqamah di tengah-tengah kaum muslimin, ia memandang kebolehan wala’ kepada mereka dan redha terhadap agama mereka maka tidak syak lagi bahawa hal itu adalah murtad, keluar daripada Islam. Apabila ia melakukan hal yang sedemikian kerana tamak terhadap dunia atau kekayaan yang melimpah di negara mereka dengan perasaan benci kepada agama mereka dan tetap menjaga agamanya, maka hal itu diharamkan dan dikhuwatirkan membawa dampak (kesan) buruk terhadap dirinya, yang akhirnya menjadikannya redha dengan agama mereka.10 – HUKUM MENIRU KAUM KUFFAR, JENIS-JENIS, DAN KESANNYAHUKUMNYAMeniru kaum kuffar dalam hal-hal yang menjadi amalan keagamaan (atau kepercayaan) mereka atau adat mereka adalah haram dan diancam dengan ancaman yang keras, kerana itu merupakan bentuk wala’ kepada mereka. Padahal Rasulullah s.a.w. bersabda:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Barangsiapa bertasyabbuh (menyerupai) dengan suatu kaum maka ia termasuk dari mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)Kemudian keharamannya berbeza-beza menurut mafsadah (kerosakan) yang ditimbulkannya serta kesan-kesan yang disebabkan olehnya.JENIS-JENISNYAMeniru dalam hal-hal yang menjadi ciri khas mereka terbahagi menjadi beberapa bahagian; ada yang kufur, ada yang mengarah kepada kekufuran atau kefasikan dan ada yang maksiat biasa.Bahagian Pertama:Meniru mereka dalam ajaran atau bahagian dari agama mereka yang batil, seperti mendirikan bangunan di atas kuburan, atau mengkultuskan (mendewakan) sebahagian makhluk dengan menjadikannya sebagai tuhan-tuhan kecil di samping allah dengan beri’tikaf di atas kuburan mereka, atau mentaati mereka dalam penghalalan dan pengharaman, serta menghukumi selain apa yang diwahyukan oleh Allah; ini adalah kufur kepada Allah atau merupakan wasilah yang menghantarkan kepada kekufuran. Rasulullah s.a.w. melaknat orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka menjadikan kuburan-kuburan sebagai tempat-tempat ibadah. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)Allah s.w.t. berfirman:
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لا إِلَهَ إِلا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-tuhan selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. (at-Taubah 9: 31)Maka perbuatan mereka menjadikan para pendeta sebagai tuhan selain allah s.w.t. adalah kufur. Sedangkan mendirikan bangunan di atas kuburan adalah penghantar kepada kekufuran.Bahagian Kedua:Meniru mereka dalam bid’ah-bid’ah yang mereka adakan dalam agama mereka dalam hari-hari raya mereka yang batil, ini hukumnya adalah haram.Bahagian Ketiga:Meniru mereka dalam adat istiadat dan akhlak mereka yang buruk serta budaya mereka yang kotor, juga penampilan mereka yang tercela, seperti mencukur jenggod, mengumbar aurat dan lain sebagainya. Ini adlaah permasalahan yang sangat luas dan semua itu adalah haram hukumnya, termasuk dalam sabda Rasulullah s.a.w., “Siapa yang bertasyabbuh dengan suatu kaum maka ia termasuk golongan itu.”Kerana menyerupai mereka secara lahir menunjukkan wala’ mereka secara batin.Adapun hal-hal yang bukan menjadi ciri khas mereka, bahkan merupakan hal-hal milik bersama semua manusia, seperti mempelajari ilmu perindustrian yang sangat bermanfaat, membangun kekuatan dan pertahanan, memanfaatkan apa yang dibolehkan Allah, sebagai contoh perhiasan yang telah dikeluarkan untuk para hamba-Nya, memakan hasil-hasil bumi yang baik; maka semua ini tidak disebut taqlid (meniru), bahkan termasuk ajaran agama kita. Dan pada dasarnya ia adalah milik kita, sedangkan mereka dalam hal ini hanya mengikuti kita. Allah s.w.t. berfirman:
قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda Yang baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang Yang beriman (dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang Yang (mahu) mengetahui. (al-A’raaf 7: 32)
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (al-Anfal 8: 60)
لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan Yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (al-Hadid 57: 25)Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa besi mengandungi banyak daya guna untuk manusia secara umum.BEBERAPA KESAN NEGATIF TAQLID1 – Taqlid kepada kuffar mengandungi wala’ kepada mereka, kerana menyerupai mereka dalam lahirnya menunjukkan rasa kecintaan kepada mereka dalam batinnya. Seandainya membenci mereka, tentu tidak mahu menirunya.2 – Taqlid kepada kuffar menunjukkan kekagumannya kepada mereka dan apa yang ada pada mereka serta ketidaksenangannya kepada ajaran Islam dan penghinaannya kepada orang-orang Islam.3 – Taqlid kepada kuffar mengandungi makna pengikutan kepada mereka dan peleburan sahsiah (keperibadian) umat Islam serta penghancuran eksistensi mereka.4 – Taqlid kepada kuffar melemahkan kaum muslimin dan menjadikan mereka bergantung kepada musuh-musuh mereka serta menjadikan mereka malas berproduksi, dan pada akhirnya senang meminta belas kasihan kepada orang-orang kafir, sebagaimana yang terjadi pada saat ini.5 – Taqlid kepada kuffar bererti ikut membantu mereka dalam menghidupkan dan mengembangkan bid’ah serta kemusyrikan mereka.6 – Taqlid kepada kuffar merosakkan agama kaum muslimin dengan terciptanya pelbagai bid’ah dengan kurafat yang diambil dari agama kaum kuffar.11 – BENTUK-BENTUK TAQLID KEPADA KUFFAR YANG BURUKIaitu melampaui batas dalam menyenangi dan meminati serta mengambil faedah dalam perkara-perkara yang tidak mengandungi faedah dan manfaat. Sehingga menggunakannya atau mengamalkannya yang mana menjadikan lupa kepada Allah, lalai dari ketaatan kepada-Nya serta lalai dan meninggalkan amala usaha yang berguna bagi dunia dan agama-nya. Mereka melakukan hal ini sebagai akibat dari kekosongan hidup yang dialaminya; hidup tanpa akidah, pegangan dan prinsip, tanpa ibadah, dan tanpa kebajikan yang diusahakan sebagai bekalan di hari kemudian (akhirat). Mereka melakukan kerana terpedaya dan terpengaruh dengan bangsa-bangsa lain yang terus-menerus mengusahakan untuk menjauhkan mereka dari agama Allah dan akhirat mereka. Apa pun yang memalingkan dari agama dan ibadah adalah haram hukumnya, sekali pun bernilai dengan nilai yang tinggi seperti harta kekayaan. Allah telah mengharamkan perbuatan menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang jauh dari akhirat. Allah s.w.t. berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi. (al-Munafiqun 63: 9)Maka bagaimanakah dengan hal-hal yang tidak bernilai, tidak berharga dan tidak berfaedah? Di antara hal-hal ini adalah sebagai berikut:1 – Apa yang emreka sebut sebagai dunia seni; seni suara, seni muzik, seni tari, seni drama, dunia teater, dan panggung wayang, serta pusat-pusat perfileman yang banyak didatangi oleh orang-orang yang bingung, jauh dari jalan kebenaran dan jalan yang serius dalam kehidupan.2 – Bergelut dengan dunia permodelan, penggambaran, fotografi, lukisan dan pembuatan patung-patung dan lain-lain yang seumpamanya.3 – Banyak di antara pemuda yang hidupnya bersungguh-sungguh dan bermati-matian demi membangunkan beberapa cabang sukan dan permainan. Sehingga ia lupa kepada Allah, lupa ketaatan, menelantarkan solat dan lupa kewajiban-kewajiban lain dalam rumah mahupun sekolah. Semestinya yang lebih pantas (perlu) bagi mereka adalah mengarahkan perhatian pada apa yang baik bagi umat dan tanah airnya serta berjuang untuk mencapai kemaslahatan dunia dan akhirat.Di antara hal-hal tersebut di atas ada yang diharamkan dalam agama, ada pula yang dibolehkan selagi tidak mengalahkan apa yang lebih bermanfaat daripadanya. Apalagi umat Islam dewasa ini sedang menghadapi pelbagai macam tentangan dari para musuhnya. Tentu yang lebih utama adalah menyusun waktu, strategi, dan kekuatan untuk menghadapi tentangan-tentangan ini, untum memdamkan atau memperkecil pengaruh dan bahayanya. Orang-orang Islam sebenarnya tidak mempunyai waktu yang terluang untuk bersantai dan bersuka ria dengan segala macam hiburan itu. Dan Allah-lah tempat kita meminta segala pertolongan.12 – SIKAP KAUM MUSLIMIN DAN PERMASALAHANNYADi antara sikap wala’ dan mahabbah kerana Allah adalah perlunya seseorang muslim itu mempedulikan urusan masyarakatnya secara umum dan mempedulikan urusan saudaranya sesama muslim secara khusus. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Perumpamaan orang-orang mukmin yang dalam kecintaan, kasih sayang dan kelembutannya adalah bagaikan satu jasad. Manakala suatu anggota tubuhnya mengadu kesakitan, maka sekujur tubuh-nya itu menanggungnya, tidak tidur malam dan demam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)Ini adalah gambaran masyarakat muslim. Adapun gambaran sikap peribadi muslim adalah seperti yang disabdakan oleh baginda Rasul s.a.w.:“Orang mukmin satu dengan yang lainnya bagaikan satu bangunan, yang sebahagian menguatkan sebahagian yang lain. Dan beliau merapatkan antara jari-jemarinya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)Maka kewajiban kaum muslimin, baik secara individu mahupun kelompok adalah memperhatikan pelbagai permasalahan yang ada di antara mereka, dan permasalahan yang ada antara mereka dengan musuh-musuh mereka, sehingga mereka mahu menjalin ukhuwah Islamiyah. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:“... Sebab itu bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu...” (al-Anfal 8: 01)“sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu...” (al-Hujuraat 49: 10)Dan hendaklah mereka memperhatikan jihad melawan musuh-musuh mereka. Allah s.w.t. berfirman:“Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang disekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (at-Taubah 9: 123)Maksudnya ialah mempersiapkan diri sebelum berjihad dengan menyelesaikan pelbagai permasalahan yang wujud, menyatukan saf barisan, memperbaiki keadaan dan mempersiapkan segala peralatan. Maka, barangsiapa yang tidak mempedulikan permasalahan kaum muslimin, bahkan bersikap pasif, maka hal itu menunjukkan lemahnya iman, atau juga bererti bahawa dia itu munafik yang memberikan wala’ kepada kuffar. Allah s.w.t. berfirman tentang orang-orang munafik:“Iaitu orang-orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan dari Allah mereka berkata: ‘Bukan-kah kami (turut berperang) beserta kamu?’ Dan jika orang-orang kafir mendapat keberuntungan (kemenangan) mereka berkata: ‘Bukankah kami turut memenangkanmu, dan membela kamu dari orang-orang mukmin?’” (an-Nisa’ 4: 141)Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sikap kaum munafik terhadap permasalahan umat Islam adalah pasif, menunggu dan menonton siapa yang menang akan menjadi kawan.Adapun mukmin yang benar selalu memiliki perwatakan taat, baik dalam ucapannya, amalnya dan kiprahnya dalam masyarakatnya. Rasulullah s.a.w. bersabda:“Agama itu adalah nasihat (kesetiaan).” Beliau mengucapkan tiga kali. Kami bertanya, “Untuk siapa ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, untuk Rasul-Nya, untuk para pemimpin kaum muslimin dan kaum muslimin pada umumnya.” (Hadis Riwayat Muslim)Demikianlah, mudah-mudahan allah s.w.t. memperbaiki keadaan umat Islam dengan meluruskan aqidah mereka, memperbaiki bangsa dan para pemimpin mereka, dan semoga menyatukan hati mereka serta membulatkan tekad mereka.Semoga selawat serta salam tetap tercurah untuk Nabi kita Muhammad s.a.w. beserta keluarga dan sahabatnya. Ameen...Kitab asal / rujukan utama: التوحيد للصف الاول العالي (at-Tauhid Lish-Shafil Awwal al-'Ally) oleh Sheikh Dr. Soleh Fauzan Bin Fauzan Bin Abdullah al-Fauzan.

SOALAN TENTANG ILMU GHAIB NABI DAN AWLIYA
Sesetengah orang memetik beberapa ayat Al-Quran lalu mentejermah untuk menunujuk bahawa Allah telah menyuruh Rasul memberitahu kepada para sahabat yang beliau tidak mempunyai sebarang ilmu tentang hal ghaib. Perkara ini mengharainkan saya, dan di sini saya ingin mendengar pendapat tuan. Apakah pendirian Ahl al-Sunna tentang perkara ini - ilmu ghaib yang ada pada Rasul dan Awliya?
Al-hamdu lillah wa al-salat wa al-salam 'ala rasulillah: Ilmu yang berkaitan dengan hal-hal ghaib merupakan hak mutlak Allah. Namun demikian, Allah juga berhak menurunkan ilmu tersebut kepada hamba-hambaNya yang tertentu:
"(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhaiNya." (72:26-27)
Al-Hafiz ibn Hajar al-'Asqalani menerangkan ayat di atas seperti berikut:
Ayat tersebut jelas menunjuk bahawa Rasul boleh melihat sesetangah perkara ghaib, dan begitu juga dengan para wali yang mengikut nabi-nabi yang telah Allah turunkan pada masa ke semasa. Setiap wali menerima ilmu mereka daripada para nabi-nabi yang tertentu, maka di kurniakan (yukram) intipati ilmu tersebut. Perbezaan di antara para nabi dan awliya ialah nabi-nabi menerima ilmu tersebut melalui wahyu, dan bagi para awliya ilmu tersebut diperolehi melalui mimpi, mahupun ilham - dan Allah yang lebih mengetahui. 1
Ibn Hajar dalam memetik pendapat al-Qurtubi mengesahkan bahawa:
Orang yang benar dan salih (al-Muslim al-sadiq al-salih) mencerminkan keadan suci nabi-nabi di dalam diri mereka. Oleh yang demikian, para awliya di kurniakan (ukrima) sesetengah kebolehan yang ada pada diri nabi-nabi, seperti dapat mengetahui perkara-perkara yang bersabit dengan ghaib (wa huwa al-ittila' 'ala al-ghayb). Kebolehan mengetahui perkara ghaib tidak mungkin diperolehi oleh orang kafir, fasiq, dan mereka yang mengelirukan orang awam (al-mikhlat). 2
Maka adalah tidak benar and tidak wajar untuk menyatakan bahawa Rasul tidak mengetahui perkara-perkara ghaib. Kenyataan yang seperti ini hanya boleh di suarakan sekira ia disertakan dengan ungkapan: "Rasul tidak tahu perkara ghaib yang hanya Allah sahaja mengetahui." Selain daripada itu, adalah tidak tepat bagi sesiapa mempercayai bahawa Rasul tidak tahu tentang ghaib. Adalah tidak wajar bagi seseorang nabi tidak mengetahui tentang perkara ghaib, apatah lagi apabila merekalah yang membawa berita daripada Maha Pencipta! Keadaan ini di khususkan kepada nabi terakhir, Rasulullah - yang telah naik ke tujuh peringkat langit dan syurga hingga berhadapan dengan Allah, Rasul yang telah membawa berita tentang awal penciptaan, keadaan Hari Kebangkitan, dan baginya Al-Quran telah di wahyukan. Allah berfirman kepada Rasulullah,
"Dan (juga kerana) Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah kurniaan Allah sangat besar atasmu." (4:113) "Ini adalah di antara berita-berita penting tentang yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); tidak pernah kamu mengetahuinya dan tidak (pula) kaummu sebelum ini." (11:49)
"Katakan: ... Allah telah memberitahukan kepada kami di antara perkhabaran-perkhabaran (rahsia- rahsia) mu. Dan Allah serta Rasul-nya akan melihat pekerjaanmu..." (9:94)
Sesetengah orang berkata tentang Rasul, "Beliau mendengar!" (yaitu, senang percaya kepada perkataan orang lain). "Katakanlah: Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mu'min, dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu..." (9:61). Imam al-Baydawi mengulas: "Ayat ini merupakan amaran, bahawasanya beliau tidak jahil tentang percakapan kamu yang sebenarnya bedasarkan apa yang telah kamu katakan, tetapi beliau kasihan ke atas kamu." 3
Namun demikian, Rasul tidak angkuh, dan beliau selalu menekankan bahawa sesetengah perkara ghaib merupakan pengetahun Allah yang mutlak, seperti pengetahuan tentang Hari Qiamat, dan "lima perkara" yang di firman di akhir Surah Luqman (31:34). Perkara ini di sahkan oleh beberapa hadis:
1. Utiytu mafatihu kulli shay'in illa al-khams. "Saya telah menerima kunci kepada semua perkara (yang ghaib) melainkan yang Lima (Allah sahaja yang tahu)." 4
Ibn Mas'ud mengulas: Utiya mafatihu kulli shay'in ghayr al-khams. "Beliau mempunyai kunci kepada semua perkara (ghaib) melainkan yang Lima (hanya Allah sahaja mengetahui)." 5
Ibn Hajar al-'Asqalani juga memetik dua hadis yang berkaitan di dalam Fath al-Bari:
Utiya nabiyyukum 'ilmu kulli shay'in siwa hadhihi al-khams.
Utiytu mafatih al-ghayb.
"Nabi mu telah menerima semua melainkan Lima perkara."
"Saya telah terima kunci-kunci Ghaib." 6
Lima perkara tersebut adalah seperti berikut:
* Ilmu tentang apa yang ada di dalam rahim ibu * Ilmu tentang Hari Kebangkitan * Ilmu tentang apa yang akan seseorang perolehi kesokkan hari * Ilmu tentang tempat dan hari seseorang akan mati * Ilmu tentang waktu Allah akan turunkan hujan
(Hadis Ibn 'Umar dan Bukhari).
2. Seorang daripada Banu 'Amir, selepas bertanya beberapa soalan kepada Rasul, berkata: "Masihkah ada lagi ilmu yang engkau tidak tahu?" Rasul menjawab: "Allah telah mengajar saya banyak perkara, dan terdapat ilmu Ghaib hanya Dia sahaja yang tahu: Dia ada pengetahuan tentang Hari Qiamat, Dia turunkan hujan, Dia tahu apa yang ada di dalam rahim ibu, tiada sesiapa (melainkan Allah) tahu apa seseorang akan perolehi esok hari, dan tiada sesiapa (melainkan Allah) tahu di mana dia akan mati." 7
3. Ibn Mardawayh mengesahkan ulasan 'Ali yang di petik dari Surah Luqman dalam Kanz al- 'ummal, sebagai ulasan untuk ayat 28:66 di dalam Surah al-Qasas, "Maka gelaplah bagi mereka segala macam alasan pada hari itu," yang mana 'Ali barkata: "Tidak ada perkara yang gelap bagi baginda Rasul melainkan lima perkara dari rahsia Ghaib" (lam yu'ma 'ala nabiyyukum shay'un illa khamsun min sara'ir al-ghayb).
4. Dalam Tirmidhi (hasan sahih) dan Baghawi dalam Sharh al-Sunna berdasarkan riwayat Mu'adh ibn Jabal:
Rasul bersabda: "Allah datang kepada saya dengan gambaran yang teramat indah dan bertanya apakah saingan di antara malaikat-malaikat di langit, dan saya menjawab bahawa saya tidak tahu. Ketika itu Dia meletakkan TanganNya di antara bahu saya, dan saya rasa kesejukkannya menyusuk ke dalam diri, dan selepas itu semua ilmu di antara Timur dan Barat saya perolehi."
'Ali Qari menulis tentang hadis ini di dalam buku bertajuk Jam' al-wasa'il fi sharh al-shama'il, di bawah bab serban Rasulullah, ulasan ke atas kutipan Tirmidhi terhadap Shama'il atau Sifat-Sifat Rasulullah:
Sama ada Rasul melihat Allah semasa beliau tidur atau Allah Subhanallah menjelmakan DiriNya kepada Rasul (bi al-tajalli al-suwari), hal sedemikian merupakan bentuk penjelmaan yang diketahui oleh mereka yang arif di dalam hal-hal kerohanian dan maqam (arbab al-hal wa al-maqam). Kejadian seperti ini mengandungi pengukuhan sifat-sifat Dia (hay'atihi) dan renungan terhadap penglihatan Dia (ru'yatihi). Kejadian ini hanya boleh berlaku akibat daripada kesempurnaan sifat dalaman Rasulullah (takhliyatihi) dan juga sifat luaran baginda (tahliyatihi).
Hanya Allah sahaja yang tahu tentang kedudukan nabi-nabi dan juga para awliyaNya. Mereka telah dibimbing oleh Dia dengan bimbingan yang terbaik, yang mana cermin hati mereka telah di cuci olehNya, sehingga mereka dapat melihat Maqam Kehadiran dan KekalNya (maqam al-hudur wa al-baqa'), dan mereka kikis dari diri mereka kekaratan huzur dan fana (sada' al-huzur wa al- fana').
Semoga Allah mencucuri kita dengan rintihan kerohanian mereka, semoga Allah memberi kita merasai hal dan adab mereka, dan semoga Allah matikan kita di dalam keadaan mencintai mereka dan di bangkitkan kita di kalangan golongan mereka. 8
al-Qari juga berkata di dalam al-Asrar al-marfu'a:
Ibn Sadaqa berkata bahawa Ibn Zar'a berkata: "Hadis Ibn 'Abbas (tentang Rasul melihat Allah) adalah sahih, dan tiada siapa yang menafikan kecuali seorang Mu'tazili" [!] ... Ibn al-Humam menjawab bahawa "keadaan (yang berlaku ke atas Rasul) merupakan hijab yang berbentuk (hijab al-sura)." Ibn al-Humam seolah-olah memberi maksud bahawa melihat wajah Allah boleh di realisasikan sekiranya ia ditafsir sebagai manifestasi formal (tajalli suwari), kerana adalah mustahil bagi mentafsirkan manifestasi tersebut sebagai haqiqi atau literal (tajalli haqiqi) ... kerana Allah Maha Terpuji tidak boleh diibaratkan mempunyai badan, bentuk (sura), dan panduan-panduan perihal zatNya ... Dan sekiranya hadis ini boleh dibuktikan sebagai palsu melalui isnadnya, maka palsulah; sekiranya tidak - maka pintu tafsiran sangat luas (bab al-ta'wil wasi'un muhattam). 9
5. Hadis yang berkaitan dengan "Ilmu Rasul di antara Timur dan Barat", di klasifikasikan sebagai hasan, telah disahkan oleh penjelasan daripada al-Bara' ibn 'Azib:
Semasa peperangan Ahzab, Rasulullah mengetuk batu dengan cangkulnya, maka bersabda: "Bismillah" dan berkecailah sepertiga batu tersebut. Beliau kemudian berkata: "Allahu akbar! Saya telah di beri kunci Sham (Syria). Dengan nama Allah, saya boleh melihat istana-istana merah dari tempat saya berdiri ini." Kemudian beliau sekali lagi melafaz: "Bismillah" dan memecahkan sepertiga lagi batu itu dan melaung: "Allahu akbar! Saya telah di beri kunci Parsi (Iran). Dengan nama Allah, saya boleh lihat kota-kota dan istana putihnya dari tempat saya berdiri ini." Kali ketiga baginda melafaz: "Bismillah" dan berkecailah kesemua batu tersebut dan melaung: "Allahu akbar! Saya telah di beri kunci Yaman. Dengan nama Allah, saya boleh melihat pintu San'a dari tempat saya berdiri ini." 10
6. Versi yang berlainan tentang hadis di atas telah di riwayatkan oleh Salman al-Farisi. Ibn Hisham menceritakan di dalam Siranya melalui Ibn Ishaq:
Salman al-Farisi berkata: "Saya sedang menggali lubang di satu sudut di dalam kandak, dan seketul batu memberi masalah kepada saya. Pesuruh Allah hampiri saya dan melihat masalah yang sedang saya hadapi. Beliau turun dan mengambil cangkul saya lalu menghentuknya ke atas batu tersebut. Akibat daripada hentukan itu, percihan api menyinar daripada bawah cangkul tersebut. Beliau menghentuk cangkul itu tiga kali, dan setiap kali kelihatan percihan cahaya (api). Saya berkata kepada baginda: Saya memberi ayah dan ibu saya kepada baginda sebagai tebusan, Ya Rasulullah! Apakah sinaran yang saya perhatikan tadi? Baginda berkata: Adakah engkau nampak ini, O Salman? Saya berkata: Ya! Beliau barkata: Kali pertama, Allah membuka Yaman (di Selatan) bagi ku; kali keduanya, Dia membuka Utara (Al-Sham) dan Barat (al-Magrib) bagi ku; dan kali ketiganya, Dia membuka Timur (al-Mashriq)." 11
7. Dua riwayat di atas telah di sahkan oleh Abu Hurayra seperti yang di terangkan di dalam Ibn Hisham di dalam Siranya:
Ibn Ishaq berkata: Sumber yang boleh dipercayai meriwayatkan kepada saya bahawa Abu Hurayra pernah berkata apabila negara-negara tersebut ditakluk di waktu 'Umar dan 'Uthman dan juga selepas waktu 'Uthman: "Takluklah apa yang boleh dipandang oleh anda. Dengan nama Allah yang memegang ruh Abu Hurayra, anda tidak akan dapat menakluk mana-mana kota sehingga Hari Qiamat melainkan Allah Maha Terpuji memberi kunci kota-kota tersebut kepada Muhammad sebelum ini." 12
8. Sebuah hadis lagi di dalam Muslim juga mengesahkan hadis di atas:
Diriwayatkan oleh Asma' bint Abu Bakar: Saya pergi berjumpa 'Aisha semasa waktu gerhana matahari. Ketika itu ramai orang sedang menunaikan sembahyang gerhana, termasuklah 'Aisha. Saya pun bertanya, "Apa hal dengan semua orang ini?" Beliau menunjuk ke langit dengan tangannya dan berkata, "Subhan Allah!" Saya bertanya, "Adakah ini petanda?" Beliau menganguk kepala untuk mengiyakan soalan saya. Apabila Rasulullah selesai dengan solat, baginda bertasbih dan memuji Allah dengan perkatan ini, "Tiada benda yang belum saya lihat, termasuklah Syurga dan Neraka. Telah diwahyukan kepada saya bahawa kamu semua akan diuji seperti Ad-Dajjal diuji di dalam kubur masing-masing. Bagi yang mu'min atau Muslim (pengulas tidak begitu pasti perkataan yang mana satu Asma' telah gunakan) dia akan berkata, "Muhammad datang dengan tanda yang jelas daripada Allah, dan kami membalas dengan menerima ajaran beliau dan percaya akan apa yang baginda cakap." Akan dikatakan kepada dia, "Tidurlah dengan aman; kami tahu yang kamu memang seorang mu'min, yang percaya dengan penuh keyakinan." Bagi yang munafiq atau yang meragui (pengulas tidak begitu pasti perkataan yang mana satu Asma' telah gunakan) dia akan berkata, "Saya tidak tahu, tetapi saya dengar orang lain kata sesuatu maka saya pun berkata begitu jua." (Bukhari, Jilid 9, Buku 92, Nombor 390)
10. Pengesahan hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan oleh Hudhayfa di dalam Bukhari dan Muslim:
Pesuruh Allah memberi syarahan di mana baginda tidak tinggal satu perkara pun yang akan berlaku sebelum Hari Qiamat. Sesiapa yang ingat akan ingat, dan sesiapa yang lupa akan lupa. Ramai para sahaba saya mengingatinya. Apabila sesuatu kejadian sudah berlaku, saya akan mengenalinya seperti seseorang mengenali muka seseorang yang pernah dia lihat pada sesuatu ketika dahulu. Hudhayfa pun berkata, "Saya kurang pasti sama ada sahabat-sahabat saya terlupa atau pura-pura terlupa (yakni, untuk menjauhkan fitnah), tetapi Rasulullah tidak tinggal satu nama pun bagi mereka yang memulakan sesuatu angkara yang akan berlaku sehingga Hari Qiamat. Terdapat lebih tiga ratus nama orang yang terlibat di dalam angkara tersebut. Nama-nama mereka diiringi dengan nama bapa, dan juga puak masing-masing.
11. Pengesahan selanjutnya ialah sebuah hadis di dalam Bukhari:
... Rasulullah bersabda, "Dengan Dia yang memegang nyawa ku dengan TanganNya, Syurga dan Neraka ditayang untuk ku di depan dinding ini semasa saya menunaikan solat, dan tidak pernah saya lihat kebaikkan mahupun kejahatan seperti saya lihat pada hari ini." (Bukhari, Jilid 9, Buku 92, Nombor 397)
12. Pengesahan seterusnya ialah sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu al-Darda' di dalam Tabarani dan Ahmad. Hadis ini sahih mengikut Haythami di dalam Majma' al-zawa'id:
Apabila Rasulullah meninggalkan kami, tidak kelihatan seekor burung pun yang bertebangan - perkara ini pun baginda telah meramalkan kepada kami.
Rasulullah mempunyai banyak pengetahuan Ghaib, dan ini tidak seharusnya menjadi perkara yang anih kerana Allah telah berfirman:
Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. (53:17)
Dan dia (Muhammad) itu bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib. (82:24)
13. Di sebaliknya pula, ini bukan bererti bahawa pengetahuan dan ilmu Rasulullah selepas baginda meninggalkan dunia ini akan berhenti. Hadis berikut membuktikan:
Kehidupan saya akan menfaatkan kamu semua, kamu akan mendapat faedah daripadanya. Kematian saya juga akan menfaatkan kamu, amalan kamu semua akan dibentangkan kepada saya di dalam kuburku. Sekiranya ada kebaikkan dalam amalan tersebut, saya akan memuji Allah, dan sekiranya amalan tersebut tidak menampakkan kebaikkan, saya akan meminta Allah mengampunkan kamu. 13
Qadi' Iyad di dalam bukunya al-Shifa' fi ma'rifat huquq al-mustafa (Pengetahuan Shafaat Yang Terpilih), al-Qastallani di dalam bukunya al-Mawahib al-laduniyya bi al-minah al-muhammadiyya (Kurnian Allah: Ilmu Laduni Muhammad), dan ramai lagi ulama' daripada Ahl al-Sunna memasukkan di dalam buku-buku mereka bab-bab yang menunjukkan kebolehan Rasulullah mengetahui perkara ghaib dan yang akan datang.
Berdasarkan hujah-hujah dan bukti-bukti di atas, kenyataan yang di luahkan oleh Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab di penghujung karyanya bertajuk "Tiga Asas Tauhid" sangat mudah dipatahkan. Antara lain Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab berkata di dalam karya pendeknya:
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesiapa yang mengakui yang dia ada pengetahuan tentang perkara Ghaib, maka dia ialah seorang taghoot atau tuhan yang palsu! ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat di atas mengambarkan pandangan seorang yang menafikan darjat tinggi Rasulullah dan juga hak kuasa baginda yang telah dimenterikan oleh Allah baik di dalam Al-Quran mahupun hadis- hadis Rasulullah. Kita meminta Allah melindungkan kita daripada membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan keangkuhan, sekaligus memaparkan kemusuhan terhadap Rasul dan Agama Suci Allah. Dan Allah yang maha mengetahui.

Tidak ada komentar: